Nov 28, 2011

Dilema Kimia & Biologi

Bila tiba malam bak terhumbang ke dalam kegelapan,tangan aku mula merayap dan meraba tetikus serta papan kekunci.Maka,terkeluarlah bunyi yang agak kurang menyenangkan di cuping telinga kakakku yang ingin tidur nyenyak sambil dibuai mimpi yang diinginkannya.Aku tak peduli.Bila aku mula rasa stres tahap gaban,aku mula menaip dan menaip sehingga aku mula rasa bosan dengan tulisan dan penulisan aku sendiri.Hingga juling biji mata aku dek menatap skrin lappy aku yang agak berhabuk.Semuanya kerana sikap malas yang patut aku cuci dari dulu namun tak terhapus.

Dan ya aku mula stres bila terlalu banyak informasi yang aku tak sangka bahawa itulah yang telah aku pelajari selama 2 tahun.Ah! Aku sendiri pun telah hanyut dan leka dek waktu yang berlalu persis bayu yang berhembus di waktu tengah hari yang tak lekang dek hujan.Maka,hancurlah semua bahasa melayu aku setelah kertas B.Melayu telah aku lepasi pada 14 N0vember 2011.
Sepatutnya dari dulu aku sedar yang kita berdua ada 'chemistry'.Duhai pensil,pen,pemadam,pembaris,kalkulator dan lain2 yang bakal menjalankan tugas pada esok hari, tunaikan tugasmu bersamaku secara sinergi.Jangan sesekali kau bersikap nafsi dalam hidupmu,kelak dibenci,diherdik dan dicemuh masyarakat.Besok,aku dengan segala kudrat dan nikmat kecerdasan yang dikurniakan Allah s.w.t,aku akan berperang secara psikologi dengan soalan kimia sekalian.Duhai kimia,permudahkanlah dirimu untukku,untuk dia,untuk mereka dan untuk kami semua.Amin!Begitu juga denganmu duhai biologi.
-cita-cita aku-

Assalamualaikum^_^

10 Pemisah Kata:

Pendamba Mawar said...

pi study sanaaaaaaaaaaa...

Azzah said...

selamat berperang..:)

kim heeruul said...

nak jadi seorang scuba diving ke ?

Ana Farhana said...

pilih yg terbaekk :)

Anonymous said...

fuhh kimia..subject susah.mas sendiri pun fening2 belajar.bio tak ambik coz ambik LK.anyway gud luck

CikTeddyCorner said...

@Pendamba Mawar yela yela..huhu

CikTeddyCorner said...

@Azzah trime kaseh:)

CikTeddyCorner said...

@kim heeruul kurang lebih:)

CikTeddyCorner said...

@Ana Farhana insyaAllah

CikTeddyCorner said...

@MaYa MustWany tenkiu:)