Apr 18, 2012

Mahligai Dari Tanah


Suatu pernah
Aku dan kau ke tebing itu
Tebing berdebu lumut hitam
Berlari ke tepian gusi air
Bermain-main dengan makhluk yang berinsang

Suatu pernah
Aku dan kau berpimpin tangan
Mencedok tanah lembab
Membiarkan diri comot dengan kebahagiaan lautan
Bahagia, itu yang kelihatan di wajah kita
Kini pudar, kelesuan hambar

Suatu pernah
Aku dan kau bina sebuah mahligai
Ya, mahligai dari tanah itu
Kita masuk dan kita robohkan pintunya
Moga tiada sesiapa yang bisa mengganggu
Mati di dalamnya, tak dihirau orang

Suatu pernah
Mahligai itu diibarat sebuah keluarga
Yang utuh kasihnya, yang likat sayangnya
Kini bukan pintunya sahaja diroboh
Hanya tinggal tapaknya sahaja yang dipijak orang

 Biar tak pernah kurang tanah untuk dicabuli,
mahligai yang sama takkan bisa dibangun kembali ~

80 Pemisah Kata:

Akue Achik said...

main pasir..msa muda kcik2 dulu..err..lari tajuk..huhu

ZaroL said...

Wahhhh...istana pasir. hobi gua main pasir2 nih. pantang kalau pergi pantai.

kat entry gua...gua ada post. jom tgk istana pasir buatan saya. =)

http://pelangianoy.blogspot.com/2012/02/istana-pasir-di-similajau.html

Ayie Abas said...

membina istana pasir....memerlukan usaha dan kesabaran yg tinggi...

apabila kerja keras sebegitu berakhir dgn kemusnahan...

selayaknya laa utk sesiapa jua berara hiba...x mungkin akan terbangun istana yg serupa....

Camy Alya said...

kata-kata ini mengingatkan aku pada sesuatu

Unknown said...

waaa pandainya dia berkata kata ..ohsem.. :)

MalizaMah said...

Biar tak pernah kurang tanah untuk dicabuli,
mahligai yang sama takkan bisa dibangun kembali
like tis so much...

mahligai yg dibina kukuh memerlukan usaha yg gigih... dan berterusan mempertahankannya.

shahrazali said...

cik byk bermadah ek skrg.....bagus2...hehe....

lagu Mahligai Dari Air Mata bleh kita tukar kepada Mahligai Dari Tanah...hehe..

Unknown said...

wow...puitis!!!

Unknown said...

bestnyer puisi tu..so sweet :)

Sis AI said...

Amboi.. Feel gitu baca sajak ni. Er, sajak kan? Hmm.. Crite tentang kluarga yg punah ke ni? Agk lawa metafora dia..

The Fakhirin said...

keutuhan mahligai terletak kepada tapak pemegang amanah tersebut...kukuhnya pegangan amanah mahligai, kuatla ia tidak dilapuk zaman.

Ana Farhana said...

hawat tu ? mcm sedih ja.. msa kecik suka la main pasaiq, mana nak kesah kotor ka dak kan, budak2.hehe

EruzuLiyana said...

Biar tak pernah kurang tanah untuk dicabuli,
mahligai yang sama takkan bisa dibangun kembali ~

suka ayat tuh :)
mohon nak tweet kat twiter. heee

abgDude a.k.a kai said...

membina istana pasir memerlukan kesabaran dan ketekunan maksima!

Unknown said...

is xpernah main pasir pantai.. tingin pulak bila tengok mahligai pasir tu

aReLaN said...

lama tak main pasir & buat sand castle tepi pantai.hehehe..pape pon moga mahligai yang bakal dibina terus kekal.bila tu tak tau la kan. :)

Woofer Storm said...

hidup ini hujan panasnya,,mungkin merasakan bahgia ari ini,tapi esok belum tentu lagi..

#pandai anda berkata2..sy suka itu~

nina said...

Sedap :)

~Sal Ismail~ said...

mungkin "mahligai yg sama takkan bisa dibangun kembali"..tp mahligai yg lebih baik dgn yg lain..itu mungkin,kan~

p/s: yep..terpaksa break sedikit lama..masa sgt2 mencemburui~

mekasih sudi jenguk kite~ ^^

purplelicios said...

sedap ayt2 tu..ayt penuh makna..^^
hidup kat dunia ni cm hujan petang~ seringkali harap panas tu smpai ke ptg.tp xsiapa sangka hujan d tghari..tapi slpz hujan pelangi munculkan dri..beri sinar dgn warna2nya..

peace^^

Unknown said...

teringat abg kecik2 dulu

Mr.She said...

sgt nice la cik

Lysa said...

love the last words. kadang2,kita kena move on. dan set dlm fikiran apa yg jd dulu tak mungkin sama dgn sekarang.

si kiut lavender said...

suatu pernah
ku menyukai puisi di blog ini...:D

ஜ miss klanika ஜ said...

yg dah musnah jika dibina kembali pasti takka seindah yg pertama dibina kan. tapi kita tetap boleh membina yang baru :)

adan said...

kata-kata kamu sungguh puitis.. start dengan "suatu pernah" aku mula berfikir hebat sungguh tuan blog ini mengatur kata..

kay_are said...

motif main ngan ikan? makhluk berinsang = ikan?? =P menarik.. walaupun kita wat macam mane pun.. ari ni takkan same ngan semalam lagi.. so move on! ^__^

eva said...

woww!! penuh puitiss hee

P#eoniX said...

bunyik cam putus ase jek...heheh...releklah kat shopping complex yek....bukan istana pasir...huhuhhh!!!

Rulita.park said...

my god ><' yup yang ke dua pasti gak akan sama seperti pertama kali ><'

Saddila said...

ahh speechless -___-'

Mizz ErMa said...

ayt yg last tuh best sgt2 cik teddy..=D rasa dia pny puitis tu..hihi

D said...

saterawan no dua di hatiku selain sayfiqakarim.

erk.
hehe

SyazwanJaudin said...

kenangan terindah

•NADiERA SUNDARA• said...

suka sgt baca.
baca byk kali pon xboring :)

E'in said...

madah berhelah nmpk.. hehe

Zehan Ilyana said...

baca ni, tetiba teringat kawan masa kecik2 dulu..huhu

Ainsha said...

membina susah, hasilnya ada... dari jadi bayi sampailah sekarang, tak pernah langsung membina istana pasir..T_T

tirahzairi said...

ewah....anak buah A.Samad Said...keep it up =)

aidajusoh said...

puitisnya puisi nie :)

Cik Puan Muda Umi said...

nice!sangat suka baca puisi2 cik teddy..;)

Nisa said...

Full of literature :]

Anonymous said...

puitis nyaaaa
:)

alyachan said...

terbaik... pandai berpuitis :)

teha said...

alahai.. puitis nyee.. hahaha !

Abu Bagi said...

Cantik gambar tu..

krazylenglui said...

oke, cik teddy mmg pandai bermain kata hehe. boleh minta tunjuk ajar ni :D

Korn Ahmad said...

Huh.. kata2 yang ohsemn... cantik

*lama x main pasir dah...

Unknown said...

bahasa berbunga2..nice

NAL said...

memang puitis..syahdu sgt..nice

syafiqa said...

mengingatkan pd seseorang.

نورعيم said...

mmg mahligai yg sama takkan blh dibina tp blh dibina serupa dgnnya :)

JR said...

Kdg2 ada yg sibuk mencari bahan2 utk membina mahligai baru
dia lupa di sisinya sudah ada mahligai lama yg pernah didirikannya
tapi telah roboh dgn tangan curangnya
walau ramai yg menjerit mahligai lama lebih indah dan jangan dirobohkan
tapi dia tak peduli kerana hati telah disihir oleh cinta palsu...

hani said...

kenapa mesti bina istana itu dari pasir? ce carik bahan yg lebih utuh waktu bina asasnya supaya tak mudah dirobohi sayang...

Hidayu Bolia said...

tingginyer bahasa..
dpt paham sikit2 jep..ayu bukn org puitis,hehehe

-Incek Fik- said...

suatu pernah
aku dan adik berpimpin tangan
melangkah riang ke luar rumah
untuk menahan pakcik aiskrim
yang lalu-lalang mencari rezeki
namun..
tiba-tiba terdengar suatu bunyi
gedebub ibarat buah nangka busuk jatuh
oh, aku rupanya yang terperosok ke dalam longkang
ciss!
Bahagia yang pada raut muka asalnya
Kini pudar dan lesu hambar bersama lumut longkang..

Leeya Hezlin said...

Pandai la dia bermadah..nice..nice..
Btw,cantik istana pasir tu.. :)
Membina bukan mudah..tetapi meroboh hanyalah sekelip mata.

Unknown said...

Haha.. Tengoklah encik fik tu.. Lucu lh.. Nice puisi.. Hehe..

Jahirah said...

mahligai yg baru mmg xkn sama dgn yg lama walaupun lebih cntk drpd yg lama...jagalah mahligai lama agar tidak runtuh dan cantikkanlah mahligai lama tersebut....:)

Azlan Strider said...

sand castle..hehehe..lan buat tak pernah siap..hehehe

Regards,
-Strider-

Rina Rahamat said...

puitisnya kata-kata :)

Sarah Mnasir said...

Puitis nye.. :)

Pha Is said...

bicara kata seindah cerita...

Anonymous said...

fuhh pandai nya bermadah.
bestnya wat istana pasir..tak pernah wat.hihi

Careila said...

amboi madah berhelah dia...:)

Ikaa Sharin said...

tiada kata secantik bahasa . ececehhh :p

#hye owner blog :) jemput singgah blog saya . ada makan makan sikit :)

C i k P i p i T e m b a m said...

wahh boleh kalahkan akak ni. haha.. hebat la ! love poem so much.. lagi2 :D

Muttallif said...

Mahligai pasir permainan tatkala kanak-kanak, runtuh mungkin kerana pukulan ombak.

Tapi bina semula dengan bentuk dan rekaan yang lebih indah.

Begitu juga impian tatkala dewasa. Jangan mudah mengalah :)

BlogS of Hariyanto said...

sungguh menyedihkan bermahligai tanah..tak kuat pondasi dan tak kuat dinding-nya :)

NorFarahin@aien said...

wahhhhhhhh
makin puitis yaa dy lani
huhu
ad pepe kew
heee
:P

eqbalzack said...

Salam,
terima kasih add abg eq di FB...selamat berblogging. penulisan yg baik dan blog yg simple... :)

kalau ada kelapangan boleh lah vote abg eq di DiGi WWOW...
Alhamdulillah, abg di ranking no.1, masih jauh perjalanan dan perlu usaha lebih untuk maintain hingga 13/5...

Link:
http://www.wwwow.my/display_listing.aspx?catid=3d000b1f-4f80-4ef9-8eaa-df3e052cd6b8

afzalsukasuki said...

mak aih ayat2 dia.. berpuisi pujangga plak dia :D tapi bagus, cuma perbaiki kesalahan tatabahasa yg ada ---->mcm cikgu bahasa tamil plak hahahaha

Hafizin Jamil said...

jangan bina mahligai yang sama..bina yang lebih utuh dan kukuh. :)

AmySyahiera Malik said...

puitis la ayt nie ,
ade maksud tersirat + trsurat :D

Mizz ErMa said...

wah, lamanya cik teddy menyepi, tengah cari ilham ke? hik3,

Unknown said...

madah berhelah!!! weeee!!

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/pasangan-semanis-kurma-hati-vs-nafsu.html

Niahix_01 said...

puisi ke ni?

nampak macam puisi...

Juliet_iRa~" said...

istana pasir..:)

pantai ni sllnya diibaratkan tempat y romantik...btw kisah ni sgt mendalam maknanya..

mcm dpt rs emosi y nak diluahkan tu..

^_______^

Juliet_iRa~" said...

istana pasir..:)

pantai ni sllnya diibaratkan tempat y romantik...btw kisah ni sgt mendalam maknanya..

mcm dpt rs emosi y nak diluahkan tu..

^_______^

FEDO said...

Wah puitisnya.He2