:: PERINGATAN ::
Entri ini akan membosankan,harap maklum !
Ramai yang kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan.Mulanya aku tak setuju dengan pendapat tersebut tapi tak sangka aku sendiri boleh terlibat dalam hal macam ni.Let me tell you the story.
Aku berkawan dengan Abu dan Aman.Of course la Abu(bkn nama sbnr) dan Aman(bkn nama sbnr) ni lelaki kan?.Aku kenal Abu dulu sebelum Aman.Aku tak tahu la pulak yang mereka berdua ni kawan baik.Then,Abu perkenalkan aku dengan Aman.Then,Kami bertiga jadi kawan baik.Happy together~
Kalau aku ada masalah,aku lebih senang bercerita dengan Aman walaupun aku kenal Abu dulu sebab dia lebih memahami dan tenang.Tapi,last2 masalah tu akan dikongsi bertiga jugak.Dan begitulah dengan Abu dan Aman.Bagi aku,mereka berdua ni sangatlah rapat macam adik-beradik.Pergi mana-mana mesti berdua.Aku gembira tengok mereka macam tu walaupun aku terselit diantara mereka.Aku tahu ramai orang pandang serong pada kami bertiga.
Tapi pada suatu hari,entah kenapa mereka berdua bermasam muka.Puas aku tanya dieorang,mula-mula Abu pastu Aman tapi masing2 tak mahu terus-terang.Last2,aku paksa Aman cakap memandangkan Aman lebih berlembut berbanding Abu yang lebih suka berdiam kalau ada masalah.
Betapa terkejutnya aku bila Aman cakap yang mereka bergaduh disebabkan aku.Tapi sebelum ni,memang Abu ada cakap yang dia suka aku tapi aku buat tak endah sebab ingatkan dia bergurau.Yela,kami bertiga bukan boleh percaya sangat,masing-masing suka merapu.Aku cuba baiki hubungan kami bertiga tapi susah..Masing-masing tak mahu mengalah dengan perasaan dan aku tersepit.
Masalah ni berlarutan sampai berbulan-bulan dan hubungan kami pun makin renggang.Teramat renggang.Abu dan Aman dah tak macam dulu.Sekarang dah tak ambil kisah pasal hal masing2.Masing2 pun dah ada geng baru dan aku terus bingung macam mana nak baiki balik persahabatan dieorang tapi gagal sebab ditambah dengan hasutan pihak2 lain yang memang tak suka tengok kami bertiga rapat.
Akhirnya aku mengalah dengan keegoan mereka.Ternyata keegoan lelaki amat tinggi dan aku sedih dengan keadaan itu.Hingga sekarang,mereka tak pernah lagi macam dulu walupun sengketa tu dah tamat sebab aku ambil keputusan untuk menjauh dari mereka.Walaupun kami sekarang dah boleh jadi macam kawan biasa yang lain tapi untuk jadi macam dulu,tak mungkin lagi........
Kehilangan sahabat yang bermakna seperti mereka terasa amat berat bagi aku~









