Aug 25, 2019

Skincare Routine For Oily Dehydrated Skin + Review

Assalamualaikum and hello everyone. Dah lama sangat tak menulis, rasa kekok pula. Banyak sangat benda jadi sejak beberapa tahun ni. Aku pun dah selamat bernikah 24 November 2018 haritu. Alhamdulillah sekarang tengah hamil 3 bulan. I might do pregnancy journey in the next post.teeheee Hari ni aku nak update pasal skincare routine aku. 

Tahun lepas aku ada la pergi analisis skin aku dekat Clinique counter. So kulit aku pada umur 25 tahun ni dah berubah ke Oily + Dehydrated pulak. Sebelum ni ada post pasal kulit kering dan kombinasi kan. Macam tu la kulit ni macam hati manusia jugak, suka berubah.lol

Okay la jom kita start. So first step in Double Cleansing. Aku dah try banyak sangat produk termasuk jenis minyak, cleansing n micellar water, dan balm. So far paling suka is Heimish Cleansing Balm. Banila. Co pun best jugak. Perlu ke pakai semua ni? Entri lain la aku cerita panjang lebar ya.






Second produk is pencuci muka. Sekarang aku sangat setia dengan Hada Labo Kouji ni (dah hampir 3 bulan). Untuk kulit kering mungkin tak sesuai sebab dia jenis foam. Tapi untuk aku, sangat best sebab kulit aku susah naik jerawat sejak pakai ni. (tapi tak sure la kot bercampur dengan hormon pregnant, kulit jadi okay hahaha).
Mahal sikit RM50 so beli la masa Guardian sale sahaja. 😂





Second step, toner! Beli jela yang ni tahan 6 bulan sebab besar gedabak, dah la murah. Beli dekat Guardian okay! Yang ni pun boleh buat layering untuk toning. Means, pakai 3 hingga 7 lapis toner. Orang Korea suka buat sebab dia bagi more hydration to your skin. Toner ni sangat best sebab dia light sangat dan tak melekit. Nak buat masker pun boleh. Beli je DIY Sheet Mask dekat Daiso lepastu rendam dalam toner ni terus boleh pakai as a mask. Yey jimat!




Third step, serum! Yang ni optional la ye. Kalau korang rajin, pakai la. Tapi kalau korang jenis ada skin concern (jerawat, jeragat, tona tak sekata etc), wajib cari serum satu okay, jangan kedekut. Serum akan banyak sangat membantu masalah kulit sebab dia lagi concentrated. Pencuci @ Toner @ Pelembab sahaja takkan mampu atasi masalah kulit korang. So far yang ni pun sangat best, tak sebabkan breakout. Kulit moist je rasa dan cerah sikit. Harga RM40++. Pandai-pandai la korang cari dekat Shopee,pastikan beli dari kedai yang ada sign 'Preffered" okay.
Last sekali mestilah pelembab. Sebabkan kulit aku oily so harusalh aku cari produk yang berasaskan gel. Tak melekit, cepat meresap dan tak buat kulit lagi jadi berminyak. Yang ni pun harga lebih kurang RM40 +- kot. Yang ni macam ada bau citrus sikit. Main ingredient dia ialah Centella or dalam Melayu namanya pegaga. My skin loves centella so much. 


Yang ni tambahan, pakai 2 kali je seminggu. Wangi gilaaaa feeling betul masa skrub muka. Recommended sebab tak irritate my skin. Some scrubs can really bother my skin barrier. Yang ni lulus! Dah la murah, cari je dekat Watsons @ Guardian. Hm tu je la setakat ni. Penatlah nak taip panjang-panjang. Sekian.

0 Pemisah Kata: