Mar 26, 2011

si murtad bertaubat..diterima ke?

Adakah org Islam yg telah menjadi kafir akan dimaafkan dan diterima taubatnya sekiranya dia kembali kepada Islam? Adakah org yg telah melakukan syirik tidak langsung diterima taubatnya? Bagaimana keadaannya untuk dia memohon keampunan? dan adakah yg tidak diterima taubatnya itu syirik besar/syirik kecil atau keduanya sekali?

Hukuman yg dikenakan ialah hukuman hudud/bunuh, namun hukuman berkenaan bukanlah boleh dilaksanakan serta merta, tetapi si murtad diminta supaya bertaubat. Kemudian diberi amaran keras ttg akibat dari keengganannya bertaubat. Kesimpulannya, si murtad jika ia bertaubat, maka taubatnya di terima. Menurut kacamata hukum Islam dia terlepas dari hukuman hudud, manakala di sisi Allah, taubatnya akan diterima berdasarkan keikhlasan hatinya.



Apakah terampun pelaku dosa syirik sekiranya seseorang yang beragama Islam telah terlibat dengan dosa syirik yang paling besar iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu, adakah dosanya itu akan diampunkan oleh Allah sekiranya taubat yang hendak dilakukannya adalah taubat nasuha. Sedangkan dalam surah An Nisaa' ayat 48 maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan SyariatNya).
Ayat di atas bermaksud, jika seseorang itu melakukan syirik dan mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka dosanya tidak akan diampunkan. Dia akan berada kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Manakala dosa selain dari syirik, Allah Taala akan ampunkan. Setelah dia menerima pembalasan yang sewajarnya di neraka, Allah akan memasukkannya di dalam syurga. Tidak kira dosa yg dilakukan besar ataupun dosa kecil. Dia tidak kekal berada di neraka sebagaimana pelaku dosa syirik yang tidak sempat bertaubat. Jika pelaku dosa syirik itu bertaubat dengan taubat nasuha, dosanya akan diampunkan. Dan boleh juga Allah mengampunkan dosa (selain dosa syirik), jika tidak sempat bertaubat dengan begitu sahaja. Ini jika Allah mengkehendaki. Ada juga dengan sebab syafaat orang lain. dsbnya. Namun kewajipan kita ialah bertaubat kepada Allah. Dia berjanji akan menerima taubat nasuha.

Inilah pegangan kita Ahlus Sunnah. Ia bercanggah dengan pendapat Muktazilah yang mengatakan bahawa pelaku dosa besar akan kekal berada di antara dua tempat (manzilah baina manzilatain). Iaitu suatu tempat di antara syurga dan neraka. Juga bercanggah dengan pendapat kaum Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar. -------- Menurut Ahlus Sunnah: Terdapat beberapa sebab penghapus dosa, antaranya:
1.Taubat nasuha
2.Istighfar - Pada hakikatnya ia termasuk taubat
3.Melakukan kebaikan dan ketaatan.
4.Mendapat musibah dan bala'. Jika dia bersabar, dia akan mendapat pahala dan dosanya akan dihapuskan. 5. Azab kubur
6.Huru-hara pada hari kiamat.
7.Syafaat orang dengan izin ALlah pada hari kiamat.
8.Keampuanan dari Allah tanpa mana-mana syafaat.
9.Doa dan istighfar dari orang mukmin, samada semasa hidup atau selepas mati.
10.Pahala yg dihadiahkan kepada orang mukmin.
wallahu alam...

2 Pemisah Kata:

Ayie said...

kat gambau tuh, beliau warnakan rambut.. cantik rambut beliau.. HAHAHA

CikTeddyCorner said...

hik3..biase la tu..budak zaman skrg