Jun 30, 2011

Blogger Itu Pendakwah~

Assalamualaikum^_^
"Apa tujuan utama anda berblog?"
Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.
Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.
"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"
Atau
"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"
Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islami, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.

Islam itu indah, bukan?
"Islah Nafsak wad'u Ghairak."
"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."
Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.
Bukan :
"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"
"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.
Buang pemikiran:
"Aku bukan ustaz."
"Aku bukan ustazah."
"Aku bukan baik sangat pun."
"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."
Buang,jauh-jauh pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.

Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog ialah medan kita berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.
"Blogger itu Jundullah."
Blogger itu Pendakwah.
sumber--> karya Ibnbakr dari iLuvislam
jemarimenari: artikel ini dipendekkan sedikit..

Song For Bapak a,k,a Ayah

Assalamualaikum^_^
i never thought that i will fall in l0ve with his style..
see?he also put a du'a in his video..he never made it useless to watch..see ya!

Beruntungnya..Ambil Iktibar!

Assalamualaikum^_^
Tersebut dalam sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT mengkehendaki seseorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka akan datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini, kerana orang mukmin ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai malaikat mau, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain

Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, tetapi keluarlah sedekah dari tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu maka berkata tangan : “Tidaklah ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin ini dari arah in, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini juga menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal lagi untuk mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, maka malaikat maut mencuba pula dari arah kaki, malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila malaikat maut gagal mencabut dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga, sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga, maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Qur’an dan Zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mata, tetapi baru sahaja beliau hendak menghampiri mata, maka mata pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitb-kitab

Apabila malaikat maut gagal menjalankan perintahnya, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan memberitahu masalah yang dihadapinya walaupun semua cara telah dilakukan.Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulislah AsmaKu1 di telapak tanganmu dan tunjukkanlah kepada ruh orang yang beriman itu.”Sebaik sahaja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun pergi menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT, sebaik sahaja ruh melihat Asma Allah, (terbitlah rasa) kecintaannya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut dengan tenang dan damai.                            sumber--> cybercafe2u

jemarimenari>> cuba refleksi pada diri kita..apa yang kita lakukan setiap hari..asyik dengar muzik yang mengarut,lihat benda yang tak elok..kaki pula?ke mana?karaoke?harap jauhkan.. insyAllah,sama2 kita muhasabah diri..together we can do it! 

Jun 29, 2011

Kerana Makcik,Aku Kempunan!


Assalamualaikum^_^
pagi yang nyaman..hmmm~ senyaman ubat gigi colgate!
kan best kalau boleh makan ubat gigi..->
cikgu matematik: ok,saya nak awak siapkan latihan tahun 2005 bla bla bla...
dalam hati-->lambatnya nak rehat..lapar gila dah ni
sikit lagi..sikit lagi..ya Allah..sabar3..
krinnnnnggggg! loceng berbunyi!-->tipu,sekolah cik mana ada loceng rehat..
adoi,jauhnya perjalanan ke kantin..perut dah bergendang keroncong lorh..
nasi lemak..tunggu aku!!
makcik! nak nasi lemak satu! makcik! makcik! makcik!
(diam)~ ~ bila makcik ni nak layan aku pulak,,,
makcik! makcik! makcik! makcik! makcik! (dah dekat seribu kali cik jerit)
nasi lemak tinggal satu je lagi..MAKCIK!!!!!!!!!!!
dah habis..gunung berapi nak meletus!
aku tak nak beli dengan kau lagi,makcik..!
"aku tengah kempunan nasi lemak ni tau tak?"
jemarimenari--> nasib baik perempuan tu makcik,kalau kakak2, dah lama cik mengamuk kat situ

Jun 28, 2011

Apa Khabar Iman Anda?

Assalamualaikum^_^
apa khabar iman kalian hari ini? bagaimana kehidupan kalian setakat ini sebagai hamba kepada Ilahi?
sudah memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi?
ATAU
masih sibuk dengan soal cinta yang tak pernah sudah? cinta antara manusia yang tak pernah mengundang puas tetapi tiap kali mengundang rasa kecewa dan sengsara.namun,sudahkah kita menyerahkan cinta kita kepada Ilahi? sudahkah kita buktikan cinta kita pada Ilahi? di mana bukti cinta kita padaNya? adakah dengan membuang masa mendengar lagu tak berfaedah?adakah dengan melengahkan seruan solat yang sudah menyeru kita? adakah dengan berkira-kira berapa bilangan muka surat Al-Quran yang mahu di baca?
di mana buktinya?bangunkah kita menghadapnya untuk berduaan denganNya? di mana bukti cinta kita padaNya?
 mana?mana?mana?
kita hidup ibarat Dia tidak pernah peduli akan kita..kita hidup ibarat Dia tidak memerhatikan kita..kita hidup berbuat apa yang kita suka buat apa yang kita lihat..
'comelnya Lee Min Ho!'
'cantik giler handbag nih!mahal sangat la!'
'pergh, eye liner idaman hati!'
'aku hidup takde boyfriend lg huwwaaaaaa'
'borink la belajar aku nak jadi model!'
'haih, masalah, masalah, boleh tak kalo takde masalah kejap???!!!'
begitulah rutin harian hidup insan bernama manusia..sering mempersoalkan tentang dunia..tak pernah sudah, tak pernah habis tak pernah puas tetapi jarang sangat kita persoalkan dalam diri kita begini-->
'eayh, semalam aku tak solat dengan khusyuk pon'
' eayh semalam aku baca Quran pun boleh terbayang cerita cinta yg best tuh'
'eay, semalan aku solat lambat la, all takpela, janji solat,'
'semalam aku pakai tudung tak tutup dada la, malu nya'
'gambar profile aku gambar muke aku, cantiknya!'

inikah bukti cinta kita padaNya? inikah yang dikatakan hidup dan bernafas dalam jiwa hamba? inikah yang dikatakan mencintai Allah Yang Esa? inikah yang dikatakan usaha yang akan mampu membuat kita menggapai syurgaNya? jika saat ini saat terakhir kita masa kini..adakah kita telah puas hidup sebagai hamba Ilahi? dah berpuas hati dengan amalan kita kepada Ilahi?
ATAU
masih dikuasai rasa riak ujub dan takbur dalam diri?sudah cukupkah amalan kita yang dihiasi keikhlasan kerana Ilahi? sudah cukupkah? bagaimanakah kualiti amalan kita ?sudah cukupkah untuk dipersembahkan kepada Ilahi?sudah cukupkah? mari kita muhasabah diri kita kembali..
~adakah selama ini kita sudah benar-benar bernafas dalam jiwa hamba kepada Allah~
sekian

Jun 27, 2011

Kan Bagus Jika Aku Faham Apa Aku Lafaz

Assalamualaikum^_^
~monolog dalaman~
kan bagus kalau aku faham apa yang aku lafazkan..
mesti aku akan lebih mengerti..
kadang2 aku cemburu dengan orang yang pandai bahasa arab..
kalau Al Fatihah boleh la aku faham...tu asas.
aku suka tengok video orang2 dekat tanah suci Mekah solat..
doa2 mereka..
bacaan2 ayat suci Al Quran yang keluar dari bibir mereka..
dengan hanya lafaz yang keluar dari bibir mereka sentiasa menyentuh perasaan aku..
aku tersentuh dengan lunak merdu suara2 mereka merintih,
mengadu,merayu dan berbicara dengan Allah s.w.t..
saat air mata keinsafan mengalir,aku juga terharu..
memang la lebih baik dalam berdoa, guna bahasa yang kita faham..
kerana Allah itu amat memahami doa hamba-hambaNya..
tapi..kadang2 aku teringin..
teringin menjadi seperti mereka..
berbicara dengan Allah dengan bahasa syurga..
aku TERINGIN sekali..
mula2 aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah..
bukannya aku tak diberi peluang untuk mempelajari bahasa Arab..tapi apa aku buat?
aku kalah dengan cakap2 orang.".bahasa arab susah la"..
tapi aku tak menyesal..kerana ilmu itu tidak pernah habis dipelajari..
insyAllah satu hari nanti mesti aku pun boleh berbahasa Arab..
tanam hasrat,AKU BOLEH!