Feb 8, 2012

Feb 6, 2012

Just You And Me~

*muzik sikit..hehe*








Thanks for reading this short story~
song used ~> Say Hello by Rosie Thomas
doodles are reserved!haha

pss :: Aku tahu la cerita ni tak menarik,janganlah mencemuh..huk3 Malas nak lukis bebanyak tapi nak buat camne tangan aku gatai nak buat jugak entri macam ni ^_^

Feb 4, 2012

I Talk About Smile

Assalamualaikum~

Senyuman itu adalah sebuah ciptaan yang paling indah yang Allah pernah ciptakan, malahan senyuman juga adalah kuntuman-kuntuman indah yang sentiasa Rasulullah persembahkan.Jika Rasulullah saw senyum, baginda tidak akan melanjutkan senyumannya dengan ketawa terbahak-bahak.Senyum dan ketawa Baginda saw hanya dengan menampakkan gigi-giginya.

Rasulullah saw adalah gambaran orang yang lapang jiwanya, bersih hatinya, suka memaafkan dan tawadhuk. Gambaran ini dijelaskan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib k.w:

“Siapa yang melihat baginda pada pandangan pertama, tentu merasa enggan berpaling dan siapa yang bergaul dengan baginda, pasti mencintainya. Ada seorang menyebut, “Aku tidak pernah melihat orang sepertinya, sebelum dan sesudahnya.”
(Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Senyum terhadap saudara kamu adalah sedekah."
Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi. 
Senangnya nak dapat pahala sedekah kan?Jadi,senyumlah!

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga sebuah senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullullah itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu) bagi orang-orang yang mengharap(rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”
Al-Ahzab ayat 21
sumber <

pss:: Terima kasih kepada mereka yang sudi tag Cik Teddy dalam contest,giveaway,game tagging dan macam2 la..Seriously banyak sangat.Maybe tak sempat nak join semua tu..Maaf ye sume!Anyway,terima kasih sebab ingat kat shaye.huhu
pss:: Cik Teddy agak sibuk sekarang sebab masa banyak diluangkan untuk belajar bahasa Arab.hehe Salam Maulidur Rasul semua~

Feb 3, 2012

Cara Terbaik Hapuskan Lipas (masakkan)

Assalamualaikum~

Lipas,binatang yang comel hodoh!Benci aku! *Haih,tak baik tau!Depa pun makhluk Allah juga*Lipas dibenci kerana rupanya,dianggap kotor dan bla bla bla..Kalau jumpa,mesti kena bunuh!Kesian pulak.Jadi Cik Teddy ada cara penyelesaiannya.Jadikan mereka sebagai makanan! 

Ok langkah pertama yang anda perlu buat ialah kumpul lipas yang berada di rumah anda.Jangan bunuh lagi tau!Ada cara yang lebih menarik untuk hapuskan lipas-lipas tersebut.Ok,kumpulkan kalau ada ye!

Cara paling elok,letakkan lipas-lipas tersebut ke dalam botol atau bekas yang boleh memuatkan mereka semua dengan SELESA! Ingat ye,SELESA!Masukkan air untuk memandikan mereka.Dah siap cuci,bolehlah korang masukkan rempah-ratus untuk menjadikan mereka lebih sedap.Yummy!

Dengan begitu bulu dan duri pada lipas akan hilang supaya mudah dimakan.Selain itu, ada juga dengan cara rebus, terus kaki dan sayapnya dicabut.Dah siap goreng,angkat dan hidangkan.


PERINGATAN !

Masakan ini bukanlah untuk kita yang beragama Islam.Ini adalah makanan masyarakat di Thailand, Vietnam, Kamboja, dan Laos.Lipas dianggap hidangan yang enak, mengiurkan dan dianggap kaya dengan nutrien.

Sekian,terima kasih kerana mencuba!haha..

pss :: Kotor ke weh?Rileks la..aku pun rasa nak muntah buat entri ni.Nak tahu kisah lipas yang lebih menarik?Klik ENTRY INI <<

Feb 1, 2012

Free 18sx (bukan lucah ye)

Assalamualaikum~

Pada suatu tengah hari yang indah,ketenangan aku diragut oleh seorang budak lelaki berkapital A.Haissh,dalam hati dah mula sumpah seranah budak A tapi bila sedar diri ini seorang perempuan yang tak mampu untuk melawan,jadi aku diamkan sahaja.Memang tak sayang mulut budak ni sorang.Tahu la aku budak comel masa tu *perasan jap ek* tapi agak2 la kan..dan aku memang penakut pada waktu itu.

Aku mula melilaukan mata mencari bantuan.Kebetulan si Luq telah lama memerhatikan aku yang sedang diganggu oleh alien gergasi.Kerana tak tahan dengan gangguan mengurat si A *wekk* jadi aku cuba meloloskan diri dari situasi itu namun dihalang oleh budak A yang sememangnya tinggi dan tegap tambah hensem sikit.Tapi aku tak berkenan.. *kelip-kelip mata*
Melihatkan keadaan aku itu,si Luq cuba menjadi hero namun Luq sedar dia juga bukan tandingan budak A.Budak A mula bertindak ganas mahu menyerang Luq yang melindungi aku.Budak A berlagak naik atas meja belajar Luq tanda protes.Namun belum sempat budak A buat aksi smackdown,tiba-tiba Luq menarik seluar budak A,maka terlondeh la seluarnya itu. Oh tidakkkkk!
You know?Budak darjah 2 belum pakai ehem2 masa itu dan bila seluar sekolahnya terlondeh..err,pandai-pandailah korang fikirkan akibatnya.Otak aku yang masih suci waktu itu tak mampu tafsir apa yang aku lihat.Astaghfirullah...

p/s :: Kenangan masa darjah 2 yang susah nak lupa.Siapa Luq?klik ENTRY INI << Where are you now,Luq 
p/s :: Ingin ditegaskan Luq ialah kawan ye!

Attention,Blogger Exam !!!

Assalamualaikum~
First tagger: Gades Pelik

pendapat anda mengenai blog saya (jujur, kritik yang membangun diharapkan)
Tak tahu la..sebab cik boleh terima seadanya blog orang lain.Blog gades tak berat pon.Senangnya dalam hati..kui3
dalam seminggu, hari apa yang paling disukai. kenapa?
Semua hari!Setiap hari adalah anugerah dan rahmat bagi cik..
sekolah rendah, menengah dan universiti (seangkatannya) anda paling suka yang mana. kenapa?
Universiti belum sampai lorh..Sekolah menengah dan rendah,dua2 cik suka!Ada kenangan masing2..
anda ada RM 1 juta, apa yang akan anda lakukan dengan wang tersebut. kenapa?
Banyak..malas citer aci tak?hehe
pertuturan seharian, anda selesa menggunakan bahasa apa. kenapa?
Bahasa tomyam!haha *means campur2 etc BM,BI,Tamil,Cina,Korean and so on.
kanak-kanak, suka atau tidak. kenapa?
Kurang sih..maybe sifat keibuan belum ada.Kalau tengok dari jauh ok la tapi kalau nak melayan,rasanya cik ni macam tunggul kot.hehe *saya tidak ada adik,harap maklum*
anda pergi shopping complex, mana yang di tuju dulu. kenapa?
Coklat..keh3 ambik senyap2 letak dalam troli biar mak bayar.
apa yang pelik sangat mengenai korang. satu jawapan je dan kenapa.
Entah..kenapa?Entah.*fail jawab*
lagu yang terbaru sekali anda dengar.
Hujan-Aku Yang Asing
anda suka bermain komputer atau bersukan. kenapa?
Dua2 tapi lebih kepada komputer.Banyak benda nak explore ^_^
adakah anda rasa anda sudah layak berkahwin sekarang? kenapa?
Hey2,baru habis spm dah gatai nak kahwin?hek3
My second tagger: Ainul
 suka weheartit ke tumblr ?
Dua2 la..
 suka facebook or twitter ?
Twitter
 suka mathematics tak ? why ??
Syuke!*gedik* Suka main kira2..
 suka shawl ke tudung bawal ?
Boleh saja yang mana2 pon..I'm flexible..haha
 excellent buat karangan or ber-blogging ?
Can't say..people judge la okai ^_^
 pen or pencil ? what do you prefer ?
Both.
 magazine or novel ?
Magazine.
 money or beauty ?
Money..you will catch beauty with money.haha *kidding*
 friends or teachers ?
Both. 
 dah berapa lama active ber-blogging ?
Baru nak masuk setahun.

Ok dah,,tata.
Kalau sudi klik la churp2 yang bergerak tu yer..haha