Assalamualaikum~
pss :: Korang update laju sangat,tak sempat aku nak terjah semua..Sedih la ~_~
pss :: Aku update sekali seminggu je..^,^
pss :: Tak pernah entri aku seciput bulan ni..6 je?Biar benar ???
Usah ku terangkan secara leper tak sudahkeputusan SPM ku terima sudahbaik atau tidak ku tahu kau tak kisahyang penting aku lega sudahyang penting aku lulus semua lahada yang cemerlang,ada yang kepujian lahSekianlah..

Apa nasib kami dalam keriuhan manusia ini ???
Mekah Al Mukarramah..Ingin aku sampai kepadanya sebelum roh kembali kepada Penciptanya.Moga sempat juga kaki kerdilku menjejaki tanah suci lagi diberkati ini.Ingin juga aku genggam tangan kasar ayah dan menuntun mak beribadat bersama-sama...Amin!
Disneyland..Seronoknya berpura-pura menjadi kanak-kanak di sini.InsyaAllah,suatu hari nanti akan aku tawan tempat ni..hehe
Aku mahu jadi penulis terkenal.Penulis blog?Ya,mungkin tapi impianku lebih kepada penulis yang bisa mengubah persepsi pembacanya kepada yang lebih positif.Mungkin juga seorang penulis novel?hehe..Aku dalam usaha menghasilkan sebuah novel daripada sebuah cerpen yang pernah aku tulis..
Aku mahu kahwin!Dengan siapa,tentulah dengan arjuna si jodohku yang bakal ku temu nanti ^__^ Menjadi seorang isteri kepada sang jodoh dan ibu kepada anak yang sudah ditakdirkan..indahnya~
Kaya dalam dan luar.Aku mahu kumpul harta sebanyak yang mungkin sementara bisa untuk keturunanku yang seterusnya.Aku mahu jadi Muslimah yang sebenar-benar muslimah yang kaya dengan sifat Islam dalam dirinya~
Lamborghini Gallardo Spyder.Impianku dari dulu hingga sekarang.
Impian terakhir ini mungkin kejam didengar tapi kau tak memahami.Kalau boleh biarlah ibu dan ayah pergi dulu sebelum aku.Bukan kerna takut susah tapi sungguh aku tak sanggup tengok mereka sedih jika aku pergi sebelum mereka.Cukuplah segala susah payah mereka menjaga aku selama ni.Biarlah aku yang menguruskan mereka.Aku tak mahu orang lain yang mencurah air ke tubuh mereka,biar jemari aku saja yang membersih lembut jasad mereka.