Jun 22, 2011

Aku Cintakan Engkau..InsyAllah.


Assalamualaikum^_^
Kalau seseorang itu merasakan ianya hanya seorang
Tandanya ia belum mengenal Tuhannya
Kalau kenalpun…. tapi tak cinta
Kalau tak rasa cinta….. alamat jauh di hati jauh di mata.
Allah yang menciptakan setiap orang
Sama ada yang dibenci atau yang disayang
Allah yang ciptakan benci dan sayang
Allah yang menjadikan dirinya rasa seorang
Apabila ia tak kenal pada Pencipta seseorang.

Allah maha pencipta segala-galanya
Apa yang dipinta semuanya boleh diberi
Tapi manusia " kenapa ?..tak percaya..."
Rugilah ,rugilah dan terus rugi.

Kalau kita cintakan seseorang
Pasti kita ingin bertemu selalu
Kalau kita cintakan Allah…
Bertemulah selalu dalam zikrullah.
Bertemulah selalu didalam solah
Bertemulah selalu di rumah Allah
Berpegang teguhlah kepada Al-Quraan dan As Sunnah.
~sekian~

Kelebihan Berselawat..^_^(1)

Assalamualaikum^_^
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
http://naktahu.multiply.com

Jun 21, 2011

Guitar Baby

cayalah baby nih..kecik2 dah macam pro..^_^

Prinsip Aku Follow Kau Follow!


Assalamualaikum^_^
prinsip aku follow kau,kau follow aku??NO WAY..cik tak amalkan sebegitu..tu namanya memaksa a.k.a tanpa rela..come on la bloggers,takkan la nak paksa orang follow blog kita kan?
tu namanya blogger terdesak..nak orang follow blog kita?blog tu mestilah menarik dan menarik merangkumi banyak aspek la kan..blog lawa,post hebat(bagus),tak sombong dan banyak lagi la kan.
ada jugak yang datang kat blog cik ni dan dia follow. pastu cakap kat shoutbox "follow you,follow me back ek"..cik pon cakap cik nak pi singgah. singgah tak bermaksud follow ok, sayang intan manis..
pada cik la kan,blog yang menarik bagi cik-->
~ berinformasi
~blog yang lawa tapi tak berat
~kotak follower letak la atas sikit,tak perlu cik susah2 cari.
~shoutbox,penting gak..x perlu hias sampai berat sangat nak buka..cukup cik boleh tinggal jejak.
~header pun memainkan peranan penting untuk menarik perhatian.
~muzik..rasanya tak perlu kot..masing2 ada minat tersendiri..mana la tahu kalau korang letak lagu yang orang lain tak suka..70% cik akan rasa tak jadi nak follow^_^ lain la kalau letak zikir2 ke,boleh gak cik ikut berzikir,tambah pahala tu..
~ yang paling cik tak suka gambar2 korang dengan pakwe or makwe..cett! tak salah pun korang nak bermakwe or berpakwe tapi agak2 la kan..banyak sangat gambar korang berdua dalam blog sampai tak nampak dah entry2 tu sume..lebih2 lagi gambar yang ngee~ nak sebut malu oden.*berpeluk..tolong la jangan nak tambahkan dosa pada orang lain sebab tengok korang macam tu..kalau yang dah kahwin ok je..tapi same la,jangan la banyak sangat kat sidebar tu yer..kalau nak letak jugak,apa kata buat entry pasal korang berdua je..boleh gak kongsi zaman korang bercinta sampai bina masjid.^_^
konklusinya cik tak suka blog yang berat nak loading(takut kesabaran hilang tak jadi nak blogwalking).
bagi cik tak salah korang nak jadikan blog sebagai diari asalkan ada moral values daripada entry anda..
misal kata korang tulis--> aku jatuh tangga hari ni sebab takut masuk kelas lambat.moral of the story, lain kali jadilah orang yang menepati masa supaya korang tak jadi macam tu lagi.^_^
ok la rasanya tu je kot cik nak cakap hari ni..penat sudah...ada tanggungjawab yang lebih besar menanti.Homewok!
p/s: mintak maaf kepada followers baru cik yang belum sempat cik lawat..cik agak sibuk sekarang,kurang masa untuk berblogging..boleh datang ingatkan cik..bak kata Ana Rafali: Tolong Ingatkan Aku! blog cik pun tak berapa hebat,budak baru la katakan..ok la,salam sayang semua!kawaigirlfemoticon

Jun 19, 2011

Aku Bersyukur

Assalamualaikum^_^
haih..penatnye baru balik dari majlis penting ni..
wah,berlagaknya gaya ko cakap..(mane ade).
tengah menaip menggunakan laptop baru..weee~
*oleh kerana saya pelajar sekolah menengah yang tinggal di negeri terengganu,
maka saya telah menerima sebuah netbo0k berjenama Acer.
wah..bestnya ko,dengkinya aku..
haishh,,tidak bisa sama sekali berperasaan seperti itu..
Alhamdulillah..dah rezeki cik..
Acer Aspire One ni adalah ehsan dari negeri terengganu..
jadi,sekarang dah ada dua laptop..what i'm going to do?
takde la nak rebut dua2 kan..yang HP Mini bagi kat kakak,,yang ni cik ambik^_^
Apa2 pun cik bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan jalan hidup cik..
yela,kalau dapat masuk universiti nanti,tak payah susah2 nak cari laptop..
Alhamdulillah sekali lagi atas rezeki yang dikurnia..

Ciri Wanita Syurga


Assalamualaikum^_^
1. Bertakwa.
2.
Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3.
Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
sumber: iLuvislam