Jan 12, 2012

Kasih Seorang Sahabat~

Assalamualaikum~
*aku tulis entri ni sambil dengar lagu ni nak dapat mood.tak suka stop ye..*


Penglipur lara kembali mendarat lagi disini.Kasih yang tercipta bermula pada suatu zaman yang lampau berjarak kurang lebih 9 tahun yang lalu..jeng jeng jeng..

Aku baru berusia 8 tahun dan aku sudah pandai jatuh suka pada seseorang,tak bermakna jiwa aku sudah rosak! Kerana dia orang pertama yang sudi menolong ku ketika aku susah.Teringat peristiwa 9 tahun yang lepas.Hari pertama bergelar pelajar darjah 2 tak seperti yang aku duga.Ku kira hari itu kami tidak akan belajar.Tup tup cikgu cakap,"Keluarkan pensil kamu semua..!" Mati aku!Aku tak bawak apa-apa pun.Dengan muka gelabah,mata terlilau sini sana,tiba-tiba datang seorang budak lelaki, "Awak nak pinjam pensil saya?Saya ada bawak lebih".Fuh!Kau hero aku hari itu.

Tapi sayangnya perkawanan yang terjalin cuma sementara.Melangkah masuk darjah 3,aku diberitahu dia sudah bertukar sekolah.Dan hingga hari ini,aku masih belum bisa melupakan kau,duhai ehem2..Aku sangat berharap aku akan jumpa kau lagi.Namun jika tak sempat,ku sediakan wasiat ini untuk kau :

Kepada kau yang bernama Luq,
Ketahuilah oleh kau bahawa kawanmu ini yang bernama Siti tak pernah melupakan kau.Meski perkawanan kita cuma berusia setahun jagung tapi kenangan yang tercipta sangat indah pabila dikenang.Kau tahu aku sangat terkilan tatkala aku diberitakan dengan pertukaran sekolah kau!Namun,tak pernah aku salahkan kau atas takdir yang ditentukan Allah.Aku cuma berharap doa aku untuk ketemu kau sekali lagi dimakbulkan sebab..

Bila aku dapat keputusan SPM nanti,aku nak bagitau pada kau.
Bila aku sambung pelajaran nanti,aku pun nak tahu kau sambung kat mana!
Bila aku jumpa dengan jodoh aku nanti,aku nak bagitahu kau yang aku nak kahwin.
Bila aku nak kahwin nanti,aku nak hantar jemputan kahwin kat kau!
Bila hari aku bersanding,aku nak kau jadi pengapit aku.
Bila aku dapat baby,aku nak kau jadi bapa angkat baby aku.
Bila anak aku dan anak kau dah besar,aku nak kau jadi besan aku.
Bila kita dah tua nanti,aku harap persahabatan kita kekal utuh sebab anak kau jadi menantu aku.haha
Bila aku sakit,aku nak kau dan isteri kau datang lawat aku.
Bila ajal aku dah sampai,aku nak kau sama-sama usung jenazah aku kembali padaNya.

See?Kau tak nampak lagi ke bahawa kau sangat penting dalam hidup aku.Mungkin kau dah lupa aku sekarang kan?Oh it's ok,Luq.Aku boleh jadi doktor psikologi untuk kembalikan ingatan kau.Huh!Kenapa la kuat sangat ingatan aku pada kau.Mungkin kerana hal itu.Ya.Kau ingat tak,tahun pertama dan terakhir kita jumpa,kau ada bagitau aku satu perkara yang sampai sekarang aku tak lupa.

Indahnya kata-kata kau itu walaupun aku baru sedar setelah 9 tahun kita berpisah.Aku terlalu sangat berharap dapat jumpa kau sebelum aku tutup mata.Aku tahu kau takkan baca apa yang aku tulis ni.Aku harap rindu ini umpama virus yang menyerang hati kau.Fuh!Selamat dihantar..Mungkin kau anggap aku hidup dalam kenangan tapi tak!Aku hidup dalam mimpi bertemu dengan kau.Sahabatku Luq yang ku kasihi,aku hmm........

Sekian.Thanks for reading~
p/s: Aku taknak update blog ni untuk beberapa hari.Aku nak lari membawa hati yang merindu :P

45 Pemisah Kata:

Hana said...

hana pun pernah gak jadi mcm nie. sebijik.. sampai skrag xpernah jumpa. Kadang2 duk saja2 mesti teringat kat dia. Yang paling teringat suara dia mcm cartoon.hehe

HanisLazimAndTheShaklee said...

aduhaii..suweetnyee ;)
jadi tringat plak ngn some1 yg sempat kenal darjah 1 pastu pindah,ehem kt mna dia skang yea =D

Anonymous said...

ecececehhhh...jiwannnngggg...
xpe xpe..htr je telepati kt LUQ,nanti dia dpt rasa ar tu..

aReLaN said...

mak aih.memang kuat rindu pada seorang teman ni.macam lagu Bob AF lak.hehehe

Nur Aqilah said...

true story ya ? hmm sweet (: terlalu penting persahabatan tu kan .

Jahirah said...

lari bawa hati ke mana tu...hehee.ni kena wat jejak kasih ni...

laureweng said...

done click you..n comment..
dulu aku ada seorang kawan ,smpi skrg aku cuba cari dia..tapi x jumpa..
dan redha,,..is been 5 years

iAmCekbolat said...

wehh.. aku [un mengalami benda yg sama!
tpi boy tu anak kwn babah aku.. hmm rindunye kat die.. >__<
hope kmi dpt brjumpa lgi dan lagi.. prshbatan ni nk jugak tetap utuhhh

Nisa Greennnpanda said...

wow..
smpi camtue skali eh cik igt kat kwn cik tue..
siap ade wasiat lg, hehe..
moge cik dpt la jejak die one day.. ^_^

Niahix_01 said...

wah...
hehe...
kesedihan daku dibuatnya... ^_^...
hahak...
<--tibe2kan

Hakimy Zamri said...

waaahhhh +___+ so sweetttt...macam kimy pon penah lalui ni semua..huhuhu..nice entry yawww ! :DD

Pendamba Mawar said...

taknak komen sal cerita..
nk komen pasal

Aku taknak update blog ni untuk beberapa hari.Aku nak lari membawa hati yang merindu

knapa?rindu apa ni.haha

Unknown said...

alololo sweetnyeee, kite kan tgh cr boy mase zmn kck2 dulu, jiran sblah rumah, smpi skrg sukar dijejak....wuuuuuu eh nak buat entry lah, kot2 die blogger! haha

akuamir said...

waaa.... ingat lagi kau ek.. :D

Diari Si Froggie said...

pernah terjadi pada aida mcm nie..akhirnya pencarian tak sia2..dia muncul di FB. Alhamdulillah kami tak lost lagi sampai sekarang. Sabar ea cik teddy kalau ada jodoh pasti Allah pertemukan korang.. doa dan yakin pada pertolongan Allah :)

Anonymous said...

jadi bapa angkat baby aku? hehe.

Lelaki said...

jejak rindu payah...

starzieti said...

saye pun pena suke kat someone mase skolah rndah. darjah dua kot mase tuh. pastuh, tak lame pastuh saye pindah at kuantan, dia pindah at melaka. :(

harap sangat dapat jumpe die. :')

Juliet_iRa~" said...

heheh..comelnyaa..;p

xnk berharap kot2 luq tu jodoh cik ke?eehehhee

dill said...

encek luq, sile respon. sian kawan guwa sorang ni

dill.

Rina Rahamat said...

bila bc terkenang kisah akk sendiri..cumanya terbalik


akak dgn budak lelaki tu sekelas ms derjah 1 dan 2 shj..lps tu akak tukar sekolah..


akak x pernah perasan dia sbb sape nk kwn dgn budak botak..tp bila besfren akak hantar surat misti ada nota kt bawahnya budak botak kirim salam..


bertahun berlalu akhirnya kami bertemu dkt universiti..dia nmpk nama akak kt satu senarai tampalan notis dan terus tulis surat (hantar kt dorm) dgn harapan akaklah kwn yg dia cari sekian lama..


kami berkawan baik..


dan sekarang..
















...dia dh pon jadik..

















..adik ipar akak ;p


lucu kan cerita kami :)


insya-allah adik akan ketemu luq jika diizinkan Allah

azizi said...

woh ayat :D
hebat ar cik.. sains + sastera . hak2

semoga cik dapat berjumpa dgn Luq :)

ciK LyndaWawa said...

ehem2..dalam hati de taman........

macam kisah saya jugak....
hehehehehehehe..

MalizaMah said...

hmmm.. bila baca entri ni. teringat.. andai akak berjaya nnt, akak pun nk roger mak angkat akak. skrg jumpa dia mmg lah tak boleh tgk dia.. pantun tu pun tuju kat dia...
masa yg sama.. tp kini lbh baik.... tak ada rasa sgt marah,.

amier_fekhry said...

so sweet... best kan ada shbt mcm cik teddy ni. nsb sy bukan luq.. hihihi InsyaALLAH pasti satu hr nanti jumpa.

Anonymous said...

kahwin je wei klu jumpa..hahaah...

Sarah Mnasir said...

wah , kwn lame eh.. uat jejak kasih le.. huhu

CikTeddyCorner said...

@Onitsuka_hana mcm krtun?hehe msti snyum slalu kalo borak an?x tahan ketawa..:P

CikTeddyCorner said...

@chinta qiela true story of mine :D

CikTeddyCorner said...

@wan niahix kekanda wan jgn sedih2 yaw :D

eva said...

woww!! sgt sweettt!! masih dpt ingat eh.. eva lupa dh .. hahaha.. masa tu blum ada perasaan kot... haha.. alaaa.. jgn sedih.. mana tau ada jodoh hee

E'in said...

cinta monyet.. ;p

Anonymous said...

hihihi kenangan manis..hihih

Suraya Aris said...

alahai sweetnya =)

Zul De Alexis said...

InsyaAllah suatu hari nnt mesti akan jumpa dia..ntah2 dialah jodoh tuk awak...^^

Anonymous said...

sweet.. macam kisah cinta plak. padahal kisah sebuah prshbtn.. huhuhu
besh2 :D

suzie rahman said...

olooloo sweet nyer.xmo sedih2 k.

kim heeruul said...

gua pon penah janji dgn some1 seblom dia pindah.masa tu darjah 5.
dia kata bila dah besar nnti dia nak kahwin dgn gua.

Woofer Storm said...

luq datang ni..lama kita tak ketemu..hehee

#nmpak sangat betapa anda menghargai insan bernama luq.hehee bertuah si luq ni kan?

AZMI KHAN said...

setiap yg bertemu pasti berpisah.....
klu ade jodoh bleh jumpe blik insyaallah.....

Fibox problem so komen sini :
Selamat menikmati hujung minggu.....

CikEtel said...

sy pom rindukn kwn mase sklh rndah. enth cmner dia skrg. dh khwin kot.
:D

Anonymous said...

Luq tu luqman ke? haha

KizZ said...

Woooow....so sweet okes!

The Fakhirin said...

pergghhh...romantiknya cik teddyy...ehehe

Unknown said...

mudah2an jumpalh ya..