Oct 31, 2011

I'm So Lonely,Listen To My Heart


I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
I love you
Don't bring tears to my eyes
No, i can't
Without you i'm depressed
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
On I'm lonely, broken angel
Come and save me before i fall apart
Wherever you may be, i will be by your side
till the end, i'll be crazy about you
you , you don't know
that you are my life
return by my side
life has no purporse without you
there are songs that can really make you sad and cry when you hear them,,,,
but it's not actually the song, it's the person behind of the memories..

Oct 30, 2011

Dan Bukan Maksudku

~play~
Dan
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Di mana kau bisa bercanda
Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi buruk mu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis, menangis sedih
Maafkan aku
Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku
Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala

p/s: Aku suka gila lagu ni..jadi aku nak abadikan dalam blog ni
eh para lelaki,korang nak tahu tak?
A woman never knows what she really wants until she finds out what her husband cannot afford.
 

Oct 28, 2011

Another Questions To Me~

Lagi soalan dari game 11 soalan tu..kali ni nak jawab soalan dari budak comel yang rongak ni plak..


1-suka aku x?? haaa...baik korang jujur! :p
mesti la suka..sebab awak tag saya dalam game ni.haha
2-korang dah janji ngn best friend korang nak hang out esk...then tetibe,orang yg korang minat selama ni, msj korang and ajak lepak esk..same time.. korang akan??
dan aku akan ajak dua2 keluar makan dengan aku sambil makan ais krim kegemaran aku ^^
3-sokong 1 malysia x?? sebab??
sokong..simple, because i'm malaysian!
4-umo bape korang first time jatuh cinta or have a crush on some1?? y suka that person??
aku tak rasa aku jatuh cinta cuma aku cepat jatuh suka.first time masa sekolah rendah sebab dia senyum comel..amekaw!haha
5-apa benda paling bangang yang pernah korang buat sepanjang hidup korang?
susahnya soalan ni..tak tahu la nak jawab sebab saya budak baik.hik3
6-perasaan bila ada kawan yang tak reti nak senyum?
dan aku akan panggil dia alien..kah3
7-if someone suka gila2 kat korang, and korang pun actually suka gila kat dia tu...then, dia tnye...sudi x jadi bf/gf si dia... korang nak jawab ap??
oh you make me wanna say i do..^_^
8-bangun pagi, korang baca doa tidur x?? tak baik tipu :p
kadang2..tapi tak pernah lupa ucap Alhamdulillah..(x tipu ok)
9-ciri2 lelaki/perempuan yang korang sgt2 suka...
murah senyuman..i really love a smile tak kira la fake ke ikhlas..
10-10 thn akan datang...apa dalam pikiran korang?? ce cite...
masa tu umur dah 27..dah kawen kot.haha aku akan jadi seorang wanita yang berjaya dunia dan akhirat.insyAllah..Amin!
11-facebook ke twitter menjadi pilihan hati korang..?? y??
facebook tempat aku promosi blog ni..twitter pulak tempat aku ber'quotes'..
best la pulak main benda nih..ada sapa2 lagi nak tag aku?hihi..
p/s: leen,mula2 penat nak buat tapi tengok soalan leen best jugak..hihi

Oct 27, 2011

Facts About Me..(hate this)

Assalamualaikum^_^
First of all,seriously i hate to make this..haha sorry!
sebenarnya dah ramai yang tag aku dalam game ni..game ke?lantak la.
Last2 aku join la jugak..lagi lama aku biarkan lagi ramai yang akan tag aku(perasan).
Rules:
1. you must post this rules
2. each person must post eleven things about themselves in their journal
3. answer the questions the tagger set for you in the post and create eleven new questions for the people who you tagged to answer.
4. you have to choose eleven people to tag and link them on the post
5. no TAG back okeh!
habislah aku macam ni~
Facts about me:
 I'm a girl of coz,it's obvious.
 a servant of Allah Al The Mighty
 love english but never forget my lovely Bahasa
 My real name is Siti Khadijah aka cik teddy aka cik kasih and so on..
 chocolate,ice cream and teddy bear lover
 mad in blogging/love to make love poems even they are ridiculuos
 a lover of unknown person
 love indie music esp Hot Hot Heat
 i love mystery guy with messy hair style(Teddy Geiger)
 smoker hater 
 sometimes i think i have split personality

Questions from Princess/ answers from me:
Perkataan yang anda selalu gunakan? tak pasti la..
Jika anda dapat memegang duit sebanyak jutaan ribu...apa yang anda nak buat dengan duit itu? banyak benda la..kalau nak senarai kat sini sampai esok pun tak habis.
sila beritahu nama selebriti yang mirip dengan anda(tak kisah la muka atau perangai ker) takde kot..i'm specially me^^
Di rumah anda selesa memakai baju? T-shirt dan seluar track,simple.
antara Hollywood dan K-pop??Kenapa? dua2 aku kurang minat tapi aku nak pilih Bollywood ..Shah Rukh Khan ada.ahaha
Your favourite song and why? Dan from Sheila On 7..no reason,just love it.
Your caller ringtones now? I don't have one.Not interested.
Lirik lagu yang memberi inspirasi kepada anda? Together We Are One.
Tempat yang ingin anda tuju di dunia ini? Mekah & Jepun.
Bencana alam yang paling anda takuti? Tsunami.(Aku takut ombak)
Benda cute yang anda suka? Bear.Aku tak tahan tengok lama2,nanti aku cabut mata dia.

Questions To Tagged People:
 Nama penuh korang?
 warna fav?
 movie yang paling korang minat?
 lagu yang memberi inspirasi dalam hidup?
 kata-kata semangat yang paling anda suka?
 ucapan untuk ibu bapa anda?
 jika anda seorang pemimpin,apa yang anda akan lakukan untuk negara?
 nickname anda dalam dunia blog?
 blogger idola anda?
 haiwan yang paling ditakuti?
 benda yang paling dibenci?

You Have Been Tagged:
Kim Heerul                                           miss Fyqa
Pendamba Mawar                                sakinah
Adlina Alwi                                          Abg Yen
Cik Tikah                                             El Yana
Izamin                                                   .ain
Nuriy Arisa                                           Abg Apit

Bad Entry..Don't Read This!

when your heart is started to talk,just let it be..
hear it..maybe it wants to tell you something..
and you realise how important it is to listen to your heart..
and that's what i'm doing now..

however,sometimes i failed to understand it..ouh so sad!
can't understand my own heart..how i feel..
oh heart,can u talk human language?i really can't understand u!

now u(who's reading this) realise that i'm in a middle of nowhere..
maybe in the mo0n or the pluto..
let me be like this..ignore this one!
!dizzy mo0d is activated!
learning is also activated! but it stopped for a while..
need a rest..

advises come! run away now!
The best advice I can give is to ignore advice.
Life is too short to be distracted by the opinions of others..
now you are really regret by reading this entry..this is the bad one.Sorry~

Untukmu Adam...Fahamilah Hawa~

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggilpoyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakankerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

Oct 26, 2011

Masalah..aku penat!

Dari pukul 7.15 malam aku mula kelip2 mata..kejap pejam kejap celik.Aku ketuk2 kepala dan dahi aku.Pening weh.Sakit.Macam nak pecah pun ada.Aku pakai minyak angin,tak jalan jugak.Sakit weh.Aku ketuk lagi kepala aku yang berpusing-pusing bagai swiss roll tu.Bila kau nak berhenti pusing2?Aku dah mula rasa nak muntah.Sungguh aku benci keadaan yang menyeksakan ini.Cubaan.

Last2 aku terlelap.Aku pun tak sedar bila aku mula tutup mata dalam kesakitan yang aku cuba tahan.Aku memang suka macam ni.Bila aku sakit aku cuba diamkan dari pengetahuan orang lain.Aku tak suka orang lain tengok aku sakit.Tapi macam mana aku nak sorok muka yang bagai zombi ni?Aku pun dah jadi takut nak tengok muka kat cermin.Hodoh.Tak suka.Astaghfirullah..Aku tahu ini cubaan.Aku tenangkan hati yang mula memberontak.Aku mula terfikir kalau aku hantokkan kepala kat dinding ni ok tak?Kerja gila kot.Tapi apa aku nak buat dengan kepala yang menggelegak ni?Geram!Mungkin aku batuk kuat sangat kot.

"Meh minum air suam ni". Mak datang duduk sebelah aku.Mak ambik minyak angin dekat tepi bantal spongebob aku.Mak usapkan kat kepala dan belakang aku.Leganya.Aku nak cakap kat mak kepala aku sakit macam nak pecah.Tapi kalau aku cakap mesti mak tak dapat nak tidur malam ni.Cukuplah 4 hari lepas mak jaga aku sampai tidur mak pun dah tak tentu.Aku cuba legakan hati,nanti kepala aku mesti ok.Mak baringkan aku."Tidurlah..minum air banyak sikit".Aku diam dalam kesakitan.Mata aku terlelap sebelum sempat aku hantar bayangan mak keluar dari bilik.Aku nak cakap terima kasih....

Aku bangun pagi.Apa aku nak buat?Kepala aku masih berdenyut bercampur dengan sakit dada sebab batuk kuat sangat.Aku tak tahan.Aku sabarkan diri.Aku ingatkan banyak kali ini adalah dugaan.tapi exam dah dekat.Masih banyak yang belum aku cover.Aku cuba paksa diri aku.Dapat jugak aku siapkan kerja aku walaupun sikit.Masalah ni.Masalah.Macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni?Dengan demam yang tak kebah2.Aku rasa nak marah.Nak mengamuk.Semuanya ada.Sampai sekarang..masalah aku belum selesai.Dan aku semakin penat.......

Oct 25, 2011

Oct 21, 2011

I Don't Think It's A Love~

I always be waiting for tomorrow
tomorrow to see that light
tomorrow to see that eyes
tomorrow to see that smile
tomorrow to hear that laugh
how happy I am when you start to smile
and i know it's true..
a smile will make us happy,indeed true!
your smile is like a cotton candy that melts in my heart..
you may not know about this..it's alright..
But after all,i don't think it's a love..
but i start to feel worry when someone said,
LOVE is when you sit beside someone..
silent and doing nothing..
you feel perfectly happy!
I'm not going to admit it...it make me scare.
this feeling is so complicated!
 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
A special smile a special face,
A special someone no one can replace.
I love your smile and always will,
You've filled a space no one could fill
 

Oct 17, 2011

Aku Pun Masuk Askar Wataniah!

cess..depa ni sibuk la..mana ada masa nak pi berperang ^_^

Jadi,biarlah aku yang pergi berjuang untuk negara.
posing dulu..ehem2
yeah! siap sedia pergi berperang!

Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang..lalalalalala..

p/s: cek dulu peluru cukup ke tak..eh2,yang mana satu aku ek?

Oct 16, 2011

Doa Ketika Duka

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku..
Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.

It's Hopeless~

Sometimes you just need to distance yourself from people.If they care, they will notice and will be bothered.
If they don't, you know where you stand..
Only a few people can feel the rain
others just get wet..
A person who truly loves you is someone who sees the pain in your eyes ..while everyone else still believes in the smile on your face..

can you understand me now..?ouh,it's hopeless..