Mar 24, 2011

Hukum Beri Salam Kepada Bukan Muhrim

Memang banyak ulamak yang berfahaman bahawa wanita adalah sumber segala kejahatan; dengan sebab Hawalah maka Adam digelincirkan daripada syurga dan senyuman dan pandangan wanita adalah panah-panah iblis yang meruntuhkan iman para lelaki.

Kesemua pandangan ini adalah bercanggah dengan ruh Al Qur'an dan assunah. Dalil-dalil, nas dan hujah mereka dalam hal ini adalah lemah dan mereka telah tersalah dalam memahami maksud sebenar hadis-hadis yang memberi amaran tentang bahaya dan fitnah wanita. Wanita yang dicela ialah wanita yang menjadi agen penggoda lelaki, atau wanita yang membenarkan dirinya dieksploit dan mengeksploit kaum lelaki dengan batang tubuhnya.

Manakala wanita yang beriman dan beramal soleh adalah pembantu kaum lelaki dan pergaulan serta percampuran mereka adalah tidak dicela oleh syara' jika mereka menjaga adab dan susila yang telah ditetapkan.

Ijma' fuqaha' berpendapat muka dan dua tapak tangan wanita adalah bukan aurat. Begitu juga suara wanita juga bukan aurat. Fuqaha' juga telah ijma' bahawa wanita boleh keluar rumah untuk urusan ilmu, pekerjaaan, politik dan pentadbiran negara, dakwah dan jihad termasuk perang sabil (Qardhawi, fatwa mu'asirat). Ini bermakna wanita akan bermu'amalat dengan lelaki semasa di tempat ilmu, pusat pengajian tinggi, di gedung-gedung dan pejabat serta di pasar-pasar, begitu juga sama-sama membuat sumbangan dalam dakwah dan jihad.

Oleh kerana mukanya bukan aurat, suaranya bukan aurat dan wanita juga harus keluar rumah, bermakna hukum memberi salam, bertegur sapa dan senyum persahabatan dan perkenalan juga meliputi kaum wanita. Tidak ada satu nas dari Al-Qur'an dan AsSunah yang melarang secara qat'iy misalnya, jangan engkau memberi salam kepada wanita; atau jangan engkau bertegur sapa dengan wanita; atau jangan engkau memandang wanita, atau jangan engkau memberi senyum kepada wanita. Jika ada larangan khusus, ia ditujukan kepada ummahatul mukminin (isteri Nabi saw) memandangkan mereka adalah first ladies bagi ummat.

Oleh kerana tiada nas yang khusus melarang, bermakna hukum memberi salam, senyuman dan bercampur-gaul dalam batas yang ma'aruf adalah tidak ditegah. Yang ditegah ialah bila ia berlebihan dan didorong oleh hawa nafsu.
wallahu alam..
sumber: inFinity

2 Pemisah Kata:

mykhalis said...

camen la pulak kalau main kirim2 salam sebab nak ngorat?hmm

hottest entry di blog khalis :
Feel peminat bola sepak sluruh dunia

Video rakaman pemimpin parti pembangkang

CikTeddyCorner said...

wallahu alam..cik akn tanye ustazah plak k..nnti cik wat entry..