May 26, 2011

Syarat & Perkara Yang membatalkan Solat Khauf

--->entry ini adalah sambungan entry dibawah..
Di sini ada beberapa syarat yang telaH disepakati oleh imam Shafie dan Ahmad serta para pengikutnya untuk menunaikanya solat khauf iaitu :
a)Hendaklah bilangan tentara Islam itu lebih banyak
b)Tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .
c)Hendaklah bilangan tentera Islam itu dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6 orang).
Cara ini telah di riwayatkan oleh imam Ahmad,Imam Muslim dan Ibnu Majah daripada hadis Jabir yang mana kaifiatnya adalah seperti berikut:-
Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan, setiap kumpulan perlu lebih daripada tiga orang kerana dikira berjamaah itu sekurang-kurangnya tiga orang. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat sof di belakang Imam; satu kumpulan boleh terdiri daripada beberapa sof, mengikut jumlah yang munasabah di mata imam.
Di sini akan di gambarkan satu cara solat khauf yang dilakukan Rasullullah s.a.w. ketika di Batnin Nakhl , seperti mana yang telah di riwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:-
“Dari Abu Bakrah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. pernah mengerjakan sembahyang takut dengan orang-orang yang ada bersamanya dua rakaat dan dengan orang yang datang dua rakaat pula, maka sembahyang Nabi s.a.w. adalah empat rakaat dan bagi mereka yang datang dua rakaat pula.”
Cara ini dilakukan Rasullullah ketika musuh dari arah yang bertentangan dengan kiblat.Cara ini disepakati oleh Imam Syafie , Imam Maliki dan Imam Hambali , ianya adalah seperti berikut:
Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan, kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan. Adapun barisan yang mengikut imam boleh melakukan seluruh sembahyangnya sehingga selesai, kemudian mereka pula menggantikan barisan yang sedang berjaga supaya barisan yang satu lagi itu boleh mengerjakan sembahyang mereka di belakang imam.
Adalah hukumnya sunat bagi imam sembahyang yang kedua ini , tetapi adalah wajib hukumnya bagi saf yang baru datang itu.

Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf
Di sana terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan solat khauf yang digariskan oleh ulama’-ulama’ mazhab yang mutakhir yang mana secara ringkasnya adalah seperti berikut :
1 ) Terbatal wudu’ ketika dalam sembahyang
2 ) Menjerit dan melaung ( sekiranya tidak diperlukan )
3 ) Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan peperangan
4) Darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang ( di sisi mazhab Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan sembahyang kecuali kerana terpaksa atau darurat ) maka ianya dimaafkan.
Demikianlah beberapa kaifiat solat khauf yang masyhur yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.w.t berkepada hadis- hadis yang sahih .
sekian...

0 Pemisah Kata: