Mar 2, 2011

Tanda Hati Kita Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

2 Pemisah Kata:

mykhalis said...

rasa sangat macam hati saya dah semakin gelap.. memang adakala terasa malu nak mengadapNya mengenangkan kesilapan lalu

Cik Teddy said...

kalo mcm tu,mari la kita sama2 munasabah diri..dekatkan diri pdNya..aminn!