Seberang sungai Rumoi aku duduk sendiri.Bertemankan choki-choki campuran coklat putih,aku mengeluh.Menikmati coklat kegemaran tetap terasa kurang nikmatnya dek tidak berteman seorang manusia.Aku menggatal pula dengan aliran sungai yang dihias molek dengan guguran dedaun dan bungaan. Ouch!Tercucuk dahan rapuh pohon yang patah,yang mengikut tangisan sungai Rumoi tanpa rungutan...lurusnya!
Seberang sana pula, kornea ku terfokus pada seorang anak kecil.Jelas dia terlalu asyik dengan lolipop yang berada dalam genggaman jemari kanannya, mencair dek salivanya.Di tangan kirinya pula tersimpul tali belon merah yang terapung di udara.Dengan tidak semena angin menderu menerbangkan belon itu namun tak pula dihiraukannya.Sadis! Kerana nikmat yang sedikit,dilepaskan pemberian ikhlas orang.
Choki-choki ku habis.Aku mengeluh.Tiba-tiba anak lelaki tadi menghulurkan sebatang lolipop berperisa oren padaku.Aku teragak-agak mahu menerima tapi pabila melihat senyuman ikhlas diwajahnya,aku ucapkan terima kasih.Aku tundukkan kepala.Mengeluh lagi.Aku tegakkan kepala.Anak lelaki tadi menghilang.Mana dia?Tiba-tiba tanganku terasa kosong.Mana lolipop pemberian anak lelaki tadi?
Aku terduduk,tersandar pada pohon sakura..menanti gugurnya bungaan bahagia untuk diraih.Lolipop dan dia.Kenangan bersemi utuh.Dialah arjuna dengan lolipop oren.Yang dulu pernah dikongsi bersama.Takkah dia sedar dirinya dinanti sang gadis merindu?Walau angin menderu hebat,walau laut bergelora membadai..dia tetap sang arjuna lolipop nantian sang gadis.Tetap selalu buat selamanya...~
Kasih Seorang Sahabat
Free 18sx(bukan lucah)
Entri kesinambungan dari ::
p/s :: Semua entri diatas mengisahkan orang yang sama...

