Assalamualaikum^_^
Mari kita lihat bagaimana pendekatan psikologi Rasulullah terhadap pelbagai golongan~
Pendekatan Terhadap Kanak-Kanak
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Rafi' Bin Amru al-Ghifari r.a menjelaskan:
"Saya seorang kanak-kanak yang sering membaling batu pada pokok tamar kami atau kepunyaan orang Ansar.Saya ditangkap dan dibawa kepada Nabi s.a.w.Baginda bersabda:
"Kenapa kamu membaling batu pada tamar(kepunyaan orang lain)?" Saya menjawab: "Untuk saya makan buahnya".Sabda Nabi seterusnya:
"Jangan baling batu pada pokok tamar(kepunyaan orang lain).Kamu boleh makan setiap buah yang jatuh dibawahnya.Baginda kemudian mengusap kepala saya sambil berkata:"Ya Allah ya Tuhanku,kenyangkan perutnya(dengan tamar yang gugur itu)."-Riwayat Ibn Majah no.2290-
Lihatlah bagaimana pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap seorang budak yang melakukan kesilapan disebabkan oleh kelaparan.Baginda tidak terus menghukum dengan cara yang keras sebaliknya menyelesaikan masalah tersebut dengan bijaksana dan lemah lembut sambil mengusap rambutnya.
Tapi tak bermakna ibu bapa tak boleh pukul anak mereka.Pukulan sebagai hukuman boleh dilakukan tapi perlu mengikut syarat dan masa yang sesuai!
Sumber: Majalah Solusi
10 Pemisah Kata:
sungguh indah peribadi Rasulullah S.A.W.semoga kita boleh mencontohi baginda,InsyaAllah :)
Kalau dapat mencontohi sedikit apa yg rasulullah tunjuk pun rasanya dah bersyukur...
tak terlawan kita dgn keperibadian tingi baginda
Selalunya kalau usap kepala memang akan terus tersentuh lembut hati :)
Love, Dea
http://www.medeaz.com
Subhanallah, sungguh tinggi budi pekerti Rasulullah..
Kekerasan memang kelembutan lawannya.. ;)
contohi rasulullah akan mendapat pahala.
psiko adalah yang terbaik
betul, setuju tu. kena berhikmah :)
betapa baiknya peribadi Rasulullah.. baru je habis baca kisah nabi musa yg memarahi seorang wanita atas sebab perempuan tu dh berzina ;)
rasulullah insan yang sempurna sesiapa yang mencontohi akhlak Baginda dan sunnahnya pasti menjadi orang hebat. :) suke entri ni ade button like tak? ;)
Post a Comment