Jun 24, 2011

Singkatnya Hidup Ini..Manfaatkanlah~

Assalamualaikum^_^
Dunia itu gelap dan ilmu adalah obornya
hidup itu singkat
kunci surga adalah ilmu dan
kunci neraka adalah maksiat yang terselubung dalam hati-->syair islam
singkatnya hidup..
sekian

Jun 23, 2011

Funny Friday- ->Mashi

Assalamualaikum^_^
Nice Birdie
yeah! boleh kalahkan Tiger Wo0ds ni..
ape?kau kata aku kecik?ade aku kesah?

Bila Lelaki Dayus?

Assalamualaikum^_^
perkataan dayus biasanya banyak disebut oleh kaum perempuan sebab 'dayus' itu sendiri ditujukan kepada kaum lelaki.Apakah sebenarnya dayus dalam Islam?seorang sahabat nabi bertanya: apakah dayus itu wahai Rasulullah?Jawab Nabi: Iaitu seseorang(lelaki) yang membiarkan kejahatan(zina,buka aurat,bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya(isteri dan keluarganya).Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus dalam bab dosa besar sehingga peernah disebut dalam satu athar-->Allah telah melaknat lelaki dayus(laknat bermakna dosa besar dan wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan di haramkan bergaul dengannya).
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
 membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja) atau diluar rumah.
 membiarkan isterinya pulang lewat kerumah yang tidak diketahui bersama dengan siapa,serta apa yang dilakukannya dan siapa yangmenghantarnya pulang.
 membiarkan anak peerempuannya 'berdating' dengan tunangnya atau lelaki bukan mahramnya.
 menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan atau isteri berpakaian seksi diluar rumah.
 membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan hiburan dan sebagainya yang mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahramnya.
 membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah nafsu lelaki dihilangkan semasa berlakon?
 membiarkan isteri disentuh oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam spt menyelamatkan isteri daripada lemas n sebagainya.
membiarkan isteri berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa sebab musabah tanpa rasa cemburu.
 membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor perempuan..
~sekian~
jemarimenari--> piala emas untuk majalah muslimah.

Ciri Ilmu Yang Bermanfaat

Assalamualaikum^_^
ciri-ciri ilmu yang bermanfaat adalah, apabila ilmu itu dipelajari maka-->
~semakin membuat kita takut kepada Allah
~membuat kita semakin mampu melihat kesalahan dalam diri kita sendiri.
~menyebabkan kita lebih gemar dan bersemangat dalam beribadah kepada Allah.
~membuatkegemaran kita kepada dunia semakin berkurangan
~membuat kita lebih gemar dan obses kepada kehidupan akhirat
~ilmu tersebut membuka mata hati kita
~membuatkan kita dapat memahami berbagai-bagai tipu daya syaitan
-sekian-
piala emas untuk majalah Muslimah.

My Momma,My Love

Assalamualaikum^_^
hari ini hari lahir mak cik la..adoi..
selamat hari ibu mak..sayang mak walaupun tak pernah terucap dibibir..
lagu untuk mak---->
sungguh aku bersyukur punya ibu seperti mak..aku sayang mak sangat2!
tak tahulah macam mana hidup aku tanpa mak..ayah juga.
mak,aku doakan moga Allah selalu lindungi dan rahmati hidup mak..
walaupun mak tak dapat baca semua ni tapi aku nak mak tahu 'aku sayang mak sangat2!

Blogger Si Penyibuk

Assalamualaikum^_^
apasal cik cakap blogger tu penyibuk ek?korang rasa korang ni penyibuk ke?boleh la tahan.. 
cik pernah baca satu entri daripada seorang blogger jugak..dia tanya,korang berblogging ni tambah pahala ke dosa?terfikir jugak cik..blogging2 jugak..dosa pahala?kena kira jugak..
katakan lah korang ni sibuk sangat duk jaga tepi kain orang sampai kain sendiri pun tak sedar carik..
cerita sana cerita sini pasal orang..amboi2,sodapnye hang kan!
bulan lepas kalau tak silap cik,ramai betul blogger bercerita pasal Adinda Evans.korang kenal tak?kalau kenal,mesti korang tahu kan..kalau tak kenal,takpe la..tak perlu tahu..nanti cik pulak dikatakan mengumpat.
masa tu hampir setiap blog yang cik lawat,ada je cerita pasal Evans ni..terbuka jugak hati nak lawat dia..
adoi,kesian jugak..dia tertekan weh..kalau la korang berada di tempat dia..amacam?memang dia sendiri yang membuka pekung di dada tapi kita yang lain tak perlulah jaja lagi..cukup sampai di situ..kalau boleh nasihat dia kan bagus..seorang bloggers tak semestinya perlu menjaja cerita orang untuk dapat publisiti murahan dan trafik yang melambak..cerita2 artis la dan macam2 lagi..
bagi cik,blog yang macam tu tak menarik kot..maaf jangan la sibuk duk bukak aib orang,aib sendiri?
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..
Oleh itu janganlah sibuk duk bukak aib orang lain..takut diri sendiri pulak yang malu..
~sekian~
jejarimenari-->maaf kalau ada yang tak suka..sejahtera semua