Jul 2, 2011

Kenapa Aku Diuji?Apa Salah Aku?

Assalamualaikum^_^
KENAPA AKU DIUJI
QURAN MENJAWAB
:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN
QURAN MENJAWAB
:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?
QURAN MENJAWAB
:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
:
"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)
p/s: yakinlah bahawa Allah tidak pernah sesekali ingin menyeksa hamba2Nya..ujian itu datang untuk menguji keimananmu,kesetiaanmu dan kerana Allah menyayangimu..Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.
piala emas--> srkandi islam group

Kawan Blogger Yang Jadi Fav!

Assalamualaikum^_^
hmm..cik selalu kelam kabut nak mulakan entri-->x pandai.
senang cakap la kan..korang semua mesti ada blog yang korang suka kan?
ATAU
blog favourite la senang faham..
jadi,cik nak kongsi antara blog yang cik suka..
pertama--> Blog Ibnushukran
blog ini antara salah satu blog terawal yang cik follow dan tuan blog ni pun memang peramah dengan cik.
kiranya,Ibnu antara blogger yang membuatkan cik semangat untuk cik terus berblogging.maklum la,dulu masa jadi newbie,susah kan?hihi..entri2 nya juga bermanfaat..(cik suka).

blog ini pun antara blog terawal cik follow..dulu masa newbie,cik jeles giler tengok blog ni selalu je ramai pengunjung..entri2 nya juga amat menarik..dulu tiap2 hari cik kan jenguk blog pakcik.
sebab dia rajin balas komen dan yang paling cik suka sebab dia suka panggil cik 'budak kecik'.
sekarang pakcik khalis sibuk sikit sebab dia dah ada baby comel,Sayf  Muslim..

blog ini baru lagi cik follow tapi suka la..tak tahu la kenapa.haha..entah la keroro,cik suka terjah blog kamo0.
Mungkin sebab header alien tu kot..berkenan sangat.lain dari yang lain.."pelik itu cik suka"!
keroro ni jugak la yang ajar cik buat entri2 special untuk hari2 tertentu..macam 
wordless wednesday(x pernah buat lagi), speechless sunday(cik ubah jadi sweet sunday), melody monday(paling suka) dan macam2 lagi la..kiranya memberi inspirasi jugak la.

keempat--> Blog Bibir Merah
blog ini pun baru lagi cik follow..cik suka dengan cara dia berblogging..he's using english in his posts ok! That's why i love it..well,i love english tapi masih tak lupa pada bahasa melayu kesayanganku.
tapi kenapa sekarang dah takde post baru ek?entah la..cik jugak terhutang budi pada dia sebab tolong buatkan header untuk cik..pandai dia penuhi citarasa cik,simple! nickname dia pun pelik jugak..Tok Janggut Junior.

nama pun orang popular kan..memang la ramai yang suka.tapi tu semua bukan jadi ukuran untuk cik jatuh cinta pada blog dia..anwar popular dekat youtube kan..korang tahu tak?hihi.. yang terbaru,dia buat video bertajuk Song For Bapak.seriously,cik suka sangat..anwar buat semua video tu bukan untuk sia2 ok..setiap video yang dibuat ada moral of the video yang tersendiri.apa yang penting,he's using english ok and his lang is totally best.ala..senang cakap,apa kata korang pergi jenguk sendiri?klik2..

ok la,cik pun tak larat nak taip lebih panjang.sebenarnya banyak lagi blog2 yang cik suka tapi takkan la nak letak sekaligus.cik akan buat sikit2 dari semasa ke semasa..last but not least, Blogger Itu Pendakwah!
adios!

Jul 1, 2011

Doa Penenang Jiwa

Assalamualaikum^_^
sudah puas dengan entri mengarut sebentar tadi..
sudah lega..istighfar banyak2..bermanfaat sungguh.
tadi tension. cari doa penenang jiwa. jumpa kat satu blog.

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan dan di tempat ketakutan dgn keamanan.
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,dan berilah balasan baginya
dgn kejayaan yg sudah hampir.
Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU
Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina...
Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH

juSt sHut uP!

Assalamualaikum^_^
answer it..don't forget..
what will you do when you feel..ouh,so stress!
in Islam,we should pray to Allah..ask Allah for a peace..
but still,i'm as a human..i need to do something..
i wanna scream loud! who cares? who knows?
i'm not to0 crazy to scream in front of others..
sometimes i'm sick of people around me...SHUT UP PLEASE!
when no one hear my voices-->
and please do not disturb me when i'm like this..but still,they don't get it.
i don't need you to understand me..i just wanna you to SHUT UP!

Apa Gelaran Bagi Si Mati?

Assalamualaikum^_^
Allahyarham vs Allahyarhamah
Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud 'Allah merahmatinya', atau secara teknikalnya, 'mudah-mudahan Allah merahmati rohnya'.
Adapun gelaran
'Allahyarhamah', maka ia merupakan gelaran yang penulis dapati amat lucu sekali. Ini kerana perkataan Allahyarham itu adalah kata kerja, maka mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki dan wanita?
Dengan mengatakan Allahyarhamah, samalah seperti kita mengatakan '
muhammad menulis', dan 'Aisyah menulisah'. 

Al-marhum
Merupakan gelaran yang tidak berapa sesuai kita gunakan ke atas si mati. Ini kerana,al-marhum bermaksud 'dia telah mendapat rahmat Allah', atau secara teknikalnya 'secara pasti Allah telah merahmatinya', sedangkan hak mutlak untuk merahmati atau menyeksa seseorang insan bukanlah hak kita. Itu adalah hak Allah semata-mata, jika Dia hendak merahmatinya, Dia akan merahmatinya, dan jika Dia berkehendak untuk menyeksanya, Dia akan menyeksanya sebagaimana yang Dia Mahu. Kerana itu penulis katakan, gelaran Allahyarham adalah yang terbaik, kerana ini merupakan doa kita, 'mudah-mudahan Allah akan merahmatinya'.

Perlu diingatkan juga, gelaran ini merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh golongan ahli hadis. Adapun gelaran yang menunjukkan seseorang itu secara pasti mendapat rahmat, hanyalah gelaran yang kita guna pakai ke atas:
1) Para rasul
2) Sahabat Rasulullah S.A.W.

untuk keterangan lebih lanjut klik >>SINI<< korang kena tahu!