Aug 25, 2019

Skincare Routine For Oily Dehydrated Skin + Review

Assalamualaikum and hello everyone. Dah lama sangat tak menulis, rasa kekok pula. Banyak sangat benda jadi sejak beberapa tahun ni. Aku pun dah selamat bernikah 24 November 2018 haritu. Alhamdulillah sekarang tengah hamil 3 bulan. I might do pregnancy journey in the next post.teeheee Hari ni aku nak update pasal skincare routine aku. 

Tahun lepas aku ada la pergi analisis skin aku dekat Clinique counter. So kulit aku pada umur 25 tahun ni dah berubah ke Oily + Dehydrated pulak. Sebelum ni ada post pasal kulit kering dan kombinasi kan. Macam tu la kulit ni macam hati manusia jugak, suka berubah.lol

Okay la jom kita start. So first step in Double Cleansing. Aku dah try banyak sangat produk termasuk jenis minyak, cleansing n micellar water, dan balm. So far paling suka is Heimish Cleansing Balm. Banila. Co pun best jugak. Perlu ke pakai semua ni? Entri lain la aku cerita panjang lebar ya.






Second produk is pencuci muka. Sekarang aku sangat setia dengan Hada Labo Kouji ni (dah hampir 3 bulan). Untuk kulit kering mungkin tak sesuai sebab dia jenis foam. Tapi untuk aku, sangat best sebab kulit aku susah naik jerawat sejak pakai ni. (tapi tak sure la kot bercampur dengan hormon pregnant, kulit jadi okay hahaha).
Mahal sikit RM50 so beli la masa Guardian sale sahaja. 😂





Second step, toner! Beli jela yang ni tahan 6 bulan sebab besar gedabak, dah la murah. Beli dekat Guardian okay! Yang ni pun boleh buat layering untuk toning. Means, pakai 3 hingga 7 lapis toner. Orang Korea suka buat sebab dia bagi more hydration to your skin. Toner ni sangat best sebab dia light sangat dan tak melekit. Nak buat masker pun boleh. Beli je DIY Sheet Mask dekat Daiso lepastu rendam dalam toner ni terus boleh pakai as a mask. Yey jimat!




Third step, serum! Yang ni optional la ye. Kalau korang rajin, pakai la. Tapi kalau korang jenis ada skin concern (jerawat, jeragat, tona tak sekata etc), wajib cari serum satu okay, jangan kedekut. Serum akan banyak sangat membantu masalah kulit sebab dia lagi concentrated. Pencuci @ Toner @ Pelembab sahaja takkan mampu atasi masalah kulit korang. So far yang ni pun sangat best, tak sebabkan breakout. Kulit moist je rasa dan cerah sikit. Harga RM40++. Pandai-pandai la korang cari dekat Shopee,pastikan beli dari kedai yang ada sign 'Preffered" okay.
Last sekali mestilah pelembab. Sebabkan kulit aku oily so harusalh aku cari produk yang berasaskan gel. Tak melekit, cepat meresap dan tak buat kulit lagi jadi berminyak. Yang ni pun harga lebih kurang RM40 +- kot. Yang ni macam ada bau citrus sikit. Main ingredient dia ialah Centella or dalam Melayu namanya pegaga. My skin loves centella so much. 


Yang ni tambahan, pakai 2 kali je seminggu. Wangi gilaaaa feeling betul masa skrub muka. Recommended sebab tak irritate my skin. Some scrubs can really bother my skin barrier. Yang ni lulus! Dah la murah, cari je dekat Watsons @ Guardian. Hm tu je la setakat ni. Penatlah nak taip panjang-panjang. Sekian.

Apr 15, 2019

Mohon


Teruntuk Yang Terindah,

Mohon berpada-pada bila suka,

Mohon beringat-ingat bila mencuba,

Mohon syukur-mensyukuri pada yang ada,

Mohon hindar dari membenci,

Mohon tegar bila diuji,

Sungguh,aku perlu kamu.

Roh baru yang baru menetap di badan ini.

Roh semangat, tabah dan pencinta.

Mohon kekal.

Tak mahu untuk seketika.

Mohon untuk selamanya.

Mohon!


Juga disiarkan di Surat Untuk Diri

Juga INI

Apr 30, 2016

Updated Skincare Routine (Combination Skin)

Assalamualaikum and hi everyone! Here I am again.tehee So in this post I'm gonna share with you guys about my current skincare routine. Bear in mind that I have combination which is oily in some parts (usually on T-zone) and dry skin. In my last post, I told you that I have a dry skin problem. But now I think my skin is combination again.

Sebelum ni kering maybe sebab lepas stop pakai local product. PLEASE EVERYONE, STOP USING LOCAL PRODUCT! Esp yang janji kulit korang akan flawless in just 3 days. Of course, your skin will be so flawless while using them but once you stop, the real struggle begins. I've been there and I really regret it. Tapi ada juga sesetengah orang yang lepas stop pakai local product, muka tak jadi teruk. Lucky them. Anyway let's start with my real post.

So recently I've been using Bio Essence Tanaka White for about a month now and I love it. Even though my skin is not really clear yet but I'm happy now that I have no serious acne (big pimples/blackheads/whitehead). Before I decided to buy the original size of the products, I bought their trial which cost RM27++ (normal price RM32). You can get in at Watsons and Guardian or anywhere that you can find.


So after a month trying them, I decided to buy the cleanser and the toner because I just love how they work on my skin. The cleanser did a very good job in cleansing my skin but of course, if your wear makeup even just a compact powder, always remove them first then you may start with cleansing your face (nevermind whether it's in foam,gel or cream etc). Your skin will be more clean than usual.


This one doesn't make my skin feels tight, it feels so fresh and clean and soft. Love it. It cost RM20++. I don't think it brighten up my skin, just cleanse. You can't expect your skin tone will change with just a cleanser. Plus. I always be outdoor so my skin is tanned.


After using the cleanser, I tone my skin with this. I'm so glad that I can finally found a toner that suits my skin. My skin feels so soft after using this toner. It helps to shrink my pores and hm I don't know, it just feels so good on my skin. This one cost RM20++ too. I'm sorry I can't remember the exact price, you an check it out on Guardian Online Store or Watsons' website.

Then on daytime, after cleanse and tone, I use day cream from Tanak White range too as I still have it from my trial purchase. I don't think I will buy the original size because it's pricey plus it is in a big jar which is not hygiene enough. Gonna buy foundation after this, maybe BB Cream or Cc Cream..anything that I can wear.lulz 

Oh before I forget, I also use scrub from St Ives which is Green Tea Blackhead Clearing Scrub.


I've been in a love-hate relationship with this scrub. Sometimes I feel it really did a pretty job but some other time, I hate it because it makes my skin red and clog my pores. I use 2 times per week to exfoliate my skin. I'm thinking of trying the Freeman Charcoal and Black Sugar Polishing Mask soon.

So that's all my routine for now. See you in the next post.

Disclaimer: All photos in this post are not originally mine as I'm so lazy to snap them on my own. All of them are from google. Thank you.

Jan 3, 2016

My Skincare Routine ( Dry Skin ) + Review

Assalamualaikum and Hi everyone! First of all, I'm sorry if I mix English and Bahasa in this post because some things are easier to describe in English dan ada yang senang kalau guna Bahasa Melayu. Ala tak kisah la asalkan maksud yang nak disampaikan tu dapat difahami. Kalau tak faham, belajarlah faham.haha

This time I would love to share about my skincare routine. Walaupun takde la rutin sangat, kadang-kadang malas nak jaga kulit. BUT, everyone should be aware that it is important to take care of yourself including your skincare routine esp girls (must). Semua orang tahu kan zaman sekarang macam mana, kulit kita ni terdedah dengan persekitaran yang tak berapa sihat. Jadi kena rajin la supaya penampilan luaran kita terjaga. This gonna be a long post. If you don't wish to proceed so Goodbye, thanks for visiting! Ok lets start.

1. Cleanser
Cleanser/pencuci ni memang perkara wajib. Lagipun aku kan perempuan, setiap hari pakai bedak jadi kena la cuci muka. Kalau tak pakai benda lain pun pencuci kena pakai sebab muka ni memang setiap hari terdedah dengan kotoran,debu dan banyak lagi. I used to have combination skin (dry + oily ) but now it's completely dry. So I use Cetaphil Gentle Skin Cleanser ( For All Skin Types). This one works wonder for me.

Highly recommended for dry skin even for the ones with acne prone skin dan untuk kulit muka berjerawat, yang salah guna produk. Sebab cleanser ni sangat-sangat lembut pada kulit dan sesuai juga untuk bayi plus it's also hydrating as you can do double cleanse with this cleanser. You can google more on this product. Sebelum ni aku guna Garnier untuk pulihkan kulit sebab salah guna produk. Garnier ok tapi sangatlah mengeringkan sampai menggelupas kulit. Bila kulit dah takde jerawat, sejak tu aku mula pakai Cetaphil ni. TAPI, sebelum cuci muka pakai Cetaphil kena la remove semua makeup yang ada because this is mild cleanser, it can't remove makeup stains well enough. Boleh dapatkan dari mana-mana farmasi, Guardian dan Watsons. I can't remember the exact price but I think it's under RM30 for 125ml. Ok next.

p/s: Kalau nak tahu produk yang menyebabkan kulit aku berjerawat dan totally rosak, direct message me on Twitter @khadijah_aziz or Facebook Siti Khadijah Aziz. Aku tak nak la rosakkan perniagaan orang lain because this is too public sebab maybe produk tu tak sesuai dengan kulit aku.

2. Moisturiser
Why jump straight to moisturiser? Because I don't have toner in my routine eventhough I know toner is so good to clean any excess dirt after cleansing and also great to shrink your pores. Sampai sekarang tak jumpa toner yang sesuai dengan kulit. Selalu pakai mesti breakout..sedih. Any suggestion for me? I don't have a specific moisturiser because any moisturiser from drugstore always makes my skin looks and feels oily and I hate that so I use Aloe Vera Gel to moisturise my skin. I love Soo Beaute Jeju Green ALoe Vera Soothing Gel. Got this from Sasa at RM16++. Masa tu tengah promosi so grab la satu.

This is a very light moisturiser, can be used daily and anytime you want. Biasanya aku pakai lepas mandi dan masa nak tidur malam. Boleh je nak apply sebanyak mana pun tapi kalau banyak sampai basah memang lambat sikit nak kering (macam aku masa mula-mula pakai, habis basah muka). Lepas pakai, memang rasa lembut gila and glowing! wuhuu! Serious. Buat jadi base makeup pun boleh. Ok next.

3. Cream ( day cream and night cream )
Curently I'm using Garnier  Garnier Light Complete Multiaction Whitening Serum Cream.

It's very light cream although the texture is thick when you first squeeze it out from the tube. Instantly brightens your skin a wee bit and got a nice matte finish. Recommended for oily skin and did a pretty job to my face. Got no breakouts when using this. A good base for makeup too. Tapi takde la mencerahkan kulit pun. Aku suka pakai sebab rasa ringan sangat kat muka, cepat menyerap dan tak melekit. But, I suggest you to apply sunblock because this alone is not enough to protect your skin from the sun. Macam aku la, sunburn teruk kalau tengah panas. Still searching for a good sunblock. Suggest me.

I don't use night cream for now but I have Garnier Light Complete Night Restore Cream.

I use this for 2 weeks and I stop using it after that. The texture is so creamy and when you apply it onto your face, it becomes a bit shiny and every morning I wake up with a shining face. Of course, I hate that so that's why I don't use it anymore. But it's really good to moisturise your skin plus it smells good (lemon). Parut jerawat pudar masa aku pakai ni tapi tu la sayang, aku tak suka pakai. Kalau ada yang nak, contact me. I might let this go for RM10 inc pos or FOC.haha since I don't like it.

4. Makeup Remover
I've been using makeup remover for a year now and it makes a big difference to my skin. It helps to remove all your makeup products that your cleanser can't. So please everyone, get one makeup remover (anything that suits your skin). For me, I use Biore Makeup Remover Perfect Cleansing Water. I loveeeeeeee this sooooo much! It's so soft on your skin, gently removes any makeup products even the waterproof one.

I love this of course first, it's a water-based so it's very gentle to your skin and can be used on eye area too. Second, it didn't cause any breakouts. Third, it does a pretty job in removing makeup. You only need 2-3 pumps to completely cleanse your skin. It's stated that you don't need to wash your face with facial cleanser but I did wash my face with Cetaphil after that sebab aku dah trauma ada clogged pores. Trust me, it's a scary experience to have those tiny little blackheads and whiteheads on your skin especially on cheeks and forehead area. Sesiapa yang masih mencari makeup remover yang bagus, yang tak harsh on your skin, this Biore is the perfect one. It's a bit pricey (RM23 ++) for just a remover but it's worth it and it lasts long (up to 4-5 months) depends on your usage.

Jadi, itu saja lah cara aku jaga kulit muka.hee tak banyak pun guna sebab yang penting bagi aku kena bersih dan lembab. Untuk cerah tu hm masih mencari produk yang bagus. Bukan nak putih pun cuma tak nak bagi kulit nampak kusam sebab sunburn. LASTLY, bagi yang beragama Islam, selalulah berwuduk sebab dengan berwuduk dapat bantu untuk bersihkan kulit plus nampak bercahaya! :D Oh yang paling terakhir. I promise this is the last one, don't forget to drink lots of plain water. It's so good to hydrate your skin. Please make sure at least you drink 2litre plain water ok! Ok jumpa lagi. Assalamualaikum dan selamat beramal! xoxo

p/s: Maaf kalau ada salah grammar, salah penggunaan bahasa Melayu..dah lama tak mengarang. I wanna share what products I use everytime I go out in the next post. So see ya!

Jun 10, 2015

How To Get A Kissable Lips


Image result for kissable lips 
 
Assalamualaikum and hello everyone! This time, I just wanna share simple tips to get soft, smooth, unchapped or in a one word, kissable lips! Few steps that I do are:

1) Exfoliate. Use sugar mix with honey (acts as a scrub). Gently rub the mixture on your lips for about 1 or 2 minutes. (depends on you) After that rinse with water. You will notice your lips becomes so smooth and a bit pinky.
                                                                   OR
Sometimes, I brush my lips with my toothbrush. Don't worry,  it won't hurt your lips, just brush your lips gently in a circle motion.
2)  Use a lip balm. For me of course I use my favorite one, Elianto Fruity Lip Balm (my review here). I apply it every morning and night (after taking a shower and before sleep). It makes my lips so smooth and pinky every time I wake up.
3) Drink a lot of water or enough based on your body weight. 1 litre for every 25kg (you do the counting for yourself).
Lastly, don't forget to smile! That's all, thanks for reading. Have a blessed year!


Mar 12, 2015

Product Review: Vietnam Mask Blackhead and Whitehead Remover


Assalamualaikum and hello everyone!
Macam kebanyakan orang lain, aku pun ada masalah whitehead dan blackhead ni. Sebelum tu biar aku cerita sikit dari mana benda dua ekor ni wujud.haha 

Blackhead - Lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Kalau kita picit keluar blackhead tu, kita boleh tengok akarnya warna putih, sebab bahagian akar tu tak terdedah dengan udara macam bahagian atas tu.

Whitehead - Jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan terperangkap di dalam liang pori-pori di muka . "Whitehead" boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut. ( copy paste info dr google :D )

Entah la makin besar makin bermasalah pulak kulit ni. So, sebelum ni aku dah cuba produk dari Daiso, tapi macam sia-sia je sebab tak efektif pun. Satu dua je yang keluar. Pore strips dari Biore pun dah pernah cuba jugak tapi macam biasa, bad result! So aku usha la produk dari insta dan terjumpa la Vietnam Mask. Mulanya macam tak percaya yela sebab nama pun vietnam. Alkisahnya aku pun ternampak la produk ni dekat satu kedai jual produk kecantikan. Why not I give it a try kan?

 
Ni la dia bendanya.

Cara pakai:
1) Cuci muka / tekap muka dengan kapas yang dicelup dengan air suam. Tujuannya nak buka liang pori.
2) Lap muka sampai kering.
3) Sapu vietnam mask dekat kawasan yang ada blackhead/whitehead. Mask ni dalam bentuk cecair ok so senang je nak apply. Guna jari je. Lepas tu letak kertas yang dah disediakan dalam paket.
4) Biar dalam 15 minit @ sampai kering.
5) Dah kering, boleh la tarik perlahan-lahan.
Lepas tu nampak la blackhead/whitehead keluar. Puas hati!

 
Ni gambar dari google tapi aku punya lebih kurang macam ni la . Geli gila sampai aku terus buang tak sempat nak snap.haha

Lepas guna dan buang tu jangan lupa cuci muka dan guna toner ok. Bagus untuk tutup semula liang pori yang terbuka dan berlubang sebab dah keluar benda dua ekor tu. Basuh muka dengan air biasa pun ok dah.

Pro: Works perfectly! Tak payah guna acne needle yang scary tu sampai merah-merah dan berlubang muka (tak pernah buat pun cuma pernah tengok orang buat). Suka sebab memang keluar semua yang tersumbat terutamanya kat hidung. Muka aku masalah kat hidung je whitehead dan blackhead ni. Harga murah dan boleh pakai banyak kali walaupun saiz kecil. Aku beli ni RM15 kalau tak silap. ( boleh dapat lagi murah kalau pandai cari maybe under RM10 )

Con: Bau dia macam ubat sikit dan nanti bila dah buang, muka akan rasa gatal kejap dalam 5 minit macam tu. Aku pun tak tahu kenapa.

Rating: 4.7/5

p/s: Disarankan pakai sekali seminggu je. Kalau muka jenis banyak sangat benda alah ni boleh la pakai dalam 2 kali seminggu.

Sekian dan selamat mencuba!

Feb 19, 2015

Permulaan Baru


Assalamualaikum and hello everyone!

Sebelum ni aku cakap akan ada banyak product review kan tapi nak buat macam mana, masa tak mengizinkan dan aku pun dah sambung belajar. Jadi masa memang lebih banyak diluangkan untuk mentelaah pelajaran. cewah yeye je!

Alhamdulillah dah tamat belajar di peringkat diploma sains komputer cuma tak dapat lagi sijil ha. Tak konvo lagi. Tak sabar weh bulan 10! Memang pada mulanya nak sambung degree. Dah dapat direct entry pun tapi dengan izin Allah, hati aku terbuka untuk cuba bidang lain pulak. Aku dengan berdebarnya buat keputusan untuk masuk institut latihan kemahiran pula.

Aku tahu memang ramai akan persoal keputusan aku ni dan memang pun, aku terima banyak betul pertanyaan. Serabut pun ada. Tapi aku tetap pegang pada prinsip aku, aku akan buat benda yang buat aku gembira! Nak cerita lebih-lebih, nanti la pulak. Doakan yang terbaik untuk aku. See ya!

Jan 19, 2015

Product Review: Elianto Fruity Lip Balm Set-Multi Fruit


Assalamualaikum and hello everyone! As I said in my previous post, I'm going to review my favourite lip balm so here it is. Tadaa Elianto Fruity Li Balm!

Aku tak la memilih sangat produk kecantikan asalkan berpatutan dan berguna. Masa tu Elianto buat sale 50% off, so dalam hati tu membuak-buak la kan nak beli. Aku beli satu set macam dalam gambar tapi masa tu stok dah tak banyak, yang tinggal cuma Berry. Tak kisah la, nak jugak. Aku sambar je Berry 3 ketul. It costs RM25. Harga biasa RM18 satu @ 3 for RM49.90 ( you can get it here ) atau mana-mana stokis Elianto.


Pros: Warna yang cantik, kalau pakai dia jadi berkilat dan natural pink. Tak melekit, just nice. Tapi sekarang aku dah mula bosan pakai sebab tak habis-habis. Sekarang dah masuk 5 bulan, tak habis lagi seketul. Bayangkan aku ada 3, boleh tahan 3 tahun kot. Biasa aku pakai pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur. Bangun pagi smooth je bibir dan pinkish gitu.haks Kalau rajin dan waktu cuti, tengah tengok tv pun aku apply (nak bagi cepat habis). Lip balm ni jugak aku guna sebelum apply MN Kiss Proof Lipstick ( review here [link] ). I can say that they blend nice together. Selain tu, sangat jimat. Pakai sikit je dah cukup untuk cover seluruh bibir. Bau pun ok (berry katakan). Tahan lama dekat bibir lebih kurang 3 jam (campur lepas makan minum). Lagi, sangat bagus untuk bibir merekah. It does what it claims.

Cons: Lambat sangat nak habis ( orang nak jimat,aku nak cepat habis.k ) bosan pakai sebab aku jenis suka tukar-tukar lip balm. A bit pricey for a lip balm as I mentioned before, RM18 each.

Overall, this product is worth buying and recommended. Adios!

p/s: More product reviews coming. Oh tak lupa juga, sesiapa yang berminat beli Inspired Victoria's Secret Body Mist, Edt dan Lotion, boleh dapatkan di instashop SKA Victoria Secret. Harga serendah RM20.

Jan 18, 2015

Product Review: MN Kiss Proof Lipstick


Assalamualaikum and hello everyone! Lama dah rasanya tak menaip panjang. Memandangkan sekarang dah habis praktikal dan banyak sangat masa, jadi aku nak buat review sikit. Bukan bajet retis, saja nak berkongsi. Sejak meningkat dewasa ni kan macam-macam produk nak cuba. Maklum la perempuan, mana tahan tengok benda comel-comel bagai ni haih. So let's start.

Menow-Pro Powdery Matte Kiss Proof

Sebenarnya dah lama beli cuma lupa nak pakai sebab first time pakai rasa tak best. So terbiar la lama dalam almari baju. Jangan tanya kenapa boleh tercampak sampai dalam almari. Perempuan, biasa la.haha First of all, I'm not a lipstick lover, lip balm or lip tint is enough for me but just wanna give it a try sebab packaging dia menarik. 


So here in my hand is MN Kiss Proof Code 006. Tak ingat beli dari instashop mana sebab aku cod je. Harga bawah RM20 kalau tak silap. Boleh dapat murah kalau pandai cari yang jual murah. Tak tahu la kalau ada yang fake.

Pros: Nice packaging and design. Senang nak bawa letak dalam handbag, letak dalam poket pun boleh. Warna yang cantik, aku pilih kod 006 pun sebab aku nak warna natural. Tak suka merah sangat. Senang nak apply. Memang tahan lama dekat bibir.

Cons: Very matte. Not recommended kalau bibir korang jenis kering or tengah merekah. Kalau tak pakai lip balm mesti nampak kering sangat bibir. Bila pakai lip balm, dia jadi tak long-lasting. Kalau pakai lipstick ni aku akan pakai sekali dengan lip balm kegemaran ( review here [link] ) Aku tak berkenan sangat tekstur dia. Lagi satu bila dah tumpul, nak kena asah dengan sharpener. Why not buat boleh pusing je? Sis tak suka benda yang remeh macam ni nanti sis stres.haha

Overall, not going to repurchase this because lipstick is just not my taste. I'll continue using lip tint or lip balm only for my lips. Tapi kalau ada lagi lipstik yang menarik, boleh cuba kot.hihi Anyone would like to suggest, just drop your comment ok. Nanti boleh review. 

Rating: 2.9/5

p/s: My review may differ from yours. For a better result, give it a try.lol My favourite lip balm review will be posted tomorrow.

Inspired Victoria's Secret Body Mist, Edt dan Lotion, boleh dapatkan di instashop SKA Victoria Secret. Harga serendah RM20.


Jan 4, 2015

001

Bosan der dah nak habis praktikal ni.

Aug 17, 2014

Pondok Kecil




Kamu tahu?
Nun jauh di sebuah pulau terpencil
Aku bina sebuah pondok kecil
Yang tak berpenghuni
Yang tak punya apa apa
Untuk kita isi dengan cinta
Untuk kita hiasi dengan momen indah
Untuk kita, suatu hari nanti.



Mar 29, 2014

Kala Dulu



Kala dulu,
Saban hari aku merindu
Jadi gebar tika lena
Lalu kau biasakan aku dengan ketiadaan kamu

Saat aku kalis dengan sunyi
Dan sepi jadi teman baruku, kau datang.
Pinta aku lakukan hal yang sudah aku luputkan.

Ya,boleh dikata aku ini pengemis perhatian.
Dari kamu.
Cuma kamu.

Ah tapi itu kala dulu.
Waktu-waktu yang aku tinggalkan tanpa jejak
Hingga bayangnya aku putuskan
Tak sedikit pun lagi melekat.

Feb 10, 2014

#2



Jangan senang nak hukum orang.
Jangan berangan nak jadi homosapien separa Tuhan.

Jangan ingat yang jahat akan selamanya jadi kulat.
Jangan ingat yang baik selamanya akan suci.

Aku percaya sejahat-jahat manapun seseorang, pasti ada sisi kebaikan dalam diri dia.
Dan kau kena tahu, sebaik-baik manapun seseorang,
pasti ada sisi gelap yang mungkin kau tak sanggup nak hadam.

Pesan aku,
hati-hati.



Feb 4, 2014

#1



        Sungguh,
sikit pun aku tak simpan dendam.

        Tapi,
aku tak harap kau bahagia.

Jan 14, 2014

Magnum


Bawa saja aku pergi jauh-jauh
Kemana saja kamu mau
Kemana saja kamu minta 

Paksa saja jika aku tak rela
Bikin apa sekalipun

Bilang saja aku bodoh
Terus-terus ingat
Terus-terus sedih
Terus-terus menyalah
Terus-terus sakit

Pandang aku!
Ayuh dakap erat tubuhku
Jangan pernah lepas genggam jemari kita

Terus bikin aku lupa
Lupa segala cerita derita
Terus bikin aku cinta
Lupa segala luka-luka

Dec 23, 2013

Jelma

Kamu itu jauh.
Walau aku lari tak henti
Belum tentu bisa sampai

Kamu itu bahagia.
Yang aku selalu bangga-bangga
Yang aku belajar melupa

Dia itu penyembuh.
Yang selalu mencemuh-cemuh
Dengan puji-puji yang bikin aku senyum

Dia itu,kamu.
Dalam jelmaan baru.

Nov 17, 2013

J




                            I remember the feeling I'm missing you even you are standing in front of me.
                            I hate you for that.

Nov 4, 2013

Rindu Si Gila

Mau tahu dalam banyak-banyak perasaan dalam dunia ni, rasa apa yang paling siksa?

Yang kadang-kadang bila ia menusuk ke hati,jantung seperti hilang fungsinya.
Sunyi seketika lari degupnya.

Yang kadang-kadang buat orang normal hilang warasnya?
Seperti akal bukan lagi tunjang utama.

Yang kadang-kadang meraja di pinggir iris.
Hinggakan kalah lebatnya hujan dek derasnya larian tangis.

Kalau kau kata sakit cinta yang tak dibalas itu tak tertahan,
rasa rindu jauh lebih kejam.
Bagai ditikam-tikam,
tanpa belas dan kasihan.

Selalu aku tenangkan kerisauan kamu dengan senyuman
Selalu aku tegaskan aku tak apa-apa
Aku turutkan saja apa saja kemahuan
Asalkan kamu bahagia

Benarlah norma dunia
Saat kita sayang,kita lakukan apa saja!
Apa saja untuk dia nikmati bahagia

Untuk dia hey! *ketawa sendiri*

Duhai kamu,
Bagaimana lagi nak aku sampaikan rindu?

Duhai Tuhan,
Salahkah aku jika aku pinta hilangkan rasa ini?
Sakit.

Bukan saja terasa di hati
malah
  seluruh tubuh.

Oct 8, 2013

Zina | Cinta


Itu zina,bodoh.
Bila jantan dan betina sibuk nak mengawan.
Nak buktikan cinta, katanya.
Diratah tubuh betina dengan rakus.
Dimamah si jantan penuh nafsu.
Hina.

Kau tahu apa itu cinta?
Bila dara dan teruna hilang untuk kali pertamanya.
Pada suatu ketika.
Tika nafsu dicurahkan pada salur yang benar.
Tika membenih satu nyawa yang baru.
Yang suci dari syurga.
Ini cinta.
Kerana Dia.

Aug 18, 2013

Lapanbelas bulanOgos

Jika rindu bukan lagi satu perkara yang benar bagi kamu, maka aku mengerti.
Mungkin masanya aku rehatkan segenap rasa ini.
Rasa yang selama ini dengan bangga aku lafazkan buat kamu.
Yang hanya untuk kamu.
Aduh sayang,perit juga ya begini...