May 10, 2011

bahasa jiwa bangsa!

Assalamualaikum^_^
cik nak tanya kat korang semua?siapa suka guna bahasa rojak?
ataupun bahasa mesej yang macam ni ha
--> bocan nyew
--> tgh buat apew tu?
dan macam2 lagi la..kadang2 cik pun suka jugak guna ayat2 macam tu..
pergh..apa2 jelah kan..jom layan video Anwar Hadi ni..betul ke tak?
jadi apa kata korang? bahasa jiwa bangsa!

Cinta Kopi Masin

Assalamualaikum^_^
mungkin ramai yang dah terbaca kisah yang akan saya kongsikan ni..tapi biar la,saya nak kongsi jugak sebab kisah ni romantik dan ada nilai2 islam nya..
Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

May 9, 2011

i love it!

Assalamualaikum^_^
di sebuah pulau yang cantik..tinggallah aku seorang diri...bla3
maaf ya,hari ini tuan punya blog ni nak melalut..
punca: asyik duk fikir pasal exam..
kesan: dia jadi sewel dan suka melalut..
langkah mengatasi: buat entry yang syok sendiri..

saya suka tengok laut..i love staring at the sea but now i scare..
u know why? tsunami has traumatized me..hihi
ayat terabur..tapi rasanya boleh faham kot..
say suka tengok gambar2 terumbu karang..sebab cantik dan menarik..
nak tengok jugak?
nak tengok lagi?apa kata google je..hihi
konichiwa arigato sayonara..aishiteru^_^

May 7, 2011

Atasi Marah Jadi Orang Gagah

Bukanlah orang yang kuat itu dengan ukuran kuat dalam bergusti (bergelut), tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya tatkala ia sedang marah – Sabda Rasulullah s.aw.(Al Hadis)
Persoalannya, apabila amarah itu datang, bagaimanakah kita mengemudinya agar kemarahan itu tidak membinasakan kita dan juga orang lain sebaliknya, memberi kebaikan kepada semua?Bagaimana jika kita gagal di dalam menangani marah? Sudah pasti kita akan menjadi golongan melampaui batas. Namun begitu, Islam ternyata indah apabila menggariskan beberapa cara untuk mengemudinya.

Mengingati Allah SWT.
Allah SWT telah menjanjikan syurga seperti di dalam petikan Al Quran bagi sesiapa yang boleh menahan amarahnya.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.(Al Imran : 133 – 134)

Memohon perlindungan kepada Allah SWT
Sesungguhnya marah adalah godaan daripada syaitan, maka ketika menghadapinya, kita hendaklah berdoa atau mengucapkan isti’azah (Dan aku berlindung kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatanagan mereka kepadaku – Al Mu’minun : 98. )

Memaafkan kesalahan orang yang menjadi punca kemarahan
Memaafkan kesalahan orang lain adalah amat dituntut dan ianya menenangkan jiwa daripada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan. Bertoleransilah walaupun sebesar – besar kesalahan orang lain kepada kita kerana sebagai manusia biasa, pastilah mereka tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;(As Syura : 37)

Berwudhu’
Berwudhu’ lah untuk meredakan sifat marah, kerana ia dianjurkan oleh Rasulullah sepertimana diriwayatkan di dalam hadis.
Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal daripada api. Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamumerasa marah hendaklah ia berwudhuk.(Riwayat Abu Daud)

Mengubah posisi
Jika kita marah di dalam keadaan diri, maka ubahlah posisi seperti duduk atau berbaring. Insya-Allah, akan redalah sedikit kemarahan itu.

May 5, 2011

mencari

Assalamualaikum^_^

apa khabar semua?harap sihat2 la belake yep!
emm..saya taknak cakap banyak2..cuma nak bagitau yang saya masih mencari blog2 atau site2 berkonsepkan Islam..
saya dah ada banyak sumber2 sebegitu namun saya masih mencari..hihi
di kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada tuan punya blog2 tertentu yang menjemput saya untuk mengikuti blog2 korang..
saya tak bermaksud untuk sombong tapi kalau boleh saya nak follow blog or site yang boleh beri saya ilmu..saya ada ziarah blog korang tau!bukan tak jenguk langsung..
maaf,bukan saya nak cakap blog korang tak bermanfaat..
setiap bloggers ada hak masing2 untuk tulis apa yang korang nak..tu saya hormati..
kepada followers blog ni yang ada sumber tentang blog2 yang bermanfaat,silalah suggestkan kepada saya ok?
sekian,terima kasih^_^

May 4, 2011

Cara Pemakanan Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum^_^
Ini adalah antara diet Rasullulah s.a.w. Ustaz Abdullah Mahmood pernah berkata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.tak perlu susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL 

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN
MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

# Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
wallahualam^_^