Oct 10, 2011

I Love yOu~

This song is specially for the one who think that 'I love u..'
takde la..lagu ini untuk semua Obedient Stalkers aku
i love you
you love me
we're a happy family
with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too!
i love you
you love me
we're best friends as friends should be
with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too!

Oct 9, 2011

Jom Terjah Blog Newbie

Entri yang terpilih ialah INI
walaupun entri tu bukan entri biasa tapi melalui entri ni la aku rasa rapat dengan pengunjung blog aku ni.
aku seronok bila masing2 cuba cari jawapan untuk soalan tu.
dan melalui entri ini jugak buat aku lebih mesra dengan mereka.
hajatnya nak buat lagi tapi memandangkan jadual belajar aku yang semakin padat ni,
maka tak dapat la nak dilaksanakan..Sejahtera!
Jom la join reramai!! Klik SINI

Oct 7, 2011

Aku Jenis D.Korang?

Apa aku cakap ni?Mesti korang tak faham kan?Gini,ini ialah ujian psikologi.Aku buat ujian ni dekat blog Afzalsukasuki.Alang2 masuk blog afzal,aku skodeng la apa yang ada.Tup tup jumpa ujian ni,terus rasa nak cuba.Korang cubalah jugak..klik SINI.Chopp! Korang tak nak baca ke aku jenis yang macam mana?Skodeng kat bawah ek..Sejahtera!
Jenis D
Anda seorang yang berperasaan. Anda suka membuat kawan dan senang berkumpul dengan kawan2. Anda mementingkan semangat persahabatan dan sanggup berkorban demi orang lain. Anda juga menganggap kekasih adalah segala2nya dan penting dalam hidup anda.
 

opocot: Ok la tu..sukasuki je pun kan?^_^

25 Yang Pertama..Anda Harus Tahu.

Orang yang pertama menulis Bismillah Nabi Sulaiman a.s.
Orang yang pertama minum air zamzam Nabi Ismail a.s.
Orang yang pertama berkhatan Nabi Ibrahim a.s.
Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari kiamat Nabi Ibrahim a.s.
Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari kiamat Nabi Adam a.s.
Orang yang pertama mengerjakan saie Sayyidatina Hajar(ibu Nabi Ismail a.s.)
Orang yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat Nabi Muhammad a.s.
Orang yang pertama menjadi khalifah Islam Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah Umar Bin Al Khatab r.a.
Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam Al Hassan bin Ali r.a.
Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad s.a.w Tsuwaibah Asmaliyyah r.ha.
Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki Al Harith bin Abi Halah r.a.
Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita Sumayyah binti Khabbat r.a.
Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab/lembaran Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a.
Orang yang pertama memanah dalam perjuangan Fisabilillah Saad bin Abi Waqqas r.a.
Orang yang pertama menjadi muazzin & melaungkan azan Bilal bin Rabbah r.a.
Orang yang pertama solat dengan Rasulullah s.a.w Ali bin Abi Tholib r.a.
Orang yang pertama buat mimbar masjid Nabi s.a.wTamim ad-Dary r.a.
Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan FisabilillahAz Zubair bin al-Awwam r.a.
Orang yang pertama menulis sirah Nabi s.a.wIbban bin Othman bin Affan r.a.
Orang yang pertama beriman dengan Nabi s.a.w  Khadijah binti Khuwailid r.ha.
Orang yang pertama mengasaskan usul fiqhImam Syafi'i r.h.
Orang yang pertama bina penjara dalam IslamAli bin Abi Tholib k.w.
Orang yang pertama menjadi raja dalam IslamMuawwiyah bin Abi Sufyan r.a.
Orang yang pertama buat perpustakaan awamHarun al-Rasyid r.a.


sumber: Majalah Fardhu Ain

Awas!Entri Menunjuk. ~Twinkle Away~

Assalamualaikum
First of all, Awas! Ini Ialah Entri Menunjuk-nunjuk!
Okeh,semua orang suka dengar muzik kan? dan dalam dunia ini memanglah tak terkira banyaknya genre muzik.Ada klasik,blues,rock,pop,punk rock,metal,screamo,nasyid,jazz dan bla bla bla..dan lagi,semua orang mesti suka genre yang berlainan kan3?macam aku,aku lebih kepada indie dan rock.Nasyid pun aku suka tapi sesetengah aje la.Sebab banyak nasyid sekarang lebih kepada kisah cinta yang entah apa-apa,tak macam nasyid dulu2,best..menginsafkan.Kadang2 lagu screamo pun aku layan gak

Yang aku jadi tak senang,ada pulak yang kutuk bila ramai remaja sekarang lebih suka layan Indie.Salah ke?Tak salah selagi tak melalaikan.Jadi apa masalah si pengutuk tu?Aku pernah lalui keadaan ini dan aku sangat tidak suka.Bak kata guru seni & merangkap guru Kelab Tunas Budaya aku, kita perlu menghargai setiap muzik yang digubah.Kerana muzik yang direka itu adalah bakat yang dianugerah oleh Maha Pencipta.Si Pengutuk tu cakap muzik indie muzik merosakkan.Weh! Apa la,tak berfikiran terbuka langsung!

Rileks la,muzik je pun.Lagipun yang rosak dan tak rosak tu,pilihan kita sendiri.Yang ekau pergi layan muzik 'rosak' tu siapa suruh kan?Nasihat aku,lagu2 tu kita kena tahu jugak liriknya.Mana la tahu,nanti rosak akidah pulak.Lebih2 lagi muzik Inggeris,kaji dulu sebab salah satu cara orang kafir nak rosakkan akidah kita melalui muzik nilah.Okeh,dah banyak cakap..sekarang jom layan lagu Indie kegemaran aku.Lagu ni dah lama la jugak.Twinkle Away by Brainstewz.Si Pengutuk,jom nyanyi dengan aku

jauh mindaku melayang,
terkenangkan dirimu sayang,
kau pergi ku sendiri,
kini kau kembali
terpaku melihat wajahmu,
wajahmu melodrama hatiku,
kau putuskan tuk pergi dulu,
terganggu siaran radioku
ku tepis melodi hatiku,
yang hadir setiap waktu,
ku benci ilusi darimu,
kau diam membisu
jangan biarkan ku sendiri lagi,
oh kasih dengarlah rayuan ku ini,
kasihku terhadap dirimu kasihku,
bintang bintang di angkasa
tidakkah kau tahu,
isi hatiku,
usahlah tinggalkan aku,
seperti dahulu
jangan biarkan ku sendiri lagi.
oh kasih dengarlah rayuan ku ini,
kasihku terhadap dirimu kasihku,
twinkle twinkle away..

Oct 6, 2011

Oh Wanita..Fahamilah

Jawab Rasulullah saw di saat anaknya bertanya sedang Baginda menangis..
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

sumber: Youtube & Rakan