Jul 8, 2011

Muka Kau Macam Alien!

Assalamualaikum^_^

"kau tahu tak?muka kau macam alien bila kau serius sangat..
menyampahnya aku tengok..janganlah serius sangat weh.
aku dah senyum kat kau ek..
ingatkan nak tegur tapi tak jadi la..
mahalnya senyumanmu wahai makhluk.."
(contoh sahaja)
bajetnya!-->contoh

padahal kalau kamu senyum pun dah dapat pahala sedekah..alangkah beruntungnya..
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda :
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)
tapi ada juga yang kata senyum yang tulus itu sukar..
"Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…."
(Muhammad Qutb)
wallualam
tingtong--> busy with addmath's exercises..short entry,thanks 4 reading

~Aku Suka Blogger Lelaki~

Assalamualaikum^_^

sebelum tu cik mintak korang jangan salah faham ye..
kenapa cik lebih suka blogger lelaki?
ok,banyak sebabnya tau-->
cik sukakan kelainan,perubahan,pelik dan perkataan yang seangkatan dengannya.. nama pun lelaki kan..mesti la berbeza dengan orang perempuan..dan cik jugak sebagai perempuan,tentulah cik suka yang berlawanan dengan cik..Adoi,nanti ada pulak yang cakap cik ni gatal..maaf ye,jangan salah faham.

cara penulisan blogger lelaki..lebih santai berbanding perempuan..betul tak? sebab tu blogger yang jadi kegemaran cik pun kebanyakannya lelaki..kalau tak percaya boleh klik >>SINI<< cik suka cara mereka menulis,berbeza dengan cik.

penggunaan kata nama 'aku'..cik pun nak guna jugak panggilan 'aku' tapi masih belum bersedia sebab dah terbiasa dengan panggilan 'cik'..bagi cik,penggunaan 'aku' sangat co0l bagi lelaki.

cara mereka mengendalikan blog.korang tengok la macam mana mereka.lebih kemas kot daripada blogger perempuan.yela,kalau perempuan,suka hias blog mereka cantik2,warna-warni (cantik pe)..kalau lelaki pulak,dieorang lebih suka warna2 maskulin kan?(macho la tu?)..pape jelah,asal semua orang bahagia!

p/s: tapi ade je blogger lelaki yang cik ingatkan perempuan sebab nampak sangat ciri2 keperempuanan dari segi design..hihi   tapi cik pun sokong blogger perempuan tau! cik kan perempuan! 
Hidup Muslimah!

Follower Ke 500..tahniah!

Assalamualaikum^_^

hari ni hari jumaat..-->"semua orang tahu weh!"
kan da kena marah..hihi
ok la,back to the main topic..
cik dah jumpa follower ke 500..aduhai,bertuah la kamu cik adik manis.
Nama dia ialah...jeng3..
blog dia cantek tau! kemas je..
walaupun basic dia warna gelap(hitam) tapi lawa la..
blog dia simple je,,
nak tengok header die?pon simple..cik suka..
.:ME.AS.MYSELF:.
jangan tunggu lama2 lagi..SESI TERJAH! JOM!

Jul 7, 2011

~Murtad & Hukumannya~

Assalamualaikum^_^
Siapa saja yang mengganti agamanya maka bunuhlah.
(HR al-Bukhari, an-Nasa’i, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad)

Imam al-Bukhari mengeluarkan hadis di atas dalam Kitâb Istitâbah al-Murtaddîn wa al-Mu‘ânidîn wa Qitâlihim. Beliau meriwayatkan hadis ini dari Abu an-Nu‘man Muhammad ibn al-Fadhl, dariHammad ibn Zaid, dari Ayyub dan dari Ikrimah yang berkata, “Orang-orang zindiq pernah dihadapkan kepada Ali. Lalu Ali membakar mereka. Hal itu sampai kepada Ibn Abbas, kemudian ia berkata, “Seandainya saya, saya tidak akan membakar mereka karena larangan Rasulullah saw: Janganlah kalian menyiksa dengan siksaan Allah. Namun, pasti saya akan membunuh mereka sesuai dengan sabda Rasulullah saw:Siapa saja yang mengganti agamanya maka bunuhlah.”

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan bahwaMuadz berkata:
“Allah dan Rasul-Nya menetapkan bahwa siapa saja yang kembali dari agamanya maka bunuhlah,” atau Muadz berkata, “Siapa saja yang mengganti agamanya maka bunuhlah.”(HR Ahmad).

Sebelum dibunuh orang itu harus diminta bertaubat lebih dulu. Orang itu diajak berdiskusi dan dibantah semua alasan, keraguan atau apapun yang membuatnya murtad. Ia diseru agar bertaubat dan kembali pada Islam serta diberikan waktu yang dianggap cukup untuk merenung dan berpikir. Jika ia tetap tidak mau kembali, baru dilaksanakan hukuman mati itu.
wallualam..
sumber: Forumotion

Sekadar Perkongsian Bersama Kamu Yang Dikasihi#3

Assalamualaikum^_^
Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.
Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim.Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhanjiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh(mohon perlindunganNYA) - Bukhari
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
sekian