Apr 11, 2011

Air Mata Penyelamat


Sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka"
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
* Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
* Menangis kerana rasa takut.
* Menangis kerana cinta.
* Menangis kerana gembira.
* Menangis kerana menghadapi penderitaan.
* Menangis kerana terlalu sedih.
* Menangis kerana terasa hina dan lemah.
* Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
* Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
* Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan.
Sabda Rasulullah saw:
"Seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke dalam neraka meskipun unta bisa masuk ke dalam lubang jarum"
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Kenangilah air mata taubat Nabi Adam. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

3 Pemisah Kata:

mykhalis said...

rugikan air mata yg jatuh kerana clash cinta?tengok citer hindustan..tapi khalis nangis jugak,,korea tengok nangis..jepun nangis,, hindustan nangis..oshh

Blog terbaik

Mnutup aurat tapi berbogel??

Ada apa dengan dara

Faizal said...

boleh pinjam untuk share??

hehe.. ;-)

CikTeddyCorner said...

@khalis tu ar pasal..tp cik tgok tu sume,jarang nangis..hihi cik cpt snsitif bile tgok org tua susah..-_-
@payche boleh aje..