Mengeluh. Aku sandar pada bantal yang berbalut kain berbunga ungu; pilihan ibuku,selalunya begitulah citarasa wanita. Bantal itu pula aku sandarkan pada kayu dinding bercat coklat. Tangan masih aku letak pada papan kekunci Acer milikku sambil mata tidak lepas memandang arus coretan manusia di burung biru.
Setitik air menitis tepat atas abjad J pada papan kekunci. Aku pandang atas,meliarkan mata ke arah atap rumah mencari jika ada rongga-rongga yang mungkin mendiaminya. Aku tajamkan pula pendengaran mencari bunyian yang biasa bingar pada musim tengkujuh. Aneh,tak pula hujan.
Dek kerana lama tidak bereaksi, skrin komputer bertukar gelap. Aku pejamkan mata,rehatkannya sebentar. Terasa ada bendalir yang berlari lembut di pipi. Aku kesat dan aku tatapnya yang berada di dalam genggam tangan. Untuk apa tangis ini dan untuk siapa? Mata terpasak pula pada titisan yang belum kering di atas abjad J tadi. Abjad itu. Yang kini sering aku tuturkan usai sujudku pada Nya.
Terpapar wajah sendiri pada skrin gelap itu. Tak silap lagi. Mataku bocor. Ada air yang keluar dari rongganya. Aku cemas,kenapa makin laju? Terasa pula sebak di dada. Ini pasti kerja si rindu lagi. Aku takkan maafkan si mata kerana sanggup berkomplot dengan si hati. Kenapa harus ditangiskan rindu? Aku capai telefon bimbit,kosong. Tiada pesanan.
Tertidur.
45 Pemisah Kata:
Selamat siang sahabat..
Postingan yang sangat indah..
Bahasanya sangat tersentuh.. ^_^
So beautiful. Nk nangis rasa nya..Too late..Dh nangis dh
*kesat air mata* Hehehe.. :'-D
lame tak update :)
kenapa mesti abjad j..(berfikir)
rilex k..jangan nanges :(
be strong gurlz :)
alala jangan sedih sedih. tabah!
suspen-suspen... macam bace novel je...hahaha... buangkanlah rasa rindu itu ya adinda.. jangan dibawakan sangat rasa itu..
"keep smiling"
^_^
-Wan Niahix-
Salam.
Ah, kerinduan? Itu paling menyakitkan, bukan. Apatah lagi jika tidak berbalas. Kamu lebih tahu itu. *senyum*
-AsaSiaga-
hihihiihi....tidur lagik besh!!!hakhakhak....
j for? jodoh maybe.. aku rase betul kot tekaan aku.. ke salah? hmm..
aii.. rindu siapa pulak nie??
Be strong dear!!
Gaya bahasa yang menarik! Suka suka suka.
alaaa....jangan sedey sedey yea...take care....
la kak teddy... jngn sedih2 ok... :)
adakah itu satu penantian?
sedihnya. nak sambung. aci? hehe
aku ternampak j.
ya kelibat j.
sama juga seperti dahulu aku mengenalinya.
ya. munkin sama seperti kamu
kita punya pohon yg sama.
mungkin cabang yang berbeza.
cabangku dulunya patah. daun2 mekar pengubat telah tumbuh. menunggu debunga pula mekar.
kau. pasti sama . suatu hari nanti. ya. suatu hari nanti :')
p/s: berani gelak. aku sumbat copetik dalam hidung! haha. kbai
lepas nangis mesti rasa lega kan. :)
terbaiklah..
mendalam bahasa tinggi die :)
yela2 japgi tok mesej.tgh driving ni
fb haku kureng aktif sket....sowie....hehehehhe(x dapek nak kacau den)hakhakhakhak.....
rindu kepada siapakah gerangan,,,,biarlah hati yang menjawabnya ahhhh hmmmm :)
Rindu ni semaken dipendam memang menyeksakan. Kalau rindu berbalas rindu memanglah bahagia. Tapi kalau rindu yang kita tak tahu ada balasan atau tidak, err sangat menyeksakan. Memang boleh nanges. Hwaaaaaa :'(
eh sape yang atas tu komen guna DP aku??
Mincik mentang2la aku glemer
harap orang tuh dapat merasai kerinduaan teddy..
kita kan storge..haha..:)
kolam air mata yg bocor...J ada apa2 maksud ke?
pandai awk b'kata2...indah bahasa indah rupanye..hehe# :)
berbunga2 ayat die... tuan penulis nie berbunga x?
ingatkan bumbung umah bocor ke td? rupanya awk nangis ke... huhu nape ni?
cantiknya ayat diaa...
eh eh.. kenapa nie ? hihii
ayat2 yang best..
seronok membaca.. :)
@fadh leyanie J itu dia yang patik mula sayang..cewah
@kay_are salah la KR :D
@محمد رازيق penantian semalam cuma..emosi je lebih.haha hmmm.
@Aishah Jahirah ada kot..:D
@Khairul Zamri tak..cuma berdaun.haha
@Nick Irfan tiada yang serius :D
@teha
rindu hang teha :p
mcm2 perasaan kat sini.huhu
meski tak serius, tapi aku tetap bertekateka siapakah J.
assalamualaikum . hai owner blog :) . singgah sini . cantik blog . done follow you . boleh follow saya balik ? salam ukhwah :D
assalamualaikum . hai owner blog :) . singgah sini . cantik blog . done follow you . boleh follow saya balik ? salam ukhwah :D
kes rindu ngn someonelah ni kan?? sabr3,,
sy suka ayt yg awk guna,,
uwwww kesat air mata :'(
Post a Comment