May 31, 2011

Ruksah Dalam Permainan Patung

Assalamualaikum^_^
dulu2 suka jugak main^_^
Jika patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekadar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak.
Oleh kerana itu kata Aisyah: "Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut kerana takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dalam salah satu riwayat diterangkan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya." (Riwayat Abu Daud)
Yang dimaksud anak-anak perempuan di sini ialah boneka pengantin yang biasa dipakai permainan oleh anak-anak kecil. Sedang Aisyah waktu itu masih sangat muda.

Imam Syaukani mengatakan: hadis ini menunjukkan, bahawa anak-anak kecil boleh bermain-main dengan boneka (patung). Tetapi Imam Malik melarang laki-laki yang akan membelikan boneka untuk anak perempuannya. Dan Qadhi Iyadh berpendapat bahawa anak-anak perempuan bermain-main dengan boneka perempuan itu suatu rukhsah (keringanan).

sumber: jiwang.org

May 30, 2011

Aku Bersyukur Dilahirkan Sebagai Seorang Islam

Assalamualaikum^_^
Alhamdulillah,cik masih boleh bernafas pagi ni..cik bersyukur..
syukur?apakah itu?syukur ialah rasa terima kasih yang dipanjatkan kepada Allah atas sesuatu anugerah.
sungguh cik bersyukur kerana dilahirkan dari rahim ibu yang beragama Islam..
cik tak perlu bersusah payah nak mencari kebenaran Islam..
tak seperti mereka yang lahir sebagai kafir..anda kira senangkah mereka mendapat hidayah daripada Allah?
ya,mungkin saja apabila Allah mengkehendaki sesuatu,seorang kafir terus mendapat sinar Islam..
namun sebelum itu sudah tentu hidup mereka terumbang ambing bukan?
tapi lihatlah umat Islam zaman sekarang..agama Islam dipermainkan..
apabila turunnya kemurkaan dari Allah,masing2 sibuk salahkan orang lain..
umat Islam zaman sekarang..adakah mereka mengamalkan cara hidup Islam?
adakah nilai murni Islam diterapkan dalam hidup mereka?
ya,memang benar..sekarang adalah dunia akhir zaman..ada yang berkata,
"ala..biase la,dunia dah akhir zaman.nak buat macam mana?"
tapi masih ada mereka yang sudi memperingatkan kita tentang kemurkaan Allah..
bersyukurlah aku kerana masih ada yang sudi untuk menegurku,mengingatkan aku tentang mati..
mujurlah masih ada yang sudi menyedarkan aku disaaat aku lalai..
cik pernah bertanya pada seorang ustazah--> macam mana nasib seorang bayi dari kaum kafir jika bayi tersebut meninggal sejurus dilahirkan?mati dalam kafir jugakah?
dan jawapannya ialah ya! maknanya bayi tersebut tidak sempat untuk mengenal keindahan Islam..
kerana itulah,aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.
wahai saudara2 ku,bersyukurlah kamu dengan sesyukurnya..moga kita sentiasa didalam rahmatNya..
moga hidup kita sentiasa dalam berkat Allah dan moga mati kita juga dalam Islam,agama Allah.
ya Allah,jadikan kami hambaMu yang bersyukur..Amin^_^

Hukum Kencing Berdiri

Assalamualaikum^_^
Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.
Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam. 


Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya 
(tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil,dia melakukannya sambil berdiri.
[Hadis daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath ?(Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad, hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum) dan isnadnya dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, ms 83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih.]
Hudzaifah r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.
Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.
[Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).
Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir. 
Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.

May 29, 2011

Saat Hatiku Sakit,Aku Cari Ubatnya!

Assalamualaikum^_^
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.
Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.
Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.
Hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).
Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.
dikongsikan dari: Ubat Hati

Saya Nak Masuk Golongan Tu Jugak!

Assalamualaikum^_^
perkongsian ilmu untuk pagi ini disaat cik tidak dapat melelapkan mata..
~10 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab~
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik(hadis riwayat Jabir)
5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.(hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”(hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah(Ibn Mas’ud)
wallahualam,wassalam^_^