Apr 9, 2011

Perlu Ke Seram Macam Tu?

Assaalamualaikum..apa khabar semua?
harap semuanya sihat2 belaka..amin!jangan lupa bersyukur kepada yang Maha Pemberi Kurnia yang menjadikan tubuh badan kita sihat..ok la..cik nak tanya sesuatu boleh?
siapa suka tonton cerita2 seram?pasti ramai kan..kalau tak,takkan la penggiat filem negara kita saling bersaing nak hasilkan filem2 seram yang berkualiti?
pernah tak terfikir oleh kita,wujud ke hantu2 yang menyeramkan seperti yang dipersembahkan dalam filem2 tersebut?logik ke hantu yang merupakan makhluk Allah juga boleh membunuh manusia sebegitu rupa?
 
memang tidak dinafikan sebagai umat Islam kita wajib mempercayai kewujudan alam ghaib dan makhluk halus.Namun jika dilihat kezaliman masyarakat kita,mereka terlalu taksub dengan semua ini.Dari sini, lahirlah mereka yang mengamalkan perkara2 khurafat dengan memuja kubur,membela saka dan pelbagai lagi. Persoalannya,adakah perlu untuk melakukan itu semua?Apakah perlu kita sebagai manusia iaitu ciptaan Allah yang paling agung sujud kepada makhluk lain dan dalam masa yang sama telah menyekutukan Allah?
Tanpa kita sedari,perkara2 seperti inilah yang telah menjadikan Allah murka kepada kita dan menurunkan bala yang tidak disangka-sangka.apabila turun bencana seperti tsunami,banjir besar dan lain2,kita mula menyalahkan satu sama lain..Namun,sedarkah kita bahawa perbuatan kitalah yang sebenarnya menyebabkan semua itu terjadi..Pada pandangan cik la kan,apa kata kalau buat cerita2 yang berunsurkan keislaman pulak?ya,memang tak salah kalau dimasukkan sedikit unsur2 spiritual tapi jangan la sampai terlebih2..
abang cik sendiri pernah cakap, "ape ke jenis hantu macam tu?kalau hantu betul tengok pun,mesti gelak besar!" 
Jadi,ape kata korang?

0 Pemisah Kata: