Sep 23, 2011

Cinta Terindah~

Assalamualaikum

Apa khabar agaknya hati kita hari ini?sihat? sudah cukup dengan nutrien yang diperlukan?jika ya,bagus..jika belum,tunggu apa lagi?pulihkan hati kita!senario remaja hari ini,mereka menjadikan budaya 'couple' sebagai satu perkara wajib. MashaAllah..dunia semakin tenat,penghuninya semakin ramai ditimpa penyakit yang semakin membarah jiwa muda mereka.

Persoalannya.Adakah couple itu sesuatu yang wajib bagi kamu? Adakah jika kita mempunyai 'couple', kita dianggap hebat? Adakah jika kita ber'couple', pahala yang akan kita dapat? Adakah dengan ber'couple', hidup akan sentiasa seperti hidup di dalam pelangi? Adakah 'couple' itu suatu tuntutan? Adakah dengan ber'couple',kamu berasa gah,hebat,dihargai? Adakah dengan memiliki 'couple' kamu akan disanjung?

Jika benar itulah anggapan kamu,maka fikiranmu sudah parah.
Dari Anas ra. dari Nabi SAW. bersabda:
"Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya ia akan merasakan manisnya iman, yaitu: Hendaknya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain. Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata-mata karena Allah. Hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dalam api neraka."(HR. Bukhari)
apa yang nak ditekankan disini daripada hadis di atas ialah 'hendaklah bila ia mencintai seseorang kerana Allah'.. tapi remaja zaman sekarang buta hati. Hati mereka dilitupi oleh cinta insani yang tak berkesudahan,hanya dikaburi oleh nafsu.Akibatnya,lahir pula kes-kes pembuangan bayi.Sungguh aku sendiri malu melihat kaum hawa dimusnahkan begitu sahaja dek kerana cinta palsu lelaki dayus.

Nasihat aku cuma satu untuk para remaja sekalian,bukalah hatimu..bukalah pintu hatimu..bukalah mata hatimu..bukalah seluas-luasnya untuk menerima kasih Allah..jangan kau sakiti hatimu kerana perbuatan kamu sendiri.Kelak,sesal tak sudah. Saat itu,baru kamu mahu mengadu padaNya? dekatkan dirimu padaNya,nescaya cinta yang tercipta itu lebih manis dan indah.
Wallahualam.

10 Pemisah Kata:

Pendamba Mawar said...

saya single..:))
nice entri dear

nam said...

assalamualaikum wbt.
e'em.. ya. lebih baik bercinta dengan Allah. kalau nak berkhalwat pun, tkde sape yg mrh. org lg suke...btol tak?

http://budaktawadhukskemanajwaamiramatlan.blogspot.com/2011/05/kemusykilan-para-remaja.html

izzahdegreat said...

serius saye pon x stuju tgk org2 yg brkapel ni...xde faedah pon, dpt dose adalah, juz my opinion ;)

CikTeddyCorner said...

@Pendamba Mawar ai..nk promote ka?hihi..tenQ encik kasih^_^

CikTeddyCorner said...

@Budak_taWadhuk - najwa - btol3..^_^

CikTeddyCorner said...

@izzahdegreat btol3..act,x slh kapel tp kbnyakkannya mnjurus ke arah kemaksiatan..jadik,baek elakkan..

Nazatulwanis said...

^^, mengejar cinta Pemilik Cinta sebelum cinta dari hamba yang dicinta .. hhuhuuk ..

toin toin .. mawar ziarah sini

kim heeruul said...

gua harap lu tahu,yg gua still single..=)

CikTeddyCorner said...

@Mawar berduri toink3..duri mawar tajam la..huhu

CikTeddyCorner said...

@kim heeruul yes,i know..hiho^_^