Feb 28, 2012

When CT Meets PC ~

Assalamualaikum~

Nak dijadikan cerita,suatu hari aku dipanggil  mengadap oleh ketua kampung .Katanya ada tugas penting  untuk aku.Tok ketua suruh aku pergi siasat seorang pendatang dengan permit yang baru nak bermastautin dalam kampung kiteorang.Aku pun pelik jugak sebab aku kan Ketua Tukang Sorak,tetibe kena jadi wartawan pulak...Tapi yelah,arahan Tok Ketua tak boleh dibantah,takut kena turun pangkat pulak..So,aku pun pergilah interview pendatang tu..huhu 







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Potia atau nama manjanya Potia Comot boleh dihubungi melalui Fb kat SINI <<
Lahir pada 4 September 19**..Umur rahsia! 
Tahap kehenseman ~>Tak dapat dinilai 
Sekarang bekerja sebagai Apek Jual Aiskrim.. 
Part time sebagai blogger berhemah di Silence Blogz... 
Berasal dari Birmingham,Alabama (kat mana pun aku tak tahu) 
Sekarang bersemayam di Green Hill,Alabama (yg ni tempat aku selalu lepak) 

Cess,kenapa aku bersungguh-sungguh bercerita pasal Potia si pipi merah jambu ni?Ok,ni sebenarnya untuk segmen kenali blogger anjuran Geng Blogger Sengal.Berminat nak menyengal bersama kami?Sila tekan SINI<<

CT ~> Cik Teddy
PC ~> Potia Casadelarossa
Penegasan :: Potia takde la kentut depan orang oi!haha..Ayat2 yang merapu tu cuma rekaan ok~

Feb 25, 2012

Bodoh Punya Mak !


Kedengaran enjin kereta dimatikan di halaman rumahku.Kelihatan seorang perempuan berusia bersusah payah menuruni tanah yang sedikit membukit tanpa dibantu oleh anaknya yang membututi di belakangnya. "Assalamualaikum! Assalamualaikum !" Si anak memberi salam .Aku membalas salamnya sambil membuka pintu rumah untuk mengintai.

"Ayah nak ada tak?Mak cik datang nak beli ubat ni..".Si tua bertanyakan aku.
"Er..maaf mak cik.Ayah dah keluar dengan mak tadi.Kakak saya ada.Sekejap ye saya panggilkan".

Kakak aku keluar sambil membawa bekas yang berisi pelbagai ubat.Ayah aku jual ubat herba.*hehe* Aku lihat dahi si tua sedikit berkerut memikirkan sesuatu.

"Mak cik nak ubat apa?"Tanya kakak aku.
"Hmm..mak cik lupa la suami mak cik nak ubat apa.Er,ayah nak ubat apa,nak?" Tanya si tua kepada anak lelakinya yang dari tadi memeluk tubuh buat muka tak tahu.
"Hmm..ubat darah tinggi kan?Yang kapsul warna merah kuning tu haa..ambik jela".

Setelah beberapa lama,si ibu masih belum membuat keputusan.Kartun Danny Phantom pun dah nak habis.Si anak mula tunjuk muka bosan.Akhirnya si anak menghentakkan tangannya ke lantai rumah aku tanda marahkan si ibu kerana terlalu lama untuk memilih ubat.Si ibu tunduk,malu agaknya akan perangai anaknya yang agak kurang ajar.

"Yang ni la mak!Betullah..Hish,bodoh betul ! Cepatlah sikit.." Si anak mendengus kebosanan.
"Mak cik ambik yang ini ye,nak".Kata si ibu pada kakakku.

Dari kejauhan,terlihat raut wajah kekesalan si ibu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
::: Sanggup seorang anak melayan ibunya sebegitu rupa...
::: Masa kecik2,seorang ibu tak pernah lelah dan bosan melayan beribu kerenah kita.

::: Binatang pun pandai hormat dan sayang pada ibu mereka...

Feb 22, 2012

Allah Mencukupkan Segalanya~

Suatu petang.Hujan turun dengan lebatnya.Para penghuni sebuah rumah di sebuah kampung yang aman tanpa pertumpahan darah sedang tidur nyenyak dek kenyamanan udara alam.Tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 4.45 petang.Perut mula berkeroncong tanda minta diisi.
--------------------------------------------------------------
Mak: ya Allah,dah petang rupanya!Bangun semua,dah asar ni..bangun!
Aku: Ha,ape mak? *tengok jam*

Aku bangun menuju ke luar bilik.Sunyi.Aku jenguk abang di bilik.Nyenyak!Semua orang tidur rupanya.Kebetulan ke?Oh,aku terlupa pulak nak kejutkan kakak.Aku masuk semula ke dalam bilik.

Aku: Woi,bangunlah..dah Asar ni.
Kakak: Ape ni main tolak2 orang pulak?Hmm..laparnya.
Aku: Kalau lapar,bangunlah.Tolong mak masak.

Selesai semua menunaikan Asar,kami yang perempuan tolong mak masak.Er,aku terkecuali sebab aku kan adik.Tugas aku cuma makan aiskrim yang ayah selalu beli untuk aku. *hahahaha* Kelihatan wajah mak runsing memikirkan sesuatu.

Aku: Kenapa mak?Ade masalah ke? *sambil suapkan aiskrim coklat dalam mulut*
Mak: Mak lupa nak suruh ayah beli ikan kat pasar pagi tadi.Ayam pun dah habis.Ikan pun tinggal beberapa kerat je..cukup ke ni kita semua nak makan?
Aku: Suruh la abang pergi beli.Kita pergi bagitau ek,mak? *baru nak panggilkan abang*
Mak: Tak payah la..hujan lebat lagi ni,petir kilat pulak tu,bahaya keluar rumah masa macam ni.
Aku: Ala..abang kan ada kereta.Lagipun bukan jauh sangat kedai ayam tu.Kite pun nak ikut abang naik kereta.hehehe
Mak: Tak payah la..kita makan aje apa yang ada.Belajar bersederhana ye! *mak tersenyum manis*

Mak hidangkan makanan untuk dimakan.Yang ada cuma nasi putih,ikan goreng 4 ekor dan kicap yang mak campurkan dengan lada dan bawang.Sangatlah sederhana.Aku nampak abang macam mengeluh sebab masing2 lapar,padah tertidur sampai lewat petang...

Aku: Belajarlah bersyukur..sedap apa makan macam ni. *aku bisikkan kpd abang*

Abang mula tersenyum.Mak,ayah dan kakak pun sama.Akhirnya kami semua tergelak.Mungkin rasa kelakar dengan diri masing2.Mungkin sebelum ni,kami selalu makan yang sedap2.Sekali makan,macam2 lauk ada.Kali ni makan berlaukkan kicap yang mak tambah sikit ramuannya.Tak sangka dalam kesederhanaan macam tu,rasa kenyang itu lebih nikmat malah lebih bahagia daripada makan lauk yang sedap2..Ya Allah,jadikan kami hambaMu yang bersyukur~
teddy in purdah.hehe
pss :: Kadang-kadang kesederhanaan itu lebih menyempurnakan hidup...

Feb 20, 2012

Lelaki + Perempuan = No Friendship

:: PERINGATAN ::

Entri ini akan membosankan,harap maklum !
Ramai yang kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan.Mulanya aku tak setuju dengan pendapat tersebut tapi tak sangka aku sendiri boleh terlibat dalam hal macam ni.Let me tell you the story.

Aku berkawan dengan Abu dan Aman.Of course la Abu(bkn nama sbnr) dan Aman(bkn nama sbnr) ni lelaki kan?.Aku kenal Abu dulu sebelum Aman.Aku tak tahu la pulak yang mereka berdua ni kawan baik.Then,Abu perkenalkan aku dengan Aman.Then,Kami bertiga jadi kawan baik.Happy together~

Kalau aku ada masalah,aku lebih senang bercerita dengan Aman walaupun aku kenal Abu dulu sebab dia lebih memahami dan tenang.Tapi,last2 masalah tu akan dikongsi bertiga jugak.Dan begitulah dengan Abu dan Aman.Bagi aku,mereka berdua ni sangatlah rapat macam adik-beradik.Pergi mana-mana mesti berdua.Aku gembira tengok mereka macam tu walaupun aku terselit diantara mereka.Aku tahu ramai orang pandang serong pada kami bertiga.
Tapi pada suatu hari,entah kenapa mereka berdua bermasam muka.Puas aku tanya dieorang,mula-mula Abu pastu Aman tapi masing2 tak mahu terus-terang.Last2,aku paksa Aman cakap memandangkan Aman lebih berlembut berbanding Abu yang lebih suka berdiam kalau ada masalah.

Betapa terkejutnya aku bila Aman cakap yang mereka bergaduh disebabkan aku.Tapi sebelum ni,memang Abu ada cakap yang dia suka aku tapi aku buat tak endah sebab ingatkan dia bergurau.Yela,kami bertiga bukan boleh percaya sangat,masing-masing suka merapu.Aku cuba baiki hubungan kami bertiga tapi susah..Masing-masing tak mahu mengalah dengan perasaan dan aku tersepit.

Masalah ni berlarutan sampai berbulan-bulan dan hubungan kami pun makin renggang.Teramat renggang.Abu dan Aman dah tak macam dulu.Sekarang dah tak ambil kisah pasal hal masing2.Masing2 pun dah ada geng baru dan aku terus bingung macam mana nak baiki balik persahabatan dieorang tapi gagal sebab ditambah dengan hasutan pihak2 lain yang memang tak suka tengok kami bertiga rapat.

Akhirnya aku mengalah dengan keegoan mereka.Ternyata keegoan lelaki amat tinggi dan aku sedih dengan keadaan itu.Hingga sekarang,mereka tak pernah lagi macam dulu walupun sengketa tu dah tamat sebab aku ambil keputusan untuk menjauh dari mereka.Walaupun kami sekarang dah boleh jadi macam kawan biasa yang lain tapi untuk jadi macam dulu,tak mungkin lagi........

Kehilangan sahabat yang bermakna seperti mereka terasa amat berat bagi aku~

Feb 18, 2012

Gosok Jangan Tak Gosok ~

Assalamualaikum~
:: PERINGATAN ::
Entri ini akan membosankan.Jika tak sanggup menanggung risiko,sila tinggalkan jejak di ruangan komen menggunakan ayat ini --> Gigi Cik Teddy super awesome!
Terima kasih ^_^

Dalam entri SEGMEN INI, aku ada cakap yang aku gosok gigi 8 kali sehari.Erk,ada yang pelik kenapa aku ni rajin sangat dalam bab gosok menggosok ni.So,meh aku nak story2 sikit..

Kisahnya bermula di sebuah sekolah di Terengganu yang tercinta.Seorang pelajar perempuan tingkatan dua yang tak berapa comel tapi cute *erk,macam mana tu* telah dipanggil untuk diperiksa giginya.Dalam bilik doktor tu,pesakitnya cuma aku dan budak lelaki *dia suka aku dan aku suka dia..haha*.Tiba-tiba nama aku dipanggil sebelum si jejaka.Alahai,malu + berdebar.Aku takut doktor gigi dan malu pada si jejaka. *apekah aku ini* Sekali doktor tu cakap gigi aku ada masalah.Terus doktor tu korek-korek gigi aku sambil diperhatikan oleh si jejaka di sebelah.

Aku rasa nak marah campur malu.Apasal kau perhatikan aku budak?Kenapa doktor ni lambat sangat periksa gigi aku?Kenapa si jejaka mesti ada kat sebelah aku?Kenapa gigi aku ada masalah?Macam-macam hati aku duk membebel...Lepas selesai semuanya,aku terus masuk kelas tanpa tunggu si jejaka walaupun kami sekelas..WHOA!

Tapi belum sempat aku mendaki tangga ke kelas,budak lelaki tadi sudah siap diperiksa.WHAT?Cepatnya,aku jeles! Dia tegur aku kenapa jalan cepat sangat tapi aku tak layan.*malu lorh* Sehari suntuk aku membatu dalam kelas sambil tekup pipi (kawasan gigi yang diperiksa) dengan sapu tangan sedang si jejaka tak habis2 menjeling ke arah aku.*memang nak kena baling penyapu*

Balik rumah,aku terbaca iklan dalam Tv3..lebih kepada segmen sebelum pengumuman masuk waktu solat.Yang aku baca,bersugi sebelum solat tu sunah Rasulullah saw.Tiba-tiba terdetik dalam hati aku untuk mengamalkan sunah baginda.Alhamdulillah sampai sekarang aku amalkan..Tapi kenapa sampai 8 kali sehari padahal solat ada lima waktu je?Jawapannya,dah jadi tabiat.Bila rasa macam tak bersih terus pergi berus gigi kasi bersih + segar.

Alhamdulillah sampai sekarang,sudah 3 tahun bila pergi check doktor,gigi aku takde masalah..Senyuman seindah suria di pagi hari !Nak tengok gigi comel shaye tak?hahaha~

Feb 15, 2012

Jatuh Cinta Tidak Wujud

Assalamualaikum~

Pada pandangan aku,jatuh cinta itu tak wujud.Yang ada cuma perasaan mula-mula suka,rasa sayang dan barulah cinta yang kuat.Kenapa?Bagi aku perkataan jatuh itu terlalu drastik.Contohnya,masa kita sedang berjalan,tiba-tiba terjatuh.Kejadian yang terlalu tiba-tiba.Lain dengan perasaan manusia.Kita takkan terus terjatuh tapi bermula.Aku bagi situasi ok.
-kali pertama berjumpa-
Bayangkan situasi ketika anda berjumpa dengan seseorang.Sama ada anda mula suka seseorang dari paras rupa,perlakuan or whatever,masa tu kita cuma mula suka.Seriously,perasaan suka dan cinta itu amat berbeza ok.Jadi,tak boleh la nak kata "saya dah jatuh cinta"..
-keesokan harinya-
Normal la rasa frust bila dapat tahu seseorang yang kita suka sebenarnya dah ada orang lain.Sebab masa kita suka kat seseorang tu,kita akan mula rasa nak memiliki..Rasa berharap suatu hari nanti yang si dia akan jadi milik kita.
mula suka --> rasa sayang --> cinta

Eh kejap2,aku pun dah mula mengantuk cakap pasal ni...Apa-apa pun,ini cuma sebuah pandangan yang tak berapa bernas dek kekurangan bukti konkrit.Jika anda faham sila tinggalkan komen di bawah ye..Jika tak,shaye menganggap anda tidak mengerti.haha... aci tak? 

Feb 14, 2012

Segmen Jika Dan Berapa Soal PM

Assalamualaikum~


Cik Teddy nak jawab sikit soklan PM bagi ni...cekidaout !

SOALAN 1 : BERAPA KALI ANDA GOSOK GIGI DALAM SEHARI. WAJIB JAWAB.HAHA 
Banyak kali sangat2!Bangun tidur,setiap kali lepas makan,setiap kali nak solat,setiap kali mandi dan nak tidur..anggarannya dalam 8 kali sehari kot.haha Tak percaya?Haih,serius ni tau! Memang aku la yang tukang habiskan ubat gigi sampai kakak aku pun membebel sebab dia la yang kena beli.Dah jadi tabiat suka gosok gigi ^_^

SOALAN 2 : JIKA PM BAGI ANDA RM 200 APA YANG AKAN ADA BUAT ?
RM200 hanya untuk disimpan.huhu

SOALAN 3 : MANA AWAK TAHU BLOG PM NI? #RINGKAS JE.
Entah la PM.Cik pun lupa la macam mana kita jumpa.haha

Ok dah siap!wehuu~
Sesape nak join boleh la klik banner di atas ye!
Sekian~

Feb 12, 2012

Akukah Tanggang ???













Tiga tahun selepasnya....




:: Apa guna kau jadi seorang anak jika kau tak hargai jasa ibu dan bapa kau?
:: Apa guna kau jadi kaya jika hidup ibu dan bapa kau biarkan melata?
:: Apa guna kata maafmu setelah kepergian mereka?
:: Apa guna ratapanmu di kubur mereka?

Oh ! Banyaknya urusan duniawimu sampai kau lupa menagih keredhaan dari mereka..Sanggup kau tinggalkan mereka di rumah orang tua-tua..Jauhkan nak menjenguk,tak pernahkah terlintas di benak otak cerdasmu bahawa gembirakah mereka di sana?Tiadakah sekelumit rindu seorang anak kepada ibu dan bapanya?

Dimana kasih sayangmu kepada mereka?Dimana?Dimana?Ya,mungkin mereka tak dapat memberi kebahagiaan yang kau inginkan?Boleh jadi,mereka tak mampu menurut segala kemahuanmu.Mungkin mereka tak sempurna seperti ibu bapa teman-temanmu...
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim 

Feb 11, 2012

Lempang Kau Kuat-Kuat !

image
BURUK KAN MUKA CAMNI?
HOYEAH,,MEMANG BURUK TAPI MACAM NILAH
SITUASI AKU SEKARANG.. >,<
AH..BULAN MENDATANG DAN MOOD TERGANGGU..
SUDAH SUDAH SUDAH!
AKU TAK BOLEH DENGAR ORANG CAKAP BANYAK SANGAT,
AKU RASA NAK LEMPANG !!
image

Feb 9, 2012

It's Not A Price Tag~

Assalamualaikum~

Er..it's not about this price tag.
This entry is specially for tagging game
and I've been tagged by Fisha.
Puih3..penatlah speaking.Lets proceed with the question !
*speaking lagi..haha*

- Your Full Name? Mention fully tau.
Cik Teddy binti Encik Bear.Eh silap,nama shaye Siti Khadijah Binti Mohamad @ Abdul Aziz. *nama ayah lagi panjang dari nama aku,tak aci !haha*

- Berapa ketinggian and berat korang?
Tinggi = 160 ++ / Berat = 45 - -  *paham ke tak weh?haha*

- Bagi URL and name blog yang korang rasa awesome sangat?
cikteddycorner.blogspot.com / THIS IS CIKTEDDYCORNER *shaye rasa blog ini awesome!haha*

- Ape Habit korang sekarang?
Entah..Jangan pelik kerna aku pun kadang2 tak kenal siapa aku.lalalala~

- Favourite song korang?
Banyak la..Antaranya,Unintended by Muse,Hiding My Heart by Adele and so on.But I love English song more than others.lalalala~

- Berapa size pinggang korang?
Rahsia wanita.Ape daa..next question!haha

- Status korang sekarang ni?
Status ape ni weh..tak faham aku.haha *maaf,otak shaye selalu ada double meaning*

- Masa kecik-kecik dulu korang tadika ape? Mention fully tau.
Aku ada 2 tadika.Tadika pertama makcik aku punya tapi tak sampai 5 bulan aku blah sebab tak suka jadi tak sempat nak hafal nama tadika tu apa.Tadika kedua namanya Tadika Fatimah Az-Zahra.Yang ni aku belajar sampai habis ok!haha..

- Pakai laptop jenama ape?
Acer.

- Blog saya ni ringan ker berat?
Ok je..^_^

- Your opinion and comment for my blog?
Ok je belaka.Shaye terima dengan seadanya..muahaha

Ok dah,Terima Kasih! 
Naan unnai kathalikaraen~
 

Feb 8, 2012

Feb 6, 2012

Just You And Me~

*muzik sikit..hehe*








Thanks for reading this short story~
song used ~> Say Hello by Rosie Thomas
doodles are reserved!haha

pss :: Aku tahu la cerita ni tak menarik,janganlah mencemuh..huk3 Malas nak lukis bebanyak tapi nak buat camne tangan aku gatai nak buat jugak entri macam ni ^_^

Feb 4, 2012

I Talk About Smile

Assalamualaikum~

Senyuman itu adalah sebuah ciptaan yang paling indah yang Allah pernah ciptakan, malahan senyuman juga adalah kuntuman-kuntuman indah yang sentiasa Rasulullah persembahkan.Jika Rasulullah saw senyum, baginda tidak akan melanjutkan senyumannya dengan ketawa terbahak-bahak.Senyum dan ketawa Baginda saw hanya dengan menampakkan gigi-giginya.

Rasulullah saw adalah gambaran orang yang lapang jiwanya, bersih hatinya, suka memaafkan dan tawadhuk. Gambaran ini dijelaskan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib k.w:

“Siapa yang melihat baginda pada pandangan pertama, tentu merasa enggan berpaling dan siapa yang bergaul dengan baginda, pasti mencintainya. Ada seorang menyebut, “Aku tidak pernah melihat orang sepertinya, sebelum dan sesudahnya.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Senyum terhadap saudara kamu adalah sedekah."
Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi. 
Senangnya nak dapat pahala sedekah kan?Jadi,senyumlah!

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga sebuah senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullullah itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu) bagi orang-orang yang mengharap(rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”
Al-Ahzab ayat 21
sumber <

pss:: Terima kasih kepada mereka yang sudi tag Cik Teddy dalam contest,giveaway,game tagging dan macam2 la..Seriously banyak sangat.Maybe tak sempat nak join semua tu..Maaf ye sume!Anyway,terima kasih sebab ingat kat shaye.huhu
pss:: Cik Teddy agak sibuk sekarang sebab masa banyak diluangkan untuk belajar bahasa Arab.hehe Salam Maulidur Rasul semua~

Feb 3, 2012

Cara Terbaik Hapuskan Lipas (masakkan)

Assalamualaikum~

Lipas,binatang yang comel hodoh!Benci aku! *Haih,tak baik tau!Depa pun makhluk Allah juga*Lipas dibenci kerana rupanya,dianggap kotor dan bla bla bla..Kalau jumpa,mesti kena bunuh!Kesian pulak.Jadi Cik Teddy ada cara penyelesaiannya.Jadikan mereka sebagai makanan! 

Ok langkah pertama yang anda perlu buat ialah kumpul lipas yang berada di rumah anda.Jangan bunuh lagi tau!Ada cara yang lebih menarik untuk hapuskan lipas-lipas tersebut.Ok,kumpulkan kalau ada ye!

Cara paling elok,letakkan lipas-lipas tersebut ke dalam botol atau bekas yang boleh memuatkan mereka semua dengan SELESA! Ingat ye,SELESA!Masukkan air untuk memandikan mereka.Dah siap cuci,bolehlah korang masukkan rempah-ratus untuk menjadikan mereka lebih sedap.Yummy!

Dengan begitu bulu dan duri pada lipas akan hilang supaya mudah dimakan.Selain itu, ada juga dengan cara rebus, terus kaki dan sayapnya dicabut.Dah siap goreng,angkat dan hidangkan.


PERINGATAN !

Masakan ini bukanlah untuk kita yang beragama Islam.Ini adalah makanan masyarakat di Thailand, Vietnam, Kamboja, dan Laos.Lipas dianggap hidangan yang enak, mengiurkan dan dianggap kaya dengan nutrien.

Sekian,terima kasih kerana mencuba!haha..

pss :: Kotor ke weh?Rileks la..aku pun rasa nak muntah buat entri ni.Nak tahu kisah lipas yang lebih menarik?Klik ENTRY INI <<

Feb 1, 2012

Free 18sx (bukan lucah ye)

Assalamualaikum~

Pada suatu tengah hari yang indah,ketenangan aku diragut oleh seorang budak lelaki berkapital A.Haissh,dalam hati dah mula sumpah seranah budak A tapi bila sedar diri ini seorang perempuan yang tak mampu untuk melawan,jadi aku diamkan sahaja.Memang tak sayang mulut budak ni sorang.Tahu la aku budak comel masa tu *perasan jap ek* tapi agak2 la kan..dan aku memang penakut pada waktu itu.

Aku mula melilaukan mata mencari bantuan.Kebetulan si Luq telah lama memerhatikan aku yang sedang diganggu oleh alien gergasi.Kerana tak tahan dengan gangguan mengurat si A *wekk* jadi aku cuba meloloskan diri dari situasi itu namun dihalang oleh budak A yang sememangnya tinggi dan tegap tambah hensem sikit.Tapi aku tak berkenan.. *kelip-kelip mata*
Melihatkan keadaan aku itu,si Luq cuba menjadi hero namun Luq sedar dia juga bukan tandingan budak A.Budak A mula bertindak ganas mahu menyerang Luq yang melindungi aku.Budak A berlagak naik atas meja belajar Luq tanda protes.Namun belum sempat budak A buat aksi smackdown,tiba-tiba Luq menarik seluar budak A,maka terlondeh la seluarnya itu. Oh tidakkkkk!
You know?Budak darjah 2 belum pakai ehem2 masa itu dan bila seluar sekolahnya terlondeh..err,pandai-pandailah korang fikirkan akibatnya.Otak aku yang masih suci waktu itu tak mampu tafsir apa yang aku lihat.Astaghfirullah...

p/s :: Kenangan masa darjah 2 yang susah nak lupa.Siapa Luq?klik ENTRY INI << Where are you now,Luq 
p/s :: Ingin ditegaskan Luq ialah kawan ye!