Dec 23, 2013

Jelma

Kamu itu jauh.
Walau aku lari tak henti
Belum tentu bisa sampai

Kamu itu bahagia.
Yang aku selalu bangga-bangga
Yang aku belajar melupa

Dia itu penyembuh.
Yang selalu mencemuh-cemuh
Dengan puji-puji yang bikin aku senyum

Dia itu,kamu.
Dalam jelmaan baru.

Nov 17, 2013

J




                            I remember the feeling I'm missing you even you are standing in front of me.
                            I hate you for that.

Nov 4, 2013

Rindu Si Gila

Mau tahu dalam banyak-banyak perasaan dalam dunia ni, rasa apa yang paling siksa?

Yang kadang-kadang bila ia menusuk ke hati,jantung seperti hilang fungsinya.
Sunyi seketika lari degupnya.

Yang kadang-kadang buat orang normal hilang warasnya?
Seperti akal bukan lagi tunjang utama.

Yang kadang-kadang meraja di pinggir iris.
Hinggakan kalah lebatnya hujan dek derasnya larian tangis.

Kalau kau kata sakit cinta yang tak dibalas itu tak tertahan,
rasa rindu jauh lebih kejam.
Bagai ditikam-tikam,
tanpa belas dan kasihan.

Selalu aku tenangkan kerisauan kamu dengan senyuman
Selalu aku tegaskan aku tak apa-apa
Aku turutkan saja apa saja kemahuan
Asalkan kamu bahagia

Benarlah norma dunia
Saat kita sayang,kita lakukan apa saja!
Apa saja untuk dia nikmati bahagia

Untuk dia hey! *ketawa sendiri*

Duhai kamu,
Bagaimana lagi nak aku sampaikan rindu?

Duhai Tuhan,
Salahkah aku jika aku pinta hilangkan rasa ini?
Sakit.

Bukan saja terasa di hati
malah
  seluruh tubuh.

Oct 8, 2013

Zina | Cinta


Itu zina,bodoh.
Bila jantan dan betina sibuk nak mengawan.
Nak buktikan cinta, katanya.
Diratah tubuh betina dengan rakus.
Dimamah si jantan penuh nafsu.
Hina.

Kau tahu apa itu cinta?
Bila dara dan teruna hilang untuk kali pertamanya.
Pada suatu ketika.
Tika nafsu dicurahkan pada salur yang benar.
Tika membenih satu nyawa yang baru.
Yang suci dari syurga.
Ini cinta.
Kerana Dia.

Aug 18, 2013

Lapanbelas bulanOgos

Jika rindu bukan lagi satu perkara yang benar bagi kamu, maka aku mengerti.
Mungkin masanya aku rehatkan segenap rasa ini.
Rasa yang selama ini dengan bangga aku lafazkan buat kamu.
Yang hanya untuk kamu.
Aduh sayang,perit juga ya begini...

May 1, 2013

Lelah

Tiada hujan mengiringi limpahan banjir ini.
Letihnya hati..rabaknya rasa.
Aku bicara bahasa kita.
Apa susah untuk diterima faham?
Lelah tuntun kamu untuk mengerti.
Entah cara apa lagi harus aku cuba.
Lelah,sayang.
Lelah.

Mar 14, 2013

Tanya Sama Aku


Tanya aku apa itu rindu?
Aku kata,kamu.

Tanya aku apa itu duka?
Aku kata,aku.
Bila sisa waktu yang banyak kamu tak hiraukan aku.

Tanya aku apa itu sayang?
Aku kata,kamu.

Tanya aku apa itu hiba?
Aku kata,aku.
Bila kamu tak rasa rindu seperti rindu aku.

Tanya aku apa itu kasih,apa itu sayang?
Aku kata kamu.

*senyum*

Tanya aku apa itu cinta?
Aku kata,kamu.

Tanya aku apa itu siksa?
Aku kata,aku.
Bila aku fikir kamu akan pergi tinggal aku sendiri.

Apa kamu pada aku?
Dunia.

Mana tempat aku mahu tinggal?
Dalam dakap kamu.

Tanya aku kenapa semuanya tentang kamu?

*tampar kamu*

Cinta lah,bongok!
Gila.

Feb 5, 2013

Aku Cinta Hujan


Aku cinta hujan
Yang dengannya bisa mengerti gelodak hati
Yang dengannya aku bisa menangis bersama
Yang dengannya titis tangisan dihalau pergi

Kenapa orang bilang pelangi itu kebahagiaan?
Pada aku tidak..
Mungkin cantik dipandang cuma..
Hanya kerana warnanya yang bikin bibir tersenyum.
Aku lebih cinta hujan.

Aku ketawa sendiri..
Bagaimana dia sanggup mengintai duniaku
Dunia yang penuh dengan kekeliruan
Penuh dengan emosi yang kadangkala dia terlelah sendiri..
Lelah untuk mentafsir.

Alahai kamu,
Dari mana datangnya sabar sebegitu pesona?

Jan 26, 2013

Bocor


Mengeluh. Aku sandar pada bantal yang berbalut kain berbunga ungu; pilihan ibuku,selalunya begitulah citarasa wanita. Bantal itu pula aku sandarkan pada kayu dinding bercat coklat. Tangan masih aku letak pada papan kekunci Acer milikku sambil mata tidak lepas memandang arus coretan manusia di burung biru.

Setitik air menitis tepat atas abjad J pada papan kekunci. Aku pandang atas,meliarkan mata ke arah atap rumah mencari jika ada rongga-rongga yang mungkin mendiaminya. Aku tajamkan pula pendengaran mencari bunyian yang biasa bingar pada musim tengkujuh. Aneh,tak pula hujan.

Dek kerana lama tidak bereaksi, skrin komputer bertukar gelap. Aku pejamkan mata,rehatkannya sebentar. Terasa ada bendalir yang berlari lembut di pipi. Aku kesat dan aku tatapnya yang berada di dalam genggam tangan. Untuk apa tangis ini dan untuk siapa? Mata terpasak pula pada titisan yang belum kering di atas abjad J tadi. Abjad itu. Yang kini sering aku tuturkan usai sujudku pada Nya.

Terpapar wajah sendiri pada skrin gelap itu. Tak silap lagi. Mataku bocor. Ada air yang keluar dari rongganya. Aku cemas,kenapa makin laju? Terasa pula sebak di dada. Ini pasti kerja si rindu lagi. Aku takkan maafkan si mata kerana sanggup berkomplot dengan si hati. Kenapa harus ditangiskan rindu? Aku capai telefon bimbit,kosong. Tiada pesanan.

Tertidur.