Sep 20, 2011

Blog DiHack!

Assalamualaikum..
seperti biasa aku bukak blog..tengok kot2 ada komen yang tak terbalas.
lepas tu pi terjah bloglist aku iaitu My Teddies. tengok punya tengok..ada satu link blog Abang Khairul..Tajuk entri abang khairul 'test'..aku pelik jugak..tak pernah aku tengok abang khairul buat entri macam tu.Aku dah pelik ni..terus aku klik.aku dah syak! Pap! memang betul..blog abang khairul dah dihack!
Aduh,siapa punya kerja ni?Abang khairul tak pernah pun buat entri yang tak senonoh.kenapa perlu di hack?kepada hackers,agak2 la kalau nak hack pun..tengok blog dan tuan punya la..
aku rasa abang khairul tu tak pernah buat hackers sakit hati pun kan?
aku harap pada hacker yang bertanggungjawab tu,minta maaf la pada abang khairul.Setakat buat entri pasal kereta yang di modified,salah ka?
nak tengok blog abang khairul? klik SINI

Sep 19, 2011

Tutorial Simple Link Hover

Assalamualaikum
Hari ni aku nak buat tutorial sikit..ter'rajin'.
korang tahu kan pasal link hover?ala..bila kita letak cursor pada link,
mesti ada background yang comel..
tapi biasanya blog perempuan la..
kali ni aku nak ajar buat link hover yang simple tapi agak menarik.
contoh cuba klik  >>SINI<<

Okeh jom mula.
Klik Dashboard--> Design--> Add a Gadget--> Html/Javascript

copy code dibawah ni dan paste dalam kotak Html/Javascript tadi..
<style type="text/css">A:link { text-decoration: none;}A:hover { background: url(http://www.dolliehost.com/dolliecrave/graphics/linkhovers/1.gif);}</style>
code diatas warna purple macam aku punya.
korang boleh tukar cuma gantikan URL warna merah tu.sila pilih dibawah.

-Pink-
http://www.dolliehost.com/dolliecrave/graphics/linkhovers/2.gif
-Oren-
http://www.dolliehost.com/dolliecrave/graphics/linkhovers/3.gif
-Hijau Muda-
http://www.dolliehost.com/dolliecrave/graphics/linkhovers/5.gif 
-Biru Muda-
http://www.dolliehost.com/dolliecrave/graphics/linkhovers/7.gif 
-Hitam-
http://www.dolliehost.com/dolliecrave/graphics/linkhovers/12.gif 
-Warna Warni-
 http://www.dolliehost.com/dolliecrave/graphics/linkhovers/13.gif
Dah siap,save..
Sekian,Selamat Mencuba!
~ Simple Is Better ~

Sep 17, 2011

Pemenang Teka Teki Promosi Blog!

Alhamdulillah..akhirnya tamat jugak permainan ni.
Aku dah dapat dah pemenangnya! Lega..

Maaf sangat kepada mereka yang tak berjaya meneka dengan tepat.
tapi tak bermakna hangpa tak pandai cuma tak bernasib baik.
Ramai yang sangka jawapan berkaitan dengan islamik.
Aku suka la cara korang berfikir..positif!
Aku tengah siapkan nak tempek header siap dengan link para pemenang.
Untuk teka teki kali ni aku ada dua pemenang-->
&
seperti yang dijanjikan..blog hangpa berdua akan dipromosi selama seminggu.
tahniah diucapkan sekali lagi 
p/s: Lain kali aku buat lagi permainan ni..Aku nak promosi blog korang la..lain kali join lagi ya!

Sep 16, 2011

Teka Teki Promosi Blog Korang!


hangpa nak tak aku promosi blog hangpa?
tapi sebelum tu aku nak bagi satu teka teki mudah..

Perkataan apakah yang paling tua dalam dunia?
perkataan tersebut ada 2 tau!
_ _          _ _ _ _ _    (bahasa melayu sahaja)

siapa yang dapat jawab dengan tepat,blog hangpa akan dipromosi selama seminggu!
tiada had untuk hangpa meneka..nak teka sampai 10 kali?takde hal..
-tak perlu buat entri, cuma tinggalkan jawapan hangpa kat ruangan komen-

klu: setuju dan tidak setuju..dua2 ada huruf vokal 'a'
~mari berteka teki~
UPDATE: tersenyum baca jawapan korang..bagus,berfikiran positif tapi masih tak tepat.jawapan takde la islamik..cuma teka teki biasa.saja pasang muzik ni supaya kita ingat nama2 Allah tapi takde kaitan dengan teka teki ini.Maaf ^_^ cuba lagi.Tengok la klu tu..
klu kedua: "kalau ada orang tanya,suka baju ini?"korang akan jawab sama ada dua perkataan kat atas tu je.


UPDATE!!!!!TEKA TEKI TAMAT!!

Sep 15, 2011

Semua Orang Nak Buat Cerpen~

 

Salam jumaat!

hangpa suma perasan tak?
ramai blogger sekarang dah mula berjinak-jinak nak buat cerpen..
tak perasan?hmm..tak tahu nak cakap kalau macam tu.
aku ni bukannya apa..
sebelum ni jarang sangat aku tengok blog orang ada cerpen.
tapi sejak aku karang cerpen Kerana Seorang Lelaki yang
hangpa boleh baca kat sidebar aku tuh, makin menjadi-jadi pulak..
bukan aku nak cakap yang aku mulakan dulu tapi
yelah..sebelum ni tak banyak blog yang ada cerpen sendiri.
lain la macam penulisan2u tu..memang popular dengan cerpen online~
macam sekarang ni Abg Ben pun dah ada cerpen woo..
dan banyak lagi la blog yang dah ada cerpen sendiri.
walau pape pon, aku harap  semua blogger berjaya dengan blog masing2!
~Blogger Si Penulis~

Sep 14, 2011

Forgive Me When I Whine~

 
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. 
(S. AL BAQARAH -AYAT 186)