Jun 11, 2011

Selangor Maju,Sejahtera(jadi idaman)

Assalamualaikum^_^
untuk pengetahuan semua,cik telah menyertai satu pertandingan SELANGOR IDAMANKU!
harap sahabat blogger cik boleh membantu.
macam yang korang semua tahu Malaysia merupakan negara yang sedang membangun,jadi Selangor tak ketinggalan dalam kemajuannya sebagai salah satu negeri dalam Malaysia. Apa tidaknya,sebuah litar telah dibina di Selangor yang dinamakan sebagai Litar Antarabangsa Sepang yang digunakan untuk perlumbaan Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan perlumbaan Formula Satu. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di Selatan Kuala Lumpur.Litar ini telah direka oleh pereka dari Jerman, Herman Tilke yang juga telah mereka litar untuk Shanghai, Bahrain dan Turki.
Selangor juga mempunyai lebih daripada 259 buah masjid dan 939 buah surau yang membolehkan para penduduknya senang untuk mendekatkan diri kepada Allah malah untuk melakukan pelbagai aktiviti lain yang bermanfaat.Kewujudan masjid dan surau tersebut memudahkan para musafir yang melawat ke negeri Selangor.Antara nama2 masjid tersebut ialah Masjid Jamek,Masjid Pekan Morib,Masjid Tebuk Pulai dan sebagainya.
Selangor juga mempunyai 7 lokasi hartanah terbaik iaitu:
1. Bandar Seri Putra, Bangi
2. Denai Alam, Shah Alam
3. Cahaya SPK, Section U9, Shah Alam
4. Sunway Damansara, Petaling Jaya, SE
5. Bukit Jelutong, Shah Alam
6. Bandar Kinrara, Puchong
7. Subang Bestari, Shah Alam
Kerajaan Selangor juga telah menjalankan ‘Operasi Selangor Prihatin Masyarakat’(OPS SELAMAT) setelah berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat pada 21 Mei lalu.Usaha ini juga membantu untuk mengembalikan semula kesejahteraan penduduk kawasan tersebut.
~Sekian~
sumber2:
lupa nak bagitau,tolong vote cik jugak,http://selangoridamanku.com/votes?cat=1&sort cari cikteddycorner.blogspot.com/ tau!kalau x jumpa klik category secondary school students,pastu sort by highest votes dan klik filter..vote boleh?sayang semua^_^
p/s:harap korang tak kisah dengan karangan di atas^_^

Jun 10, 2011

Kenali Freemason

Assalamualaikum^_^
Freemason bermaksud pembina-pembina yang bebas. Ia adalah nama bagi pertubuhan rahsia yang ditaja oleh Yahudi yang bertujuan bagi menguasai bangsa lain. Mereka menggunakan pelbagai cara termasuk cara yang buruk dan ganas supaya dapat menguasai dunia dalam jangka panjang.
Sejarah Penubuhan
Penubuhannya penuh rahsia. Sesetengah berpendapat Freemason ini ditubuhkan pada zaman raja Herod Agrippa I (10 SM- 44 M) pada tahun 44 Masihi bersama beberapa orang pemerintah Yahudi bagi menentang perkembangan agama Kristian pada masa itu.Antara pemimpin-pemimpin Freemason adalah Hiram bin Damwab Lami. Pada zaman moden, pemimpin mereka dikenali Miribu yang salah seorang pemimpin Revolusi Perancis, Jan Jaga Rusu, Politiu, Jurji Zaidan dan Karl Marks yang menjadi pengasas komunis.
Dasar-dasar dan Ajaran
Antara fahaman dibawa oleh Freemason ini adalah:
~Mengingkari Allah, para rasul, kitab-kitab dan perkara-perkara ghaib. Mereka menganggap semua itu sebagai karut dan dongeng.
~Berusaha ke arah menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang tidak dapat dipengaruhi dengan segala cara sahaja.
~Mengharuskan perkara yang haram seperti zina dan memperalatkan wanita bagi mempengaruhi pemerintah.
~Mewujudkan jurang bangsa selain Yahudi kepada beberapa kelas. Mereka menganggap bangsa selain Yahudi bertaraf rendah dan berusaha melaga-lagakan mereka dengan mencetuskan perang dan sebagainya.
~Membekalkan senjata kepada kumpulan-kumpulan pemberontak.
~Menimbulkan perbalahan-perbalahan kaum dibeberapa buah negara dunia.
~Meruntuhkan akhlak dengan pelbagai cara seperti menggunakan media massa dengan membiaya dan menganjur sesuatu program. Ia bertujuan menimbulkan kegelisahan orang ramai yang berpegang pada agama dan berakhlak baik dengan menubuhkan unsur-unsur kekufuran dan keganasan.
~Menggalakkan rasuah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan. Mereka melakukan kegiatan-kegiatan itu bagi memperalatkan golongan eksekutif.
~Menjerat dan mengumpan pemimpin-pemimpin dan orang yang berpengaruh dalam masyarakat sehingga mereka terpaksa tunduk kepada Freemason.
~Menubuhkan beberapa persatuan dan pertubuhan yang dapat menarik golongan kenamaan supaya masuk ke dalam perangkap mereka. Contohnya pertubuhan Lions, Rotary dan sebagainya.
~Mempengaruhi belia-belia melalui kegiatan tertentu seperti sukan, pelancongan dan sebagainya.
~Mempengaruhi kerajaan supaya menaungi kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan.
~Melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi yang menyesatkan.
~Mempengaruhi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dalam pelbagai bidang samada politik seperti
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ekonomi dan masyarakat.

Jom sertai Bloglist Luqaz!

Assalamualaikum^_^
ada jemputan lorh..huhu
bukan jemputan kahwin maa..jemputan masuk bloglist..
macam biase,sesape nak join boleh klik gambar kat bawah-->
nak masuk blogger girl!
sekian^_^

I Hate Domo!why it's so special to you?

Assalamualaikum^_^
sudah lama aku melihat geng2 blogger cewek2 ni..
banyak betul hiasan domo kat blog dieorang..
opss..maaf,dialog di ats sepatutnya dalam hati jer..Cici
eh,betul tak apa cik kata?
tengok la blog2 sekarang..banyak sangat si Domo yang scary ni..
dari mana la benda ni muncul ek?popular pulak tu..
ehem2,sakit tekak..
ada tak biskut domo?meh nak gigit biar kasi hancur! geram cik tengok domo ni..hihi
anyway,setiap orang ada minat masing2 kan?
siapa kata cik marah?takde la..cuma bila selalu bukak blog orang aleh2 ade si domo..
tak salah pun sebenarnya tapi jangan la banyak sangat..serabut oden nak baca entry..
sekian^_^
p/s: tuan blog tak berapa sihat,sebab tu die emo..moral of the story,jangan layan orang tengah emo!

Firdaus : Kereta Idaman

Assalamualaikum^_^
sesape nak join boleh klik banner la ek.
kereta idaman cik mesti la lamborghini gallardo spyder..hihi
tinggi tak angan2 oden?agak2 boleh sampai angkasa lepas tak?
kenapa cik suka?tengok la cara dia posing..menawan hati oi!
dah takde sebab lain lagi..sebab Lg ni sungguh menawangirlemoticon
sekian^_^

Lapar Punya Pasal,Telan Jelah~

Assalamualaikum^_^
bangun pagi gosok gigi guna ubat gigi Mukmin~suci lagi halal..lalalalala~

cik: ma,nak gi ane ni siap2 pakai lawa2?
ma: kenduri la..
cik:sape pulak yang kawen pagi2 nih?
ma: kalau cakap pun bukannya kamu tau!dekat chendering tu ha..
cik: yela2..pi la..jangan lupe simpan coklat kat orang tau!
ok,the end..
belum lagi la..lupa,cik belum makan lagi..
maaaaaaaaaaaaa! ala..dah naik kereta..
laparnya..pi bukak tudung saji,roti??
best jugak..tetiba terbayang maggi..grrrr...
lamanya tak makan maggi..yummy!
sihat ke tak maggi ni ek?lama kot cik fikir sebelum makan..nak masak ke tak?
lapar ni!makan jelah..letak telur sebijik!baru bertambah kelazatannya..
weh,maggi(makanan segera) selamat la untuk dimakan..tak percaya tengok sini.
habis dah..Alhamdulillah