Assalamualaikum and hello everyone!
Macam kebanyakan orang lain, aku pun ada masalah whitehead dan blackhead ni. Sebelum tu biar aku cerita sikit dari mana benda dua ekor ni wujud.haha
Blackhead - Lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Kalau kita picit keluar blackhead tu, kita boleh tengok akarnya warna putih, sebab bahagian akar tu tak terdedah dengan udara macam bahagian atas tu.
Whitehead - Jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan terperangkap di dalam liang pori-pori di muka . "Whitehead" boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut. ( copy paste info dr google :D )
Entah la makin besar makin bermasalah pulak kulit ni. So, sebelum ni aku dah cuba produk dari Daiso, tapi macam sia-sia je sebab tak efektif pun. Satu dua je yang keluar. Pore strips dari Biore pun dah pernah cuba jugak tapi macam biasa, bad result! So aku usha la produk dari insta dan terjumpa la Vietnam Mask. Mulanya macam tak percaya yela sebab nama pun vietnam. Alkisahnya aku pun ternampak la produk ni dekat satu kedai jual produk kecantikan. Why not I give it a try kan?
Ni la dia bendanya.
Cara pakai:
1) Cuci muka / tekap muka dengan kapas yang dicelup dengan air suam. Tujuannya nak buka liang pori.
2) Lap muka sampai kering.
3) Sapu vietnam mask dekat kawasan yang ada blackhead/whitehead. Mask ni dalam bentuk cecair ok so senang je nak apply. Guna jari je. Lepas tu letak kertas yang dah disediakan dalam paket.
4) Biar dalam 15 minit @ sampai kering.
5) Dah kering, boleh la tarik perlahan-lahan.
Lepas tu nampak la blackhead/whitehead keluar. Puas hati!
Ni gambar dari google tapi aku punya lebih kurang macam ni la . Geli gila sampai aku terus buang tak sempat nak snap.haha
Lepas guna dan buang tu jangan lupa cuci muka dan guna toner ok. Bagus untuk tutup semula liang pori yang terbuka dan berlubang sebab dah keluar benda dua ekor tu. Basuh muka dengan air biasa pun ok dah.
Pro: Works perfectly! Tak payah guna acne needle yang scary tu sampai merah-merah dan berlubang muka (tak pernah buat pun cuma pernah tengok orang buat). Suka sebab memang keluar semua yang tersumbat terutamanya kat hidung. Muka aku masalah kat hidung je whitehead dan blackhead ni. Harga murah dan boleh pakai banyak kali walaupun saiz kecil. Aku beli ni RM15 kalau tak silap. ( boleh dapat lagi murah kalau pandai cari maybe under RM10 )
Con: Bau dia macam ubat sikit dan nanti bila dah buang, muka akan rasa gatal kejap dalam 5 minit macam tu. Aku pun tak tahu kenapa.
Rating: 4.7/5
Rating: 4.7/5
p/s: Disarankan pakai sekali seminggu je. Kalau muka jenis banyak sangat benda alah ni boleh la pakai dalam 2 kali seminggu.
Sekian dan selamat mencuba!
21 Pemisah Kata:
wow..macam best aje produk nie cik teddy..sy pakai masker mary kay aje hihi
blnje se heheh
kalau ada blackhead ni kat sekitar hidung tu memang geram engok kan...
Saya pakai nutriwhite shaklee je untuk sental black/white head u..hihi
saya ad beli sebotol tapi ragu ragu nak guna bila tgk ingredient nya ada gelatin. halal x?terima kasih
@Mizz ErMa ok tak? nak try jugak one day :D
@matqim ok bagi alamat nak pos barang :P
@aishah nin berkesan ke?
@AhUy saya tak check pulak. thanks inform :)
aaaa. macam nak try
owh, CP pernah tengok member pakai masa duk kolej dulu, tengok memang bagus tapi tak beli pun sebab CP prefer guna telur, tapi leceh la guna telur....btw kalau dah malas nanti mungkin CP pun guna jugak kot benda alah nih....
CP ada dengar, mask telur nih agak bahaya jugak kalau muka ada alergi...so kalau nak pakai mask telur selidik dulu muka masing-masing...
menarik vietnam mask ini :-)
Jom beli vietnam mask dengan saya. Rm9 saje tak termasuk pos. Boleh visit instagram.com/aeyna_beaute atau whatsapp 0134521880
Baru je lepas guna... best gila sehhhh... memang puas hati tak rugi beli... sblm ni dah mcm2 cara cuba tapi hasilnya kurang memuaskan
Sye ada jual vietnam mask...hanya Rm8 exc post..beli borong dapat hrga lagi murah..follow instagram.com/babiesblink_termurah...klw berminat whtspp terus sy 0195795485 (nurul)
saya ada beli sebotol tapi ragu ragu nak guna bila tgk ingredient nya ada gelatin. halal x?terima kasih
Kalau nak beli dari saya pun boleh. Lagi murah. Rm6 je sebotol ☺️
Saya baru lepas try..mmg puas hati gila.. semua keluar dengan jayanya.. rm5 jer 1.. dkt sepang walk..:)
saya baru ja beli dekat kawan saya.. rm 4.. memang berkesan.. :D
Saya jual rm5 sebotol. Berminat sila WS 0182464981
Saya ada member jual 2pcs/rm5. Berminat boleh search instagram @mnf.ain
Post a Comment