Pada suatu masa dahulu, hiduplah seorang teruna dan seorang dara..
Maka suatu hari terlihatlah si dara oleh si teruna..lagaknya yang ayu dalam kekalutan menarik hati si teruna untuk terus merenungnya..Entah apa yang dicarinya..Matanya galak meninjau sesuatu namun kelihatannya masih juga belum ditemui.
'Ah..indahnya ciptaanMu,Tuhan'.Getus hati si teruna lantas tersedar dari lamunannya.'Astaghfirullahalazim'.Ucapnya pula.Dia leka akan keindahan makhluk bergelar wanita yang berada di hadapannya tadi.Namun,hatinya bagaikan berbunga.Terasa satu perasaan mula lahir dalam hatinya.'Ya Allah..maafkan hambaMu'.Si teruna meneruskan perjalanannya ke tempat kerja meninggalkan bayangan si dara yang masih dalam kekalutan mencari sesuatu.
Keesokan harinya si teruna tadi menunggu bas untuk ke tempat kerja.Dibeleknya kertas-kertas yang tersimpan kemas di dalam fail dalam bimbitannya.Angin menderu menerbangkan salah satu helaian kertasnya.Terburu-buru si teruna cuba mendapatkan kertas tadi lalu kertas tersebut jatuh di sebelah seseorang.Lantas kertas tadi dikembalikan kepada si teruna.'Terima kasih'.'Sama-sama'.Lembut sahaja suara si dara membalas ucapannya.Perasaan itu hadir lagi.Matanya tepat memandang wajah si dara yang tertunduk melawan panahan mata si teruna.'Maaf'. Ucap si teruna apabila dilihatnya si dara mula berasa serba salah berada di situ.
Sebuah bas sudah kelihatan dari jauh.Lantas si teruna mencoretkan sesuatu di atas secebis kertas.
'Maafkan saya kerana memandang awak sebegitu rupa.Saya terpegun melihat anugerah yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta.Saya tahu itu salah.Maafkan saya sekali lagi.Saya khilaf.Saya harap dapat mengenali awak dengan lebih dekat'. Lalu dihulurkannya kepada si dara.Wajah si dara sedikit berkerut membaca bait-bait yang tercatat.Lalu si dara membalasnya dan menghulurkan semula kepada si teruna.
'Kata maaf awak diterima.Moga anugerah ini tidak lagi melalaikan awak di lain hari.Tundukkanlah pandanganmu daripadaku.Moga Allah memberkati kita'.Si teruna tersenyum membaca kata-kata si dara. Si teruna menghantar pemergian si dara dengan hati yang lega.Senyuman tulus dilemparkan buat si dara.Sekilas si teruna memandang semula kertas tadi,masih ada bait-bait kata yang masih belum dibaca.'P/s:Semoga kita berjodoh'. Kata-kata terakhir dari si dara menggembirakan hati si teruna.'InsyAllah'.Getus hati si teruna.
Nukilan: Siti Khadijah Aziz