May 4, 2011

Bila Ajal Menghampiri

Assalamualaikum^_^
hari-hari kita sentiasa dipenuhi dengan jadual yang padat..
terkejar ke sana ke sini..penat kan?
memang kita digalakkan untuk keluar mencari rezeki tapi janganlah sampai terlalu taksub pada urusan dunia sehingga lupa pada urusan ukhrawi.
macam saya sendiri sebagai seorang pelajar,selalu sibuk dengan pelajaran..bila balik rumah je rasa penat,tak larat,nak rehat dan macam2 lagi.namun,InsyaAllah,ibadat wajib saya masih terpelihara.Amin!
kadang-kadang bila bersendirian,terfikir dalam benak saya..bagaimana agaknya keadaan saya bila saya mati nanti?mati sia-sia seperti ini ke?(minta dijauhkan,Amin!)
atau mati di dalam keredhaan Allah?(amin,sungguh ku berharap)
banyak hikmahnya jika kita selalu mengingati mati..
* Dengan mengingati kematian hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhan dan keikhlasan .

* Dengan mengingati kematian membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti.

* Dengan mengingati kematian manusia akan meninggalkan segala maksiat yang telah ditegah oleh Allah s.w.t kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti.

* Dengan mengingati kematian akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan . Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah dan di manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut.

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi tapi bukan dengan cara yang haram seperti apa yang berlaku pada hari ini seperti riba, rasuah, mencuri , merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi.

* Dengan mengingati kematian juga menyebabkan manusia akan rajin dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hariannya . Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan halal adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala.
renung2kan dan selamat beramal!

6 Pemisah Kata:

mOon EyEzS said...

ngerinya tengOk pic putus 2...

Ibnushukran said...

mati perkara y paling hampir dgn kita.. dgn mngngati mati kita akn sntiasa takut akan Allah swt.. betul 2 cik, kita mmng kne sentiasa mngngati mati agar x leka dibuai mainan dunia.. :)

CikTeddyCorner said...

@ibnushukran cik suke la stiap kali ibnu komen,msti tulis ayat yg best2..mcm org sastera plak..huhu
anyway,that's right!

CikTeddyCorner said...

@mo0n johari tu ar pasal,harap xde antara kita yg mcm tu..

Anonymous said...

Simply desire to say your article is as surprising.
The clarity in your post is just nice and i could assume you are
an expert on this subject. Fine with your permission allow me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post.
Thanks a million and please carry on the rewarding
work.

Here is my webpage ... home financing with bad credit

Anonymous said...

Hi there, every time i used to check web site posts here early in the dawn,
for the reason that i enjoy to find out more and more.


Also visit my blog ... exsonet.asen-connection.de/blogs/entry/Assistance-On-Fixing-Your-Damaged-Credit