Aug 7, 2011

Ramadhan Titik Perubahan

Mari kita setkan di dalam minda akan satu titik perubahan. Ya Ramadhan ini adalah titik perubahan.

 Kita tidak solat Tarawih semata-mata kerana ini adalah bulan Ramadhan. Kita solat Tarawih untuk membina kekuatan, agar kita mampu melaksanakan banyak solat sunat pada bulan yang lain.

Kita habiskan satu al-Quran di dalam di dalam Ramadhan bukan kerana ini adalah Ramadhan. Tetapi adalah untuk mendidik kita agar pada bulan-bulan yang lain membiasakan diri dengan pembacaan al-Quran.

Kita bukan memperbanyakkan kebaikan pada bulan Ramadhan, semata-mata kerana ini adalah bulan Ramadhan. Tetapi adalah untuk menjadikan kebaikan itu ibarat nafas kita, agar mudah dilaksanakan setiap masa pada bulan-bulan yang lain.

.:: Di sini, barulah Ramadhan kita akan Berjaya. Sama-sama kita laksanakan perubahan minda dan jiwa ini. ::.

Biar Ramadhan kali ini, bukan Ramadhan yang sia-sia sekadar rutin biasa.
Ini Ramadhan yang meningkatkan kita, dan mengubah kehidupan kita,
menjadi hamba-Nya yang lebih luar biasa.



p/s: Doakan Cik untuk exam kali ini..Moga makbul doa kalian..Amin!

12 Pemisah Kata:

K said...

betul, berubah dan terus istiqamah =)

p/s : gudluck! XD

CikTeddyCorner said...

thanks keroro..

Firdaus Life said...

berubah dan kekalkan perubahan :D

CikTeddyCorner said...

wah..skit lagi nak same komen freaky n keroro..insyAllah

Rean said...

alhamdulillah..semoga cik teddy tenang jawab exam :D

leeya abdul said...

Alhamdulillah. semangat k.leeya awal hari tu.. dh masuk juzuk 2.. skunk ni hampeh dh.. xpe esok sambung. ;))

k.leeya tulis http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/jom-singgah-ke-blog-geniusblogger.html

CikTeddyCorner said...

time kaseh abg bobo^^

CikTeddyCorner said...

kak leeya teruskan! cik pon baru je lps juzu' 2..hihi,,

Alif Haris said...

perubahan mesti diikuti dgn istiqamah :) hehe

eh tgh musim exam ye ..gdluck :)

Unknown said...

Mari kita berubah mulai sekarang

.::: mr IQ :::. said...

Ramadhan Perubahan
Benar.. Ramadhanlah tempat paling sesuai untuk titik mula perubahan... :)

CikTeddyCorner said...

yup..benar belake