cantik kan bima sakti ciptaan Allah ini?
ciptaan Allah yang Maha Bijaksana sungguh menakjubkan..
ok,berbalik kepada isu yang ingin cik mahu kongsi dengan anda semua..
Baru2 ini para pengkaji telah menemui rupa baru bima sakti..
Baru-baru ini, para saintis telah pun mengumumkan (bukan harga minyak baru...) bentuk terkini galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang.
Sebelum ini, kita sering diberi gambaran bahawa Bima Sakti merupakan sebuah jenis galaksi berpusar (spiral) dan mempunyai 4 atau lebih lengan-lengan disekelilingnya.Masalah yang terpaksa dihadapi oleh para saintis ialah begitu banyak debu-debu di angkasa yang menghalang cahaya yang datang dari bintang-bintang yang berjauhan dari bumi.Namun apabila kaedah baru digunakan untuk mencerap kedudukan bintang-bintang ini dilakukan, didapati Bima Sakti merupakan sebuah galaksi yang tidak kompleks. Ia hanya mempunyai 2 lengan utama dan 2 lengan kecil.
Kumpulan saintis yang diketuai oleh Robert Benjamin, dari University of Wisconsin, menggunakan data dari tinjauan gelombang pertengahan inframerah teleskop angkasa Spitzer untuk menghasilkan peta terbaru galaksi kita. Untuk pengetahuan semua, gelombang pertengah inframerah amat sesuai untuk digunakan kerana ia boleh menembusi debu dan habuk dengan berkesan.
Lengan-lengan Bima Sakti diberi nama berdasarkan kawasan buruj di langit, lengan Sagittarius, lengan Scutum-Centaurus, lengan Perseus dan lengan Norma. Kajian menunjukkan bilangan bintang-bintang bertambah banyak di kawasan lengan Scutum-Centaurus, tetapi tidak bertambah bagi lengan Sagittarius dan Norma.Selain dari itu, lengan Scutum-Centaurus bersambung dengan sempurna dengan 'palang sentral' Bima Sakti. Bima Sakti tidak mempunyai pusat galaksi yang bulat , tetapi ia berbentuk palang/silinder (cuba lihat ilustrasi).
0 Pemisah Kata:
Post a Comment