Sep 1, 2011

Blog Ku Cantik

Assalamualaikum
-ini ialah pertandingan-
tapi pertandingan ni takde banner..orang yang tukang anjur ajak aku join melalui Fb. Nak tahu lebih lanjut, baca syarat2 kat bawah ni ok.Kalau nak join boleh klik SINI

DiAnjurkan Oleh.
Kami Blogger Melaka
https://www.facebook.com/group.php?gid=139852729442585
WakiStudio
https://www.facebook.com/wakistudio

Hadiah-Hadiah.
1.RM50
2.
3.
(x tahu apa dah jadi dengan hadiah ke 2 dan ke 3)

Syarat-Syarat Penyertaan
1.Blogger Itu Seorang Blogger Yang Junior
2.Blog Yang Hanya 20 Visitor Ke Atas Untuk Sebulan
3.Blogger Mesti Like WakiStudio
4.Blog itu perlu mempunyai design yang tersendiri ataupun theme yang telah diubah


Cara-Cara Menyertai
1.Hantarkan Nama,ID Facebook,dan Alamat Blog Ke contest@bloggermelaka.com
2.Perlu membuat satu artikel tentang Contest Ini
Tajuk: Blog Ku Cantik

notenota: aku tahu blog ni biasa2 je tapi dah orang ajak,aku join la

Akhir Zaman..Bila Agaknya?

Nabi S.A.W bersabda :

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan dan perubahan muka.."

lantas seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah :

"Wahai Rasulullah, bilakah hal ini akan terjadi..?"

Rasulullah S.A.W menjawab :

"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita.."

(Ibnu Majah)


notenota: muzik tu tak salah selagi tak melalaikan..kerana itu kita disarankan bersederhana dalam semua perkara.

Aug 31, 2011

Jatuh Cinta Di Hari Raya~

jatuh cinta di hari raya...lirik lagu raya Yuna.Tak best la lagu tu.Kenapa aku rasa Yuna makin lama makin gedik?Okeh aku tahu people change tapi aku lagi suka Yuna yang dulu.Yuna Zarai dengan lagu Dan Sebenarnya.Cool bersahaja dan kurang make up..Sekarang?agak menakutkan..'tapi dia ada yang suka pe..'
-aku suka masa ni-

sekarang
-apakah ini?-

Tengok,aku dah lari tajuk.Bukan nak cakap pasal Yuna la..
Sebenarnya aku memang dah jatuh cinta.Tapi dia bukan manusia malah bukan haiwan, juga bukan tumbuhan
jadi apakah ia? JAWA! Apakah itu?It's simple man,girls..why think hard? Bahasa jawa.Kenapa?Sebab aku rasa bahasa tu unik.Uniknya bahasa itu membuatkan aku jatuh cinta kepadanya.Aku sekarang tengah usha uncle google pasal jawa2 ni semua..aku rasa belajar jawa cool la..Okeh,selamat jalan..

Notenota: Baru sudah jamu BBQ..yum2!

Aug 30, 2011

Di Hari Raya Kita Bersatu~

Pagi raya.Macam biase la bangun solat subuh..mata terpejam jap.Akhirnya tersengguk ke sejadah.Terus tersedar.Malu..nasib baik takde orang tengok.

Aku: mak,nak buat ape ni? *rajin nak tolong nih*

Mak: Ijah tolong gosok baju ok sayang.Baju ayah,mak nak gi solat raya.*mak panggil syg*.

Aku; Ok mak,beres jerk.

Abang: Tolong gosok baju abg din gak.. Tolong la,nak gi tolong ayah ni.

Aku: ok la..

Akhirnya aku kepenatan.Mula-mula baju mak,ayah & abang je..last2 semua baju orang dalam rumah aku tolong gosokkan.Parkinson jap kaki aku kena berdiri lama.Peluh2..isk
Lepas balik solat sunat raya,mak ajak pergi ziarah nenek.Nenek?Aku bagi salam.Sebak lihat muka nenek tapi aku cover jugak supaya takde orang nampak.Lamanya tak jumpa dan salam tangan nenek.Dah bertahun-tahun.*Usah ditanya mengapa*Salam dengan nenek.Nenek taknak lepaskan tangan aku.Nenek tarik aku dalam pelukannya.Sebak tapi cover jugak.Ok dah,aku mahu pulang.Harap kita boleh jumpa lagi nenek.
Balik rumah,pak sedare datang dengan sepupu sepapa sekali lah.Adus..mula la tu bergosip.Last2, aku join kakak tengok drama korea dekat ntv7.Bosan lagi tapi kelakar gak drama tu.Penat.Tidur lagi best.
Bangun tidur pi rumah nenek yang lagi satu..Dapat duit raya! Makan nasi minyak lauk gulai ayam kampung..Padan muka mak sedare,habis aku makan..Alhamdulillah..dah kenyang..dah boleh beransur pulang dah..Eh lupa,salam tangan dulu.Balik naik kereta,bukak bumbung dia!Rasa macam terbangOk la kita sambung beraya esok pulak..

Notenota: Bersiap sedialah rumah yang belum ku terjah.Akan ku tawan semua kuih rayamu,maka pokai jugalah duit kamu semua!

Aug 26, 2011

Jom tambahkan FOLLOWER!

Assalamualaikum^_^
nak buat cepat-cepat entri ni..nak pi keluar raye pulak.
Aishh,silap...nak kuar shopping raye..
Sesape nak join boleh klik banner diatas okeh..
Jom join ramai2!

Namida.Tears.Lágrima.

Sebelum cik cakap lebih2,meh cik nak habaq sikit maksud tajuk entri diatas..
Namida (jepun)blue forwardair mata
Tears (english)blue forwardair mata
Lágrima (portugese)blue forwardair mata
Apa motif cik tulis dalam pelbagai bahasa?cik pun tak tahu..takde la,saje nak kongsi.

Kenapa kita selalu menangis?banyak sebab la kan..gembira,sedih,tertekan,benci,marah..putus cinta?
Ha..tu la antara sebabnya.Kita menangis untuk meluahkan apa yang kita rasa.Percayalah,lepas nangis mesti kan rasa lega kan?Tak percaye..eleh,takkan tak pernah nangis kot..Masa kecik2 dulu selalu nangis mintak susu dengan mak kan?alahai,comelnya..
melting ice
Kalau bagi perempuan,menangis adalah perkara biasa.Betul tak?Kenapa perempuan senang sangat menangis?Dah memang jiwa perempuan tu lembut.Allah ciptakan sesuatu itu penuh berhikmah.
Perempuan..kalu gembira nangis,sedih pun menangis..Cik pun confuse.
Kalau lelaki pulak?Susah sangat cik nak tengok lelaki menangis.Adakah kerana ego,kaum Adam menahan air mata mereka daripada menitis?maybe..Tapi jangan pelik,lelaki pun mudah terasa tau!
melting ice
Kalau bapuk,mak nyah,pondan,gay & lesbian pulak?Opss..Wallahualam.Mungkin mereka menangis apabila ditinggalkan oleh pasangan mereka.Ok,ini adalah auta.Kenyataannya,mereka juga manusia seperti kita semua..menangis itu adalah lumrah.Cuma,mereka ada masalah kecelaruan mengenai identiti dan bla3..

Akhir kata sebelum cik nak pergi main mercun
Let your tears come. Let them water your soul. 
Tak salah pun kalau nak menangis.Tangisan bukannya menandakan kita lemah tapi mebuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi hal-hal yang seterusnya.

Notenota: Tengok iklan raye yang ade lagu anuar zain perpisahan,berderai air mata~