Assalamualaikum^_^
"Apa tujuan utama anda berblog?"
Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.
"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"
Atau
"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"
Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islami, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.
Islam itu indah, bukan?
"Islah Nafsak wad'u Ghairak."
"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."
Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.
Bukan :
Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog ialah medan kita berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.
Bukan :
"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"
"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.
Buang pemikiran:"Aku bukan ustaz."
"Aku bukan ustazah."
"Aku bukan baik sangat pun."
"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."
Buang,jauh-jauh pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.
2 Pemisah Kata:
bukan blogger je, setiap manusia adalah pendakwah :)
renungan bersama.. setiap entry bagus jika diselitkan sedkit dakwah.. sama2 mnasihati diri.. :)
Post a Comment