Amad: Aku kan, nak sangat jadi ahli syurga.Oih seronoknya,nikmat!
Mail: Ohhh..
Amad: Tak boleh bayang betapa syoknya dilayan oleh bidadari2 menawan..mesti nikmat kan?!
Mail: A'ah...memang.
Amad: Boleh minum arak banyak-banyak..mesti lazat kan?Arak syurga!
Mail: Betul la tu...
Mak Mah: Mad..oh Amad! Tolong mak beli gula sekilo.
Amad: Alah mak ni,kacau betol.Nak senang-lenang sikit tak boleh.Nanti la mak!
Amad: Bestnya masuk syurga nanti.Tak pernah penat,tak tua..wah tak sabar!
Mail: Er..mak kau panggil dari tadi.
Amad: Nanti la yang tu.Aku tak habis berangan lagi nih.
Mak Mah: Mad oh Amad!
Amad: Hish mak ni,menyusahkan betul.Ayah kan ada..
Amad: Mengada betul kan mak aku tuh?!
Mail : Aku tak sangka aku berkawan dengan anak setan.
Amad: ????????##%&???xx???
Inilah anak syaitan.Yang ingkar pada yang harus ditaati.Maka malanglah anak sebegini.Sama sahaja perangainya dengan syaitan/iblis yang derhaka pada Tuhan Yang Satu, ALLAH SWT.
pss:: Terasa?Baguslah..tapi aku yakin korang semua anak manusia ^,^Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa' 17:23)