Mar 31, 2011

Hari2 Yang Baik Untuk Potong Kuku

Sesungguhnya, Islam itu sangat indah..dan sangat detail. Hinggakan adab memotong kuku pun turut diajar kepada kita.Kita juga diajar supaya memotong kuku mengikut aturan seperti gambar di atas..

Kalau kita kerat kuku pada hari :

Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepapaan.
Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh daripada penyakit.
Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah s.w.t.

Jadi, kita patut potong kuku pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat. Paling elok pada hari Jumaat sebab besar ganjarannya..Potong kuku je pun boleh dapat ganjaran sebesar tu kan? Subhanallah..

Selain daripada hari, ada juga tertib memotong kuku. Mulakan dengan membaca Bismillah dan selawat nabi. 
Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah..Amin..

2 Pemisah Kata:

BuDaK PeGheLiH said...

thankz for this sharing :) selamat hari jumaat.. kuku pn da pnjang ni.. kna potong la arini..

CikTeddyCorner said...

yup!ptong jgn x ptong..huhu
slmt ari jumaat jgak!