Assalamualaikum^_^
Allahyarham vs AllahyarhamahMerupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud 'Allah merahmatinya', atau secara teknikalnya, 'mudah-mudahan Allah merahmati rohnya'.
Adapun gelaran 'Allahyarhamah', maka ia merupakan gelaran yang penulis dapati amat lucu sekali. Ini kerana perkataan Allahyarham itu adalah kata kerja, maka mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki dan wanita?
Dengan mengatakan Allahyarhamah, samalah seperti kita mengatakan 'muhammad menulis', dan 'Aisyah menulisah'.
Al-marhum
Merupakan gelaran yang tidak berapa sesuai kita gunakan ke atas si mati. Ini kerana,al-marhum bermaksud 'dia telah mendapat rahmat Allah', atau secara teknikalnya 'secara pasti Allah telah merahmatinya', sedangkan hak mutlak untuk merahmati atau menyeksa seseorang insan bukanlah hak kita. Itu adalah hak Allah semata-mata, jika Dia hendak merahmatinya, Dia akan merahmatinya, dan jika Dia berkehendak untuk menyeksanya, Dia akan menyeksanya sebagaimana yang Dia Mahu. Kerana itu penulis katakan, gelaran Allahyarham adalah yang terbaik, kerana ini merupakan doa kita, 'mudah-mudahan Allah akan merahmatinya'.
Perlu diingatkan juga, gelaran ini merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh golongan ahli hadis. Adapun gelaran yang menunjukkan seseorang itu secara pasti mendapat rahmat, hanyalah gelaran yang kita guna pakai ke atas:
1) Para rasul
2) Sahabat Rasulullah S.A.W.
untuk keterangan lebih lanjut klik >>SINI<< korang kena tahu!
0 Pemisah Kata:
Post a Comment