Apr 19, 2011

Minggu Mengenal Tokoh2 Islam: Imam As Syafie

Assalamualaikum^_^

Riwayat Hidup 
Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan 
Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie".
Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.

Peribadi 
Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat.
Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.

2 Pemisah Kata:

Ibnushukran said...

maklumat yang bagus.. kita msti knal siapa aliran mazhab yang kita ikut,jgn men ikut je.. huhu

Cik Teddy said...

ye2..btol tu ibnu