Oct 26, 2011

Masalah..aku penat!

Dari pukul 7.15 malam aku mula kelip2 mata..kejap pejam kejap celik.Aku ketuk2 kepala dan dahi aku.Pening weh.Sakit.Macam nak pecah pun ada.Aku pakai minyak angin,tak jalan jugak.Sakit weh.Aku ketuk lagi kepala aku yang berpusing-pusing bagai swiss roll tu.Bila kau nak berhenti pusing2?Aku dah mula rasa nak muntah.Sungguh aku benci keadaan yang menyeksakan ini.Cubaan.

Last2 aku terlelap.Aku pun tak sedar bila aku mula tutup mata dalam kesakitan yang aku cuba tahan.Aku memang suka macam ni.Bila aku sakit aku cuba diamkan dari pengetahuan orang lain.Aku tak suka orang lain tengok aku sakit.Tapi macam mana aku nak sorok muka yang bagai zombi ni?Aku pun dah jadi takut nak tengok muka kat cermin.Hodoh.Tak suka.Astaghfirullah..Aku tahu ini cubaan.Aku tenangkan hati yang mula memberontak.Aku mula terfikir kalau aku hantokkan kepala kat dinding ni ok tak?Kerja gila kot.Tapi apa aku nak buat dengan kepala yang menggelegak ni?Geram!Mungkin aku batuk kuat sangat kot.

"Meh minum air suam ni". Mak datang duduk sebelah aku.Mak ambik minyak angin dekat tepi bantal spongebob aku.Mak usapkan kat kepala dan belakang aku.Leganya.Aku nak cakap kat mak kepala aku sakit macam nak pecah.Tapi kalau aku cakap mesti mak tak dapat nak tidur malam ni.Cukuplah 4 hari lepas mak jaga aku sampai tidur mak pun dah tak tentu.Aku cuba legakan hati,nanti kepala aku mesti ok.Mak baringkan aku."Tidurlah..minum air banyak sikit".Aku diam dalam kesakitan.Mata aku terlelap sebelum sempat aku hantar bayangan mak keluar dari bilik.Aku nak cakap terima kasih....

Aku bangun pagi.Apa aku nak buat?Kepala aku masih berdenyut bercampur dengan sakit dada sebab batuk kuat sangat.Aku tak tahan.Aku sabarkan diri.Aku ingatkan banyak kali ini adalah dugaan.tapi exam dah dekat.Masih banyak yang belum aku cover.Aku cuba paksa diri aku.Dapat jugak aku siapkan kerja aku walaupun sikit.Masalah ni.Masalah.Macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni?Dengan demam yang tak kebah2.Aku rasa nak marah.Nak mengamuk.Semuanya ada.Sampai sekarang..masalah aku belum selesai.Dan aku semakin penat.......

14 Pemisah Kata:

eyryn said...

sabar laa dear :)

Pendamba Mawar said...

makan ubat ye.jgn paksa diri tu

izamin said...

ala ciannye pening kepala.. jgn lupa makan ubt taw.. :D.. rehat cukup2..

miss Fyqa said...

sabar2.. moga cpt sembuh :)

kim heeruul said...

semoga lu cepat sembuh..amin..bersabar k.=)

A I Y R A said...

,sabar larr ~ .Allah sdg m'uji ! (:
.sakedd kann p'hpus dOsa ~

Nuriy Arisa said...

jgn lupe mkn ubat..n bykkan berehat yea...semoge awk cpt smbuh...

Cik Kasih said...

@eyryn tenx kak eyryn

Cik Kasih said...

@Pendamba Mawarorait

Cik Kasih said...

@izamintenx kak izamin^^

Cik Kasih said...

@miss Fyqaamin!

Cik Kasih said...

@kim heeruulorait bro^^

Cik Kasih said...

@A I Y R AinsyAllah

Cik Kasih said...

@Nuriy Arisaamin!