Mar 14, 2013

Tanya Sama Aku


Tanya aku apa itu rindu?
Aku kata,kamu.

Tanya aku apa itu duka?
Aku kata,aku.
Bila sisa waktu yang banyak kamu tak hiraukan aku.

Tanya aku apa itu sayang?
Aku kata,kamu.

Tanya aku apa itu hiba?
Aku kata,aku.
Bila kamu tak rasa rindu seperti rindu aku.

Tanya aku apa itu kasih,apa itu sayang?
Aku kata kamu.

*senyum*

Tanya aku apa itu cinta?
Aku kata,kamu.

Tanya aku apa itu siksa?
Aku kata,aku.
Bila aku fikir kamu akan pergi tinggal aku sendiri.

Apa kamu pada aku?
Dunia.

Mana tempat aku mahu tinggal?
Dalam dakap kamu.

Tanya aku kenapa semuanya tentang kamu?

*tampar kamu*

Cinta lah,bongok!
Gila.

Feb 5, 2013

Aku Cinta Hujan


Aku cinta hujan
Yang dengannya bisa mengerti gelodak hati
Yang dengannya aku bisa menangis bersama
Yang dengannya titis tangisan dihalau pergi

Kenapa orang bilang pelangi itu kebahagiaan?
Pada aku tidak..
Mungkin cantik dipandang cuma..
Hanya kerana warnanya yang bikin bibir tersenyum.
Aku lebih cinta hujan.

Aku ketawa sendiri..
Bagaimana dia sanggup mengintai duniaku
Dunia yang penuh dengan kekeliruan
Penuh dengan emosi yang kadangkala dia terlelah sendiri..
Lelah untuk mentafsir.

Alahai kamu,
Dari mana datangnya sabar sebegitu pesona?

Jan 26, 2013

Bocor


Mengeluh. Aku sandar pada bantal yang berbalut kain berbunga ungu; pilihan ibuku,selalunya begitulah citarasa wanita. Bantal itu pula aku sandarkan pada kayu dinding bercat coklat. Tangan masih aku letak pada papan kekunci Acer milikku sambil mata tidak lepas memandang arus coretan manusia di burung biru.

Setitik air menitis tepat atas abjad J pada papan kekunci. Aku pandang atas,meliarkan mata ke arah atap rumah mencari jika ada rongga-rongga yang mungkin mendiaminya. Aku tajamkan pula pendengaran mencari bunyian yang biasa bingar pada musim tengkujuh. Aneh,tak pula hujan.

Dek kerana lama tidak bereaksi, skrin komputer bertukar gelap. Aku pejamkan mata,rehatkannya sebentar. Terasa ada bendalir yang berlari lembut di pipi. Aku kesat dan aku tatapnya yang berada di dalam genggam tangan. Untuk apa tangis ini dan untuk siapa? Mata terpasak pula pada titisan yang belum kering di atas abjad J tadi. Abjad itu. Yang kini sering aku tuturkan usai sujudku pada Nya.

Terpapar wajah sendiri pada skrin gelap itu. Tak silap lagi. Mataku bocor. Ada air yang keluar dari rongganya. Aku cemas,kenapa makin laju? Terasa pula sebak di dada. Ini pasti kerja si rindu lagi. Aku takkan maafkan si mata kerana sanggup berkomplot dengan si hati. Kenapa harus ditangiskan rindu? Aku capai telefon bimbit,kosong. Tiada pesanan.

Tertidur.

Sep 15, 2012

Aku Juga Mahu Bahagia



Aku juga mahu bahagia...tanpa dia.

Pernah jua sebaris ayat ini terluah dalam barisan kata
Pernah juga aku cuba hayunkan langkah tanpanya
Tapi apakan daya...
Tidak jua ku dapat ku raih kalimat bahagia
Ternyata aku semakin punah dan derita
Ternyata aku semakin parah dan kecewa
Sekarang ternyata...

Aku mahu bahagia...bersama dia.

Ya aku bahagia bersama kenangan dengannya
Aku bahagia walau dengan sekilas bayangannya
Aku bahagia terbuai lena bermimpi tentangnya
Ya Tuhan,aku bahagia...
Aku bahagia...

Terima kasih untuk semua rasa ini...indah sekali ~
Meski tak tercapai dek tangan, ku raih dengan angan...


Aug 30, 2012

Kecelaruan


Wa benci lu!

Benci lu sepenuh hati!

Hati wa dah kembang sebab terlalu banyak zarah benci di dalam!

Dah la..wa dah naik muak,menyampah tau!




Renung pada cermin.Hmmm..matanya sama.Lirik senyumnya sebijik.Pandangan matanya...kesedihan yang disembunyi di sebaliknya langsung tiada beza.Keliru dengan pantulan cermin itu.



Baru sedar.
Orang yang dibenci itu.
Dirinya sendiri.



Dah penat dengan ini.Mahu berubah.Mahu kedepan.Mahu lupa yang sedih,yang hiba.


Genggam bayang-bayang sendiri.
Tak boleh..satu kemustahilan.
Buang bayang lama.
Gubah bayang baru.


Nampak tak, nampak tak? Kecelaruan tahap kritikal.Akibat dapat duit raya sikit.Hahaha..k Salam. (kalau tak jawab,tak mau kawan) :P

Aug 14, 2012

Si Penjejak Cinta

art from myndsnare,edited by O CIKTEDDY

ku seru si angin malam...
berderulah dikau menembusi alam...
ku seru suluhan bulan...
terangi segenap dadaku,lapangkan pandangan...
ku damba sentuhan jiwa...
lembutkan hati-hati yang terhilang nyawa...
ku damba kasih sejati...
menuntun cinta-cintaan kepada Yang Abadi...

kerna aku yang hilang punca...
kerna aku yang kemalapan cahaya...
kerna aku yang ketandusan upaya...
kerna aku si penjejak cinta...

sejatikan kasih yang tersedia...
jangan disia terbiar menanti senja...
tetapkan haluan pada yang terakhir disana...
moga akhirnya kita bersama jua...di syurga.