Sep 15, 2012

Aku Juga Mahu Bahagia



Aku juga mahu bahagia...tanpa dia.

Pernah jua sebaris ayat ini terluah dalam barisan kata
Pernah juga aku cuba hayunkan langkah tanpanya
Tapi apakan daya...
Tidak jua ku dapat ku raih kalimat bahagia
Ternyata aku semakin punah dan derita
Ternyata aku semakin parah dan kecewa
Sekarang ternyata...

Aku mahu bahagia...bersama dia.

Ya aku bahagia bersama kenangan dengannya
Aku bahagia walau dengan sekilas bayangannya
Aku bahagia terbuai lena bermimpi tentangnya
Ya Tuhan,aku bahagia...
Aku bahagia...

Terima kasih untuk semua rasa ini...indah sekali ~
Meski tak tercapai dek tangan, ku raih dengan angan...


Aug 30, 2012

Kecelaruan


Wa benci lu!

Benci lu sepenuh hati!

Hati wa dah kembang sebab terlalu banyak zarah benci di dalam!

Dah la..wa dah naik muak,menyampah tau!




Renung pada cermin.Hmmm..matanya sama.Lirik senyumnya sebijik.Pandangan matanya...kesedihan yang disembunyi di sebaliknya langsung tiada beza.Keliru dengan pantulan cermin itu.



Baru sedar.
Orang yang dibenci itu.
Dirinya sendiri.



Dah penat dengan ini.Mahu berubah.Mahu kedepan.Mahu lupa yang sedih,yang hiba.


Genggam bayang-bayang sendiri.
Tak boleh..satu kemustahilan.
Buang bayang lama.
Gubah bayang baru.


Nampak tak, nampak tak? Kecelaruan tahap kritikal.Akibat dapat duit raya sikit.Hahaha..k Salam. (kalau tak jawab,tak mau kawan) :P

Aug 14, 2012

Si Penjejak Cinta

art from myndsnare,edited by O CIKTEDDY

ku seru si angin malam...
berderulah dikau menembusi alam...
ku seru suluhan bulan...
terangi segenap dadaku,lapangkan pandangan...
ku damba sentuhan jiwa...
lembutkan hati-hati yang terhilang nyawa...
ku damba kasih sejati...
menuntun cinta-cintaan kepada Yang Abadi...

kerna aku yang hilang punca...
kerna aku yang kemalapan cahaya...
kerna aku yang ketandusan upaya...
kerna aku si penjejak cinta...

sejatikan kasih yang tersedia...
jangan disia terbiar menanti senja...
tetapkan haluan pada yang terakhir disana...
moga akhirnya kita bersama jua...di syurga.

Aug 13, 2012

Salam Setulus Syawal


Mungkin saja jarak dan waktu tidak seiring
Namun kenangan bersama tetap diingatan
Salam setulus Syawal ku kirim
Moga-moga ukhuwah kita berkekalan 


Saiz diberi kelonggaran asalkan muat untuk dijadikan cover photo.



- Kalau nak join,boleh la like Fanpages kat atas ni.Saja je nak mudahkan korang.hehe
- Sekian.

pss:: Bukan gambar raya,bukan juga gambar penuh sebab aku tak pernah letak gambar penuh.Harap hormat prinsip aku.Untuk keselamatan supaya tidak disalahguna ^,^

pss:: Maaf la blog kite ni kecik,tak muat nak letak saiz original banner tu.hehe

pss:: Takde gambar ketupat dan pelita.Syukurilah kebahagiaan di bakal pagi syawal nanti ^,^

Aug 7, 2012

Cara Baru Tingkatkan Trafik Blog

O CIKTEDDY is presenting to you..hoyeah!


banner
*klik je banner untuk terus ke website*

Bagaimana tingkatkan trafik dengan Asia Fans ini:
1) Klik banner diatas dan register (cuma perlu nama,email dan kata laluan).Dan macam biasa akan ada email verification.Klik dan dah boleh aktif.
2) Korang akan dapat 50 coins secara percuma.
3) Coins tu korang gunakan untuk promote sites korang termasuklah Blog, Twitter, Facebook, Google Plus.
4) Link blog korang akan disenaraikan dalam bloglist Asia Fans, dengan syarat korang buat satu entry mengenai Traffic Exchanger ini.Buat simple2 pun boleh.Contohnya letak banner AF dalam entri.Mudah kan?
5) Untuk dapatkan lebih banyak coins,mudah sangat! Bila dah daftar nanti, klik la pada earn coins.Macam kat bawah ni.Nampak kan? Paling mudah klik je Auto-Surf.Korang akan blogwalking ke blog2 yang sudah ada dalam bloglist sambil dapat coins free.
6) Untuk buktikan keberkesanannya, silalah join sekarang!
Tambahan::Tool ini bukan saja dapat tingkatkan trafik blog malah korang boleh boleh gunakan untuk tambah follower Twitter, likes Facebook Fanpage dan Google Plus.Senang kan ^,^ 
pss:: Wajib join ni! Even untuk busuk.org pun aku tak promote sampai macam ni tau!

Ayuhlah sokong buatan anak Malaysia kita !

Jul 25, 2012

Antara Dua


Nampak tak nampak tak? Ok kita tulis semula tau!

Soalan dari Dang Kahla :

Assalamualaikum.Nak tanya sikit. Antara 2 saranan di bawah,yang mana patut diutamakan?
:: Makan,berhenti sebelum kenyang.
:: Jangan membazir makanan.
Contoh..Kalau tengah makan, kita nak berhenti sebelum kenyang tp makanan banyak lagi?
Jawapan dari Sahabat dan Ustaz Azhar Idrus :

sahabat : Tangguhkan.Bila mana lapar,makanlah semula ye.
Ustaz : Yang pertama didahulukan..yang kedua bukan bermaksud kita makan semua yang ada tapi bersedekah kepada yang lain.. 
Jadi, ingat ya kawan-kawan. Renung-renungkan dan selamat beramal !


pss:: Dang Kahla tu nama baru aku sempena raya.haha Kahla bermaksud bola matanya yang hitam pekat/dewasa. Dang tu saja ja buat pelengkap.Aku kan suka benda klasik.lalalala~

Jul 22, 2012

Bintang Mimpi

Namanya Dang Kahla, dari Pluto.

Kalau awak sibuk dengan kerja
Curilah sedikit masa buat saya
Kalau awak terlebih masa
Janganlah pulak terlalu memerhati saya

Kalau awak tengok bulan
Jangan lupa bintang di sisi
Andai saja tiada saya pulang
Jumpa saya dalam mimpi

Saat awak tersedar dari lena mimpi
Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah
Andai tiada lagi norma ucapan selamat pagi
Tolonglah terima takdir dan ajal Allah

Saya bangga kita pernah jadi kawan, teman rapat, musuh, kawan balik dan sekarang selamanya sahabat.Saya bahagia.Saya harap awak juga begitu (─‿‿─)
pss: Seronok pulak rasa bila ada orang tolong kejut sahur setiap pagi.haha K.

Jul 17, 2012

Bebas Di Angkasa

petang-petang bersenam..sangat la.*tipu*

Aku yang sedang bebas di angkasa terperangkap dalam rasa.
Rasa yang agak aneh, juga bahagia berada di dada.
Dulu aku yang asing menghindar pergi selesa.
Gembira disini tak sama gembira disana.
Ya disana lebih bahagia namun disini apa kurangnya.
Mahu tahu cerita selanjutnya?
Tak usah, kerna pasti kau bosan dan mula menghembus hela.
Yang pasti, doakan aku supaya tak pernah berputus asa.
Juga ingat daku dalam doa-doamu pada Yang Esa.



pss : Aku sangat anti dengan orang yang suka cakap melulu.Sape kata aku homesick? Never ok!
pss : Penatlah curi masa nak update blog.Jom sembang kat Twitter? ^_^

Jul 5, 2012

Rahsia


"Siti suka warna pink?"
"Tak..suka hitam."

"Kalau ada masalah,Siti suka buat apa?"
"Tidur"

"Siti ada apa-apa nak kongsi?"
"Tak."

"Siti suka luahkan ke pendam?"
"Pendam.Tak suka kongsi.."

"Kalau macam tu,Siti kena belajar berkongsi...bla..bla..bla.."
"Ouh..hmm.."

Perlukah aku dirungkai? Perlukah aku ditafsir?
Bukan aku tak percaya, cuma aku perlu masa...
Masa yang cukup lama untuk mula...
Mulakan perkataan untuk dikongsi sama...
Tak perlu dibuka ikatan rahsia...
Bukan aku tak sedia, cuma aku lain dari yang biasa...
Aku tak suka heboh sini sana...
Cukuplah dengan nama Siti Khadijah yang dikata..
Seorang gadis yang juga seorang manusia...
Gadis normal yang sedikit berbeza, agaknya...

Jun 23, 2012

Yang Asing


Terjaga aku dari katupan mata lena
Membiarkan sang embun pagi membelai mesra
Terangnya cahaya memancar kornea mata
Terpejam semula dek kesilauan serata

Tersentak buat kali kedua dek laungan panjang
Syahdunya terasa mendengar azan di rantau orang
Kurenung atap tinggi sejauh pandangan
Asingnya di sini, asing lagi aku di mata orang

Ku pandang kanan, wajah asing yang terpampang
Ku pandang kiri, Cuma dinding kosong tak bercat lesu
Ku tegapkan badan, sapaan musafir menjengah pandangan
Asingnya mereka hingga aku diam terpaku

Mereka dan aku sama-sama asing
Biar pernah aku bantah hidup berasing
Namun sekarang kaki telah melangkah tanah asing
Dan kini kami tidak lagi terasing

Jun 15, 2012

Salam Permulaan,Mungkin.



Mak: Boleh tak ni?
Aku: Tengok la anak sape?Anak ayah ngan mak kan!Mesti boleh!
ipod innocence look  Hakikat dalam hati,nak ajak mak masuk U sekali boleh?

ipod doh Berjauhan bukan normaku namun tetap dan masih aku harus berdikari..sendiri.Tiga tahun.Rasa nak jerit! Ok ini agak kebudak-kebudakan.

ipod bye Selamat tinggal semua.Salam terakhir aku titipkan buat kalian.Assalamualaikum.Ah mungkin juga salam permulaan.Permulaan norma baru.

ipod shout The voice in your heart says that you can't do this is completely a LIAR! Yeah I Can Do This!

ipod dance UMP, sila terima aku dengan baik.Hoyeah jom masuk U!

ipod running Sila RINDU SHAYE YA! hahahahahahahahahahahahahahahahahaha...

Jun 7, 2012

Paksa Rela


Termenung dengan wajah tak senang..
Diketuk papan berabjad berulang-ulang..
Masih perkataan yang sama.. 
Rindu..Rindu..Rindu..Rindu..
Hakikatnya tiada apa dalam hati,entah apa yang aku fikirkan.
Kotak akal ini penuh sebenarnya tapi dek terlalu banyak,
satu pun tak dapat dizahirkan lincah..

Ku hirup dan ku hembus hela berat..
menuntun jemari untuk mengukir sesuatu..
sangat menyesakkan bila rindu mula mengganas..
aku dipaksa oleh hati

Alahai kamu yang ku sayang
tak perlu kau tahu banyaknya sayang yang ku pendam
tak perlu aku zahirkan dengan tingkah laku
kerna aku tahu dari senyuman itu kita sama terasa...

kasih yang dikenang bikin jiwa merayau
tapi masih....
kasih yang sama bikin bibir tersenyum..

yang indah cuma sementara tapi akhirnya tetap indah..
cuma percaya,yakin denganNya...
tangisan itu hanya sesat...
bahagia datang untuk selamanya ..
Yang hakikatnya, aku tak tahu apa yang aku rasa ~
INSYAALLAH
Kalimat ini buat hati aku lega ~
#Khas buat semua yang ku sayang termasuk kamu.Ya kamulah yang sedang membaca ini ^,^
#Entri pertama untuk Jun.Jelas masaku suntuk.

May 29, 2012

Anak Setan



Amad: Aku kan, nak sangat jadi ahli syurga.Oih seronoknya,nikmat!

Mail: Ohhh..

Amad: Tak boleh bayang betapa syoknya dilayan oleh bidadari2 menawan..mesti nikmat kan?!
Mail: A'ah...memang.
Amad: Boleh minum arak banyak-banyak..mesti lazat kan?Arak syurga!
Mail: Betul la tu...

Mak Mah: Mad..oh Amad! Tolong mak beli gula sekilo.
Amad: Alah mak ni,kacau betol.Nak senang-lenang sikit tak boleh.Nanti la mak!

Amad: Bestnya masuk syurga nanti.Tak pernah penat,tak tua..wah tak sabar!
Mail: Er..mak kau panggil dari tadi.
Amad: Nanti la yang tu.Aku tak habis berangan lagi nih.

Mak Mah: Mad oh Amad!
Amad: Hish mak ni,menyusahkan betul.Ayah kan ada..

Amad: Mengada betul kan mak aku tuh?!
Mail : Aku tak sangka aku berkawan dengan anak setan.
Amad: ????????##%&???xx???

Inilah anak syaitan.Yang ingkar pada yang harus ditaati.Maka malanglah anak sebegini.Sama sahaja perangainya dengan syaitan/iblis yang derhaka pada Tuhan Yang Satu, ALLAH SWT.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Al-Israa' 17:23)
pss:: Terasa?Baguslah..tapi aku yakin korang semua anak manusia ^,^

May 23, 2012

Maaf


Berbuih mulut ucap maaf
Beracun meresap ke urat saraf
Lemas aku dibuatnya sampai sesak nak bernafas
Mohon dibersihkan bauan bergas

Aku tak kuat,apalagi jiwa rapuh aku ini
Tapi aku tak malu dengan kelemahan ini
Senangnya hati mereka berkata itu ini
Mereka gembira dari dulu hingga kini

Bahagia mereka tak lama
Bahagia mereka kerna takungan air mata hina
Kasihan pada mereka semuanya
Sampai sekarang tak sedar diri agaknya

Kata maaf bukannya susah
Lecurkan ego,ratakan taraf
Kerana kita tiada bezanya disisi Allah
Ikhlasi saja lafazku, "Aku mengampun,redhakan maaf" ...

May 18, 2012

Sejujurnya,Mak!


Selalunya,
Masa aku sekolah rendah sampai sekolah menengah, mak akan kejutkan aku dari tidur kalau lewat.Tak pun,bila aku bangun mak tengah gosokkan baju sekolah aku..mungkin mak tak suka tengok baju yang aku dah gosok.Katanya,tak molek la..masih ada kedut.Hmmm..sampai hati,nak cakap 'kite' tak pandai gosok baju la tu.Padahal mak tak nak orang pandang rendah pada anak dia.

Selalunya,
Kalau hari minggu, aku bangun lambat.Mak datang intai kat bilik.Aku sedar tapi aku buat-buat tak tahu.Tengok jam, pukul 6.00 pagi.Heh awal lagi. Pukul 6.30 pagi, masa tu memang aku tidur mati ,mak datang kejut."Bangun solat!". Tegas bunyinya sampai jantung aku berdetak irama saxobeat.

Selalunya,
(Hari minggu lagi) Lepas solat subuh,aku tidur balik sebab malamnya aku akan online sampai pukul 2 pagi.Dalam pukul 10 pagi kot,aku akan bangun.Masa tu dalam bilik air,mak akan jerit dari luar.Bukan nak marah ke apa tapi sebab nak tanya "Dah makan ke belum?".Mak aku sangat marah bila aku tak sarapan dan sejujurnya aku sangat jarang bersarapan.

Selalunya,
Kalau ada majlis kat sekolah, mak yang akan teman aku.Setia disisi aku sampai tamat majlis.Tanya mak, "Tak bosan ke mak?".Dan mak akan jawab, "Takpe la..orang dah jemput,kite pergi aje la".Ok mak, ini buat aku tersentuh.

Selalunya,
Kalau keluar shopping, aku akan ambil coklat cadbury senyap2 dan letak dalam troli.Masa nak bayar kat kaunter, mak mula la jeling kat aku.Bukan sebab bazirkan duit beliau tapi risau aku akan sakit perut (Aku budak gila coklat,kalau sehari makan coklat tanpa nasi pun takpe).Tapi mak masih akan bayar jugak pastu bagi warning "Ni kali terakhir!Takyah makan coklat banyak2..tak sihat!". Tapi masih,aku buat benda sama dan mak akan ulang ayat sama. Mak,anakmu ini sungguh degil kan?

Selalunya,
Kalau nak bercerita pasal orang yang kita sayang terutamanya MAK,takkan habis kan? Jadi aku berhenti disini.Aku cuma nak cakap yang aku tak tahu bagaimana aku harus hidup tanpa MAK.Ya aku hidup selama 18 tahun ni,aku terlalu dekat dengan MAK.Mak keluar pergi usrah kejap,aku dah cari mak.Tanya ayah, "Mak pergi mana?Tak nampak pun?Rindu..." 

Sejujurnya,Mak! I just don't know how to live without you 

May 11, 2012

Speechless Love


Photobucket
Bukan sengaja aku tertidur tapi menunggu jeritan telefon bimbit yang memberi amaran akan tibanya pesanan darimu itu bikin aku terlalu bahagia sampai terlena...miahaha *tutup muka*

I've got this one friend and I don't think we know us totally.Yeah we're happy.Happy in smiling and crying.This one friend is mystery,hiding heart but giving love.Hard to understand but really understanding.This friend,special.Very rare to be found.

- Take a breath -

This friend is lovely..just don't know how to describe.If I could tell you this,I wanna tell to the whole world.This friend is sent by Allah.Beautifully sent.Knocking hard heart to be healed.

This friend I love..I just love ♥

pss:: Maaf kalau lambat bw,blog ini cuma di'update' sekali dalam seminggu ^,^
pss:: Maaf kalau grammar salah..pedulikan!
pss:: Kualiti gambar kurang..nevermind!

May 3, 2012

Arjuna Dengan Lolipop


Seberang sungai Rumoi aku duduk sendiri.Bertemankan choki-choki campuran coklat putih,aku mengeluh.Menikmati coklat kegemaran tetap terasa kurang nikmatnya dek tidak berteman seorang manusia.Aku menggatal pula dengan aliran sungai yang dihias molek dengan guguran dedaun dan bungaan. Ouch!Tercucuk dahan rapuh pohon yang patah,yang mengikut tangisan sungai Rumoi tanpa rungutan...lurusnya!

Seberang sana pula, kornea ku terfokus pada seorang anak kecil.Jelas dia terlalu asyik dengan lolipop yang berada dalam genggaman jemari kanannya, mencair dek salivanya.Di tangan kirinya pula tersimpul tali belon merah yang terapung di udara.Dengan tidak semena angin menderu menerbangkan belon itu  namun tak pula dihiraukannya.Sadis! Kerana nikmat yang sedikit,dilepaskan pemberian ikhlas orang.

Choki-choki ku habis.Aku mengeluh.Tiba-tiba anak lelaki tadi menghulurkan sebatang lolipop berperisa oren padaku.Aku teragak-agak mahu menerima tapi pabila melihat senyuman ikhlas diwajahnya,aku ucapkan terima kasih.Aku tundukkan kepala.Mengeluh lagi.Aku tegakkan kepala.Anak lelaki tadi menghilang.Mana dia?Tiba-tiba tanganku terasa kosong.Mana lolipop pemberian anak lelaki tadi?

Aku terduduk,tersandar pada pohon sakura..menanti gugurnya bungaan bahagia untuk diraih.Lolipop dan dia.Kenangan bersemi utuh.Dialah arjuna dengan lolipop oren.Yang dulu pernah dikongsi bersama.Takkah dia sedar dirinya dinanti sang gadis merindu?Walau angin menderu hebat,walau laut bergelora membadai..dia tetap sang arjuna lolipop nantian sang gadis.Tetap selalu buat selamanya...~
Entri kesinambungan dari ::
  Kasih Seorang Sahabat
  Free 18sx(bukan lucah)

p/s :: Semua entri diatas mengisahkan orang yang sama...

Apr 26, 2012

Kugapai Tak Tercapai


played beautifully by KnnnKnz
Saat terindah saat bersamamu
Begitu lelapnya aku pun terbuai
Sebenarnya aku telah berharap
Ku kan memiliki dirimu selamanya

Alunan nyanyian Bams menari-nari dalam kotak hati yang teresak-esak menahan sedu...
Teringat memori indah bersama yang disayang, bagaikan diulit mimpi indah malam...terlena lagi dalam angan-angan..


Segenap hatiku luluh lantak

Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu

Sungguh ku tak mampu tuk meredam
Kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu

Kita terpisah bukan kerana ajalnya menjemput tapi kerana ego! Kerana kebodohan akal! Kerana ketidakwarasan jiwa! Bodoh sungguh! Masakan ikatan darah ini mahu diputus begitu saja..kerana mulut puaka orang, kerana dengki hati longkang saudara!

Ingin kuyakini cinta tak kan berakhir
Namun takdir menuliskan kita harus berakhir

Mulut menahan kata maaf yang mahu diucap...bibir mengetap menahan amukan amarah...tangan dikepal memujuk hati sabar...
Beginikah akhiran yang kita mahukan?
Bahagiakah kita?
Redhakah Allah terhadap kita?
Ujian mendatang untuk diterima pasrah,diharungi payah bersama,menguji tabahnya jiwa,mencabar ikhlasnya hati...

Ku tak sanggup tuk merelakanmu

Inginku gapai sekali lagi eratnya genggaman kita bersama, betapa hangatnya pelukan sayang kita belaka, betapa mesranya senyuman yang dipaku diwajah..inginku gapai segalanya namun aku hampa bila akhirnya..setelah sekian lama mencuba...tak tercapai jua~
pss :: Tak tahu nak komen? Just use this ~> Allah swt knows better ~
pss :: Akhir2 ini aku temukan blog merupakan teman curahan terbaik.Bosan kan?Maaf ye =D
pss :: Aku takde idea nak buat entri jadi aku publishkan karya2 yang terbuku di hati =D

Apr 18, 2012

Mahligai Dari Tanah


Suatu pernah
Aku dan kau ke tebing itu
Tebing berdebu lumut hitam
Berlari ke tepian gusi air
Bermain-main dengan makhluk yang berinsang

Suatu pernah
Aku dan kau berpimpin tangan
Mencedok tanah lembab
Membiarkan diri comot dengan kebahagiaan lautan
Bahagia, itu yang kelihatan di wajah kita
Kini pudar, kelesuan hambar

Suatu pernah
Aku dan kau bina sebuah mahligai
Ya, mahligai dari tanah itu
Kita masuk dan kita robohkan pintunya
Moga tiada sesiapa yang bisa mengganggu
Mati di dalamnya, tak dihirau orang

Suatu pernah
Mahligai itu diibarat sebuah keluarga
Yang utuh kasihnya, yang likat sayangnya
Kini bukan pintunya sahaja diroboh
Hanya tinggal tapaknya sahaja yang dipijak orang

 Biar tak pernah kurang tanah untuk dicabuli,
mahligai yang sama takkan bisa dibangun kembali ~

Apr 14, 2012

Gembala Cinta


Embun pagi dari dedaun pohon menitis kasar ke pipi 
Hembusan bayu menyapa lembut melentokkan bulu roma
Sinar mentari mula terbit menegur kerlipan mata yang kesilauan
Subhanallah ! Jarang sekali rasa ini menyapa...
Angin rindu mula menapak,memenuhi jiwa nan gersang...

Sinar mentari mula mengganas membakar jiwa pengembala
Bahangnya menggomol kulit menerbitkan embunan peluh
Aku mengheret langkah ke bawah rimbunan pohon kasih
Cinta yang hadir menghiasi jiwa bak guguran kelopak sakura
Penuh nikmat,terasa aku dihanyut cinta indah...aku terleka
Terbuai oleh curahan kerak hati dari sang pencinta
Terlena oleh belaian sutera dakapan kasihnya

Oh Tuhan,sudah terlalu lama laci hati ini tidak terusik
Kini ada yang berani menyelak laci itu dan aku membenarkan
Oh Tuhan,diakah penaung martabatku kelak?
Jika benar dia Adam yang aku nanti
Aku tidak hanya ingin kembali  tersusun di tulang rusuknya
Aku mahu menjadi pelengkap seluruh kekurangannya

Oh Tuhan jika rasa ini haram,maka sucikanlah..
Halalkan hasil gembala ini buat kami
Kuatkan jodohnya untukku
Simpulkan tali kasih seteguhnya
Seteguh cinta kami pada Engkau Yang Maha Menentukan
Jangan biarkan ia putus terbang menjauh
Duhai Adam,akulah gembala cinta dan rindumu ~



pss :: Puisi ini belum lengkap tapi saja nak publish sebab aku rasa aku sangat sibuk sekarang,takut tak ter'update'..
pss :: Outstation untuk dua hari,nnati balik aku terjah korang.hehe Sekian~

Apr 8, 2012

Kehilangan

Nur violet dari fajar pagi menyimbah menyinari dunia
Jerit burung-burung mula kedengaran
Hilaian ayam juga berbisik ke telinga homosapien yang masih lena
Mengganggu mimpi indah mereka yang melekakan
Yang ada kalanya mengheret mereka menjauh daripada
menunaikan amanah kepada Maha Pencipta

Sinaran bulan yang menghiasi kelam malam berlalu menghindar malu
Pagi yang terasa janggal menyapa jasad yang gembira dengan norma hidup
Wajah yang biasa menegur dengan suara lantang tidak didengar
Aneh, janggal, kekok, sunyi...itu yang ku rasa
Mana dia? Kelibatnya tak dapat ku kesan apatah lagi hembus nafasnya

Kedengaran pekikan dan kelibat manusia mula mengerumuni sekujur tubuh longlai
Aku dekati dengan detakkan jantung yang memecut pantas
Seiras paras yang sentiasa membelai penuh kasih sayang
Aku dekati dengan langkah lemah hampir tak berdaya
Ku jilat cecair yang meleleh dari hidungnya..hanyir!

Aku terkaku memandang manusia itu membenam tubuhnya ke dalam tanah
Ku iringi jutaan butir pasir yang menimbus wajahnya dengan tangisan
Ingin saja aku turuti jejak tapak kakinya itu
Akan aku dakapnya untuk terakhir kali
Tuhan, peritnya rasa kehilangan ini............


pss ::: Ini bukan kisah aku tapi kucing aku yang baru kehilangan abangnya.Sedih sungguh aku tengok.Mengiau sampai aku boleh dengar suara dia mula serak.Aku pulak yang sayu tengok keadaan dia macam tu.Kasih sayang antara mereka sangat akrab melebihi hubungan sesama manusia.Serius,aku juga rasa kehilangan yang amat.Moga kau sejahtera disana,Gemok =,=

Apr 3, 2012

Dari Hati


Kata maaf yang terucap di bibir belum tentu
dapat meruntuhkan segunung amarah
tapi jika sekelumit ampunan itu dapat menyejukkan hati kau,
aku mampu ulanginya untuk berjuta kali...
Aku tak pasti sama ada kau masih hanyut dalam halusinasi
ciptaan aku yang berfantasi melalaikan itu
Aku tak mampu selamatkan kau dari kelemasan indah duniawi
Aku cuba untuk sabar dengan sifat yang tertampal melekit di badan kau
tapi lama-kelamaan aku mula diam memberontak
meronta supaya kau lebih mendalami kerak hati
Aku membanjirkan titisan jernih ini untuk meraih kefahaman kau
tapi mereka sendiri telah membeku dek lamanya sebuah penantian
Aku cuma perlukan selapang masa untuk dimengerti
bukannya pujukan yang semakin bikin aku merana di hati
Aku tak pasti sama ada aku harus terus menanti
sehingga jasadku telah ketandusan nyawanya berserah mati...

Mar 30, 2012

Sepetang Bersama Yang Disayang ♥

Assalamualaikum~
Amaran :: Ini adalah entri penuh gambar ♥

Kelmarin,30 Mac 2012 telah berlansung pertemuan antara yang menyayang dan disayang di Lagun Kuala Ibai,Terengganu.Cett! Dah macam artikel la plak..Bahasa senangnyanya,kelmarin aku pergi reunion (budak2 3A,4A,5A-Legend of SMK Tengku Lela Segara)..awesome!
*sila scroll..hehe*
Perempuan-Bila dah berjumpa banyak la ceritanya-

-Tugas aku tukang tuang air eh?Nah tuang sendiri !-

-Melayan kerenah anak-anak nak cuci tangan-

-Dapur dah mula berasap.Yang perempuan minum air sampai perut kembung-

 
-Pakar BBQ depa nih-

-Tak tahu sape nak makan ni-


-Bila wanita mula bekerja..huhu-

-Anak-anak makan leklok ye...-

Masa ni aku ditikam dengan pisau kek.Kotor baju shaye tau! *sambil diperhatikan yang lain,adeh malu*





Dah la tu makan,masa untuk bergambar bersama pulak...

-Asyik aku je yang tolong cucikan tangan dieorang.Adeh -


-Perjalanan untuk mencari latar belakang tercantik sambil berpegangan tangan-


-Nak bergambar pun kelam-kabut budak2 ni.haha..-

-Siap sedia..1 2 3 action! -

-Masa untuk pulang.Kutip la apa yang patut.hehe-



-Aktiviti mencuri sotong mentah.hahaha-

-Wuuu..mesti aku akan rindu saat ni-

::: Ada beberapa orang yang tak dapat join,mungkin jodoh kita di lain hari.
::: Semua gambar ni aku cilok dari Fb kawan aku daa..hehe
::: Bak kata kawan aku, Semoga Ukhwah Kita Sampai Syurga ^_^
::: Rasanya korang dah boleh agak kot yang mana satu aku daripada penerangan kat gambar2 tu.hehe *pink belang* <~cakap jugak =,=

Mar 26, 2012

Remuk Dirempuh Helikopter !

Assalamualaikum~
Air mata,kehadiran kau memang sudah ku duga tapi kelebatan kau tak dapat ku halang.Tak sangka kau ambil kesempatan ini untuk mencurah selebat-lebatnya.Seingat aku,kau diberi keizinan hanya selama 2 minit tapi kau dah mula membanjiri tasik hati dan wajah.

 Silap aku.Memang silap aku.Terlalu banyak yang aku inginkan,terlalu tinggi harapan aku hingga aku jatuh tersungkur kecewa sebegini rupa.Oh perit,oh pedih,oh sakit..oh! Oh remuknya hati,lagi remuk dari kereta yang dirempuh helikopter.

 Oh hebatnya rasa kecewa ini..lagi hebat dari kecewa kerana cinta.AKU KECEWA DENGAN DIRI AKU~ Teramat...kecewa.Oh tak mengapa.Masa menangis sudah tamat.Terima kasih kepada diri aku sendiri.Aku bangga!Kau cepat sedar bila kau mengelamun tak tentu hala.Kau cepat bangun bila kau sakit.

 Terima kasih la kepada mereka yang cuba ceriakan aku walaupun tak dipinta.Oh please,lepas ni kalau aku sedih, jangan cuba ceriakan aku.Aku tak perlu semua tu.Ada masa aku mahu menangis.Duhai teman, aku bukan anak patung yang ditetapkan untuk senyum sepanjang masa.

 Harap korang semua doakan yang terbaik untuk aku lepas ni.Aku mintak nak sambung TESL tapi entah la aku dah rasa nervous tahap seminggu tak ratah Milo.Nanti ada temuduga kalau aku dapat kan?Adeh nak terjabut jantung..Hmm sekian,I ♥ You ~



pss :: Korang update laju sangat,tak sempat aku nak terjah semua..Sedih la ~_~
pss :: Aku update sekali seminggu je..^,^
pss :: Tak pernah entri aku seciput bulan ni..6 je?Biar benar ???

Mar 21, 2012

SPM Result Lah !

 
Usah ku terangkan secara leper tak sudah
keputusan SPM ku terima sudah 
baik atau tidak ku tahu kau tak kisah
yang penting aku lega sudah
yang penting aku lulus semua lah
ada yang cemerlang,ada yang kepujian lah
Sekianlah..

Mar 16, 2012

Ibarat Tiada Harga~

Assalamualaikum~
Kelmarin aku ke pasar.Aku memang jarang sangat ke pasar,kalau bulan puasa tu ada la dua tiga kali.Bukannya aku nak berlagak diva,kaki tak boleh pijak pasar sebab takut baju kotor ke ape tapi entah.Aku memang jarang sangat berpeluang ke pasar.

Aku menuju terus ke gerai yang ada jual barang yang aku nak.Aku membuntuti ayah sambil kakak di belakangku.Langkah aku terhenti apabila melihat sekujur tubuh kaku berhampiran jejak kakiku,hampir saja dipijak oleh tapak langkahku.Aku tergamam.Bagaimana bisa jadi begini?Ini yang aku lihat...
 
Sadis.Hatiku tersentuh..Ya Tuhan,kasihan pada makhlukmu ini.Bagaimana bisa dia mati dalam keadaan begini?Tidak dihiraukan..sendirian terseksa.Ya Tuhan,aku memandang sayu.Kasihan...
"Oi,cepatlah !".Tiba-tiba aku dikejutkan oleh tolakan lembut kakakku di belakang.
"Kucing ni..kesian".Aku menjawab.
"Hmm..".Hanya jawapan ini yang lahir dari mulut kakak.

Aku faham.Tiada apa yang dapat kami lakukan untuk kucing ini.Dek sesak dengan orang ramai di pasar,aku melangkah meninggalkan tubuh itu namun belum sempat beberapa tapak,sekujur lagi tubuh yang sudah hampir reput dimamah masa terlihat oleh kornea coklat gelapku.

Ya Tuhan,hatiku tersentuh lagi.Hampir saja manik jernih ini mengalir namun ku tahan dek dikerumuni ramai.Mungkin ini baru sedikit yang aku saksikan.Bagaimana dengan mereka yang lain?Apakah nasib mereka berada di pasar yang kaya dengan sisa makanan ini?Bagai tiada harga,nyawa mereka dibiar tidak terbela begitu sahaja...

Apa nasib kami dalam keriuhan manusia ini ???