Jul 26, 2011

Ambillah Waktu Itu..

~Assalamualaikum~
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

piala emas--> Srikandi Islam Group

Jul 25, 2011

~Saat Menghadapi Ujian Allah~

Assalamualaikum
tips dibawah dikongsikan bersama untuk renungan cik dan sahabat sekalian

Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita asalkan kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya" (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan."Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya."Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa."Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
p/s: Mari sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham ibu kepada cikgu cik..Moga dirahmati Allah.Amin!

Jul 24, 2011

Wanita Itu....

Assalamualaikum 
Wanita SOLEHAH itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan dunia ini,
keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan bermain lidah, memujuk rayu,
bukan dan tidak sama sekali kepetahan wanita solehah itu,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
nafsu mengatakan wanita itu cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kehebatannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek,
hati mengatakan kecantikan wanita itu hanya pada akhlaknya,itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
WAHAI wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerna satu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman.
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,agar diri ini bersih dan sentiasa dirahmati ilahi.
wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,kerna ada lagi manusia yang berpengetahuan darimu.
WAHAI wanita jangan pula berdukacita kerana kekuranganmu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.
WAHAI wanita solehah jangan dirisaukan akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
bersyukurlah di atas apa yang ada.
serta berusaha demi keluarga,bangsa dan agama.
p/s: akhir2 ni suka post pasal wanita..

Jul 22, 2011

Cantiknya Seorang Wanita Sebagai......

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntuhkan iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat pejuang agama
Menjadi penunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kederhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan hanya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya menjadi permaisuri istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati membahagi kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pembimbing
Menjaring teladan para anbiya pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan harta negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmu
Menyala obor mewangi setinggi profesi

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi fitnah
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Dibalik tirai jiwa
Menggenggam rindu kekasih pasrah di atas sajadah
Mengharap keredhaan kehidupan dunia akhirat..

TUA!!

Assalamualaikum^_^
-TUA-
Biasa dengar kan?bukan setakat biase je tapi selalu..
jiran korang,mesti ada orang tua.
cikgu?cikgu dah tua dah tapi masih mengajar.
contoh terdekat. mak ayah kita...dah tua juga.
tak tahu macam mana hidup tanpa mak dan ayah.
Allah,kuatkan hatiku jika mereka terpaksa meninggalkan aku.Amin.
ok,kembali pada tajuk asal.
kenapa manusia takut pada tua?esp wanita la kan.tapi lelaki pun ada woo~
teruk sangat ke jadi tua ni?bekas jiran cik,tua jugak..apasal hidup dia bahagia je cik tengok?tapi tengok orang zaman sekarang..pakai tu,suntik situ sini,bedah situ sini..semata-mata kerana taknak tua!
bedah plastik tu bahaya tau kalau tersilap!nak jadi macam ni ka?
mesti taknak kan?haha...tahu takut.apa salahnya kalau kita jadi tua secara semula jadi..kan indah!
cantik kan?ikhlas gitu..
Allah mengatur segala-galanya dengan sempurna.Allah itu Maha Bijaksana..