Mar 31, 2011

Adakah Roh Boleh Kembali Ke Dunia?


Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh,ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Mar 30, 2011

Bayi Tanpa Tempurung Kepala

       
MEDAN, Indonesia - Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.

"Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.

Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu, ketua hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.

"Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan sahaja," kata Masdulhaq. - Agensi

p/s: pasti ada diantara kita yang berfikir bayi ini tidak mungkin akan hidup lama bukan?dan mungkin ada terdetik di hati kita yang berita ini mungkin tidak logik..Namun,lihatlah kebesaran Alllah s.w.t..setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya..^_^

Perkahwinan Adam & Hawa(yang pertama dalam sejarah)

Umum tahu mengenai kewujudan manusia yang berasal dari keturunan Nabi Adam bukan?
mesti ramai yang tertanya-tanya ataupun pernah berfikir adakah Nabi Adam dan Hawa bernikah?
saya pun begitu juga..jadi saya mahu berkongsi pengetahuan ini..


Allah SWT. Yang Maha Pengasih segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga untuk menyempurnakan kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu.Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman:

“Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”. Malaikat dan para bidadari berdatangan.
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. “Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. “Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”. Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah umat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan.Sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk meneruskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”(Al-Baqarah: 38).

Mar 29, 2011

Mayat Atas Kubah Masjid Nabawi

SUBHANALLAH ini adalah satu keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Syeikh Zubaidi, ahli sejarah Madinah seperti berikut:“Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan kubah Nabi Muhammad SAW, kubah warna hijau di Masjid Nabawi di Madinah yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Ketika pelaku mencuba memanjat kubah itu untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat itu pun mati di tempat itu. Anehnya tidak seseorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah itu. Ia juga menyatakan bahawa seseorang yang salih dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan ia harus dikuburkan di atasnya sebagai peringatan dan pengajaran bagi orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkannya kubah itu pada masa depan. Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di atas kubah dan menutup tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat orang.”
Ini terjemahan dari keratan Bahasa Arab di atas.
      
Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut..

Mar 26, 2011

si murtad bertaubat..diterima ke?

Adakah org Islam yg telah menjadi kafir akan dimaafkan dan diterima taubatnya sekiranya dia kembali kepada Islam? Adakah org yg telah melakukan syirik tidak langsung diterima taubatnya? Bagaimana keadaannya untuk dia memohon keampunan? dan adakah yg tidak diterima taubatnya itu syirik besar/syirik kecil atau keduanya sekali?

Hukuman yg dikenakan ialah hukuman hudud/bunuh, namun hukuman berkenaan bukanlah boleh dilaksanakan serta merta, tetapi si murtad diminta supaya bertaubat. Kemudian diberi amaran keras ttg akibat dari keengganannya bertaubat. Kesimpulannya, si murtad jika ia bertaubat, maka taubatnya di terima. Menurut kacamata hukum Islam dia terlepas dari hukuman hudud, manakala di sisi Allah, taubatnya akan diterima berdasarkan keikhlasan hatinya.



Apakah terampun pelaku dosa syirik sekiranya seseorang yang beragama Islam telah terlibat dengan dosa syirik yang paling besar iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu, adakah dosanya itu akan diampunkan oleh Allah sekiranya taubat yang hendak dilakukannya adalah taubat nasuha. Sedangkan dalam surah An Nisaa' ayat 48 maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan SyariatNya).
Ayat di atas bermaksud, jika seseorang itu melakukan syirik dan mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka dosanya tidak akan diampunkan. Dia akan berada kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Manakala dosa selain dari syirik, Allah Taala akan ampunkan. Setelah dia menerima pembalasan yang sewajarnya di neraka, Allah akan memasukkannya di dalam syurga. Tidak kira dosa yg dilakukan besar ataupun dosa kecil. Dia tidak kekal berada di neraka sebagaimana pelaku dosa syirik yang tidak sempat bertaubat. Jika pelaku dosa syirik itu bertaubat dengan taubat nasuha, dosanya akan diampunkan. Dan boleh juga Allah mengampunkan dosa (selain dosa syirik), jika tidak sempat bertaubat dengan begitu sahaja. Ini jika Allah mengkehendaki. Ada juga dengan sebab syafaat orang lain. dsbnya. Namun kewajipan kita ialah bertaubat kepada Allah. Dia berjanji akan menerima taubat nasuha.

Inilah pegangan kita Ahlus Sunnah. Ia bercanggah dengan pendapat Muktazilah yang mengatakan bahawa pelaku dosa besar akan kekal berada di antara dua tempat (manzilah baina manzilatain). Iaitu suatu tempat di antara syurga dan neraka. Juga bercanggah dengan pendapat kaum Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar. -------- Menurut Ahlus Sunnah: Terdapat beberapa sebab penghapus dosa, antaranya:
1.Taubat nasuha
2.Istighfar - Pada hakikatnya ia termasuk taubat
3.Melakukan kebaikan dan ketaatan.
4.Mendapat musibah dan bala'. Jika dia bersabar, dia akan mendapat pahala dan dosanya akan dihapuskan. 5. Azab kubur
6.Huru-hara pada hari kiamat.
7.Syafaat orang dengan izin ALlah pada hari kiamat.
8.Keampuanan dari Allah tanpa mana-mana syafaat.
9.Doa dan istighfar dari orang mukmin, samada semasa hidup atau selepas mati.
10.Pahala yg dihadiahkan kepada orang mukmin.
wallahu alam...

Mar 24, 2011

Hukum Beri Salam Kepada Bukan Muhrim

Memang banyak ulamak yang berfahaman bahawa wanita adalah sumber segala kejahatan; dengan sebab Hawalah maka Adam digelincirkan daripada syurga dan senyuman dan pandangan wanita adalah panah-panah iblis yang meruntuhkan iman para lelaki.

Kesemua pandangan ini adalah bercanggah dengan ruh Al Qur'an dan assunah. Dalil-dalil, nas dan hujah mereka dalam hal ini adalah lemah dan mereka telah tersalah dalam memahami maksud sebenar hadis-hadis yang memberi amaran tentang bahaya dan fitnah wanita. Wanita yang dicela ialah wanita yang menjadi agen penggoda lelaki, atau wanita yang membenarkan dirinya dieksploit dan mengeksploit kaum lelaki dengan batang tubuhnya.

Manakala wanita yang beriman dan beramal soleh adalah pembantu kaum lelaki dan pergaulan serta percampuran mereka adalah tidak dicela oleh syara' jika mereka menjaga adab dan susila yang telah ditetapkan.

Ijma' fuqaha' berpendapat muka dan dua tapak tangan wanita adalah bukan aurat. Begitu juga suara wanita juga bukan aurat. Fuqaha' juga telah ijma' bahawa wanita boleh keluar rumah untuk urusan ilmu, pekerjaaan, politik dan pentadbiran negara, dakwah dan jihad termasuk perang sabil (Qardhawi, fatwa mu'asirat). Ini bermakna wanita akan bermu'amalat dengan lelaki semasa di tempat ilmu, pusat pengajian tinggi, di gedung-gedung dan pejabat serta di pasar-pasar, begitu juga sama-sama membuat sumbangan dalam dakwah dan jihad.

Oleh kerana mukanya bukan aurat, suaranya bukan aurat dan wanita juga harus keluar rumah, bermakna hukum memberi salam, bertegur sapa dan senyum persahabatan dan perkenalan juga meliputi kaum wanita. Tidak ada satu nas dari Al-Qur'an dan AsSunah yang melarang secara qat'iy misalnya, jangan engkau memberi salam kepada wanita; atau jangan engkau bertegur sapa dengan wanita; atau jangan engkau memandang wanita, atau jangan engkau memberi senyum kepada wanita. Jika ada larangan khusus, ia ditujukan kepada ummahatul mukminin (isteri Nabi saw) memandangkan mereka adalah first ladies bagi ummat.

Oleh kerana tiada nas yang khusus melarang, bermakna hukum memberi salam, senyuman dan bercampur-gaul dalam batas yang ma'aruf adalah tidak ditegah. Yang ditegah ialah bila ia berlebihan dan didorong oleh hawa nafsu.
wallahu alam..
sumber: inFinity