Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya besarnya pahala itu setimpal dengan kekuatan ujian. Sesungguhnya Allah, sekiranya Dia cinta kepada sesuatu kaum Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha akan mendapat keredhaan dan sesiapa yang marah akan mendapat kemurkaan.” H.R al-TirmidhiHikmah Datangnya Penyakit
--->Menghapuskan Dosa
Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). (As-Syuraa: 30)
Rasulullah S.A.W bersabda:
daun-daunnya.”(HR al-Bukhari No 5539 dan Muslim No. 6511)
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذَىً مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ، إِلّ حَطّ اللّهُ بِهِ سَيّئَاتِهِ، كَمَا تَحُطّ الشّجَرَةُ وَرَقَهَا
Maksudnya: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah satu penyakit atau yang sejenis dengannya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkandaun-daunnya.”(HR al-Bukhari No 5539 dan Muslim No. 6511)
--->Ditulis Sebagai Kebaikan & Dinaikkan Darjat
Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ شَوْكَةً فَمَا فَوْقَهَا، إِلّ كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ
Maksudnya: Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”(HR Muslim, No 6513)--->Jalan Menuju Syurga
Rasulullah S.A.W bersabda:
حُفّتِ الْجَنّةُ بِالْمَكَارِهِ. وَحُفّتِ النّارُ بِالشّهَوَاتِ
Maksudnya: Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai dan neraka itu dikelilingi dengan perkara-perkara syahwat. (HR Muslim, No 7079).--->Terselamat Dari Api Neraka
Rasulullah S.A.W bersabda:
لَ تَسُبّي الْحُمّى فَإِنّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِيْ آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ
Maksudnya: Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya dengan penyakit itu Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran (karat) besi. (H.R Muslim)--->Penyakit Adalah Nikmat
....وَإِنْ كَانَ أَحَدُهُمْ لَيَفْرَحُ بِالْبَلَءِ كَمَا يَفْرَحُ أَحَدُكُمْ بِالرّخَاءِ.
Maksudnya: “…salah seorang daripada mereka benar-benar merasa gembira mendapat ujian, sebagaimana salah seorang daripada kalian merasa gembira mendapat kelapangan (kesenangan). (Hadith Riwayat Ibn Majah – dihukum Sahih dalam kitab Sahih Ibn Majah No. 4014).--->Agar Orang Yang Diuji Beristighfar.
Rasulullah S.A.W bersabda:مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطّهُوْرَ ثُمّ يَقُوْمُ فَيُصَلّيْ رَكْعَتَيْنِ ثُمّ يَسْتَغْفِرُ الَ إِلّ غَفَرَ الُ لَهُ
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba melakukan satu dosa, lalu dia memperbaiki wudhu’nya kemudian berdiri lalu salat dua rakaat, kemudian meminta ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya. (Hadith Riwayat Ahmad. Dihukum Sahih dalam kitab sahih al-Targhib wa al-Tarhib No.1621)Kemudian baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ini:
Maksudnya: Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan kejiatau menganiaya diri sendiri 2, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui. (Al-Quran, Ali Imran: 135)
0 Pemisah Kata:
Post a Comment