Sep 21, 2011

Kerana Aku Wanita..

 
Kamu yang berasal dari tulang rusuk dada
hadirmu lemah tapi bermakna
ditentukan Tuhan Azzawajalla
untuk dilindung dan dibelai mesra
perwatakanmu halus belaka
sukar diramal penuh rahsia
mudah tertipu,terkecoh dan terpedaya
pandanganmu hanya sampai kelihatan saja
kaulah yang hidup bagai bintang dan pelita
tanpa kau disisi siapalah kita
kau yang mempunyai senjata berbisa
kaulah yang bergelar gadis,isteri dan bonda...
kau umpama mekar segar di taman
melemahkan setiap kita yang berpandangan
kau mampu memenggal leher kita dengan kejelitaan
terkulai layu pada setiap kata yang diucapkan
ingatlah wahai gadis yang diciptakan
kecantikanmu tak bererti tanpa ada sifat kemuliaan
peliharalah akhlak dan kesucian
kau diaharapkan menjadi penyelamat umat
dari dihina dan dicincang lumat....

tidak mungkin ku bahagia tanpanya
menerangi setiap ruang di kamar gelita
mengisi kekosongan di dada
kebijaksanaanmu menajamkan minda
ketaatanmu dan kesetiaanmu membawa ke syurga
usahlah kau calarkan aku dgn kemungkaran
jangan kau tangiskan aku dgn kecurangan
jangan kau hancurkan sebuah harapan
memiliki isteri solehah sebagai impian
menjadi sumber inspirasi dan kebahagiaan..
kau yang cukup menderita
berkorban keringat dan nyawa
mengandung,menjaga walau diri terseksa
membesarkan dan mendidik sepenuh jiwa
kau pembentuk umat sepanjang zaman
kau yang melahirkan para nabi,khalifah dan pahlawan
hanya airmata teman bicara
kau yang disanjung...kaulah bonda...
wahai yang bergelar wanita
kau sangat dipandang mulia
dari kalamullah hingga hadis rasulullah
peliharalah keharumanmu sebagai wanita solehah
walau dimana jua kamu berada
kaulah srikandi kita...
-BerSumber-

14 Pemisah Kata:

kim heeruul said...

dalam madah ini,wanita itu ialah seorang ibu ?

Cik Kasih said...

actually madah ni ditujukan kpd smua yg brgelar prempuan x kira wanita,remaja n ibu..

Pendamba Mawar said...

wah sangat puitis...tersentuh

Umie Artoqiemie said...

tersinggah sini. opocot

kjaharun said...

wahhh... best nye ayat dia :)

EzayHadry said...

sangat puitis lah..membaca dengan flow yang slow..sebab saya ni susah nak tangkap..hehe pape pun nice :)
thanx for sharing pasal kerintihan n pengorbanan wanita

Mya said...

such a meaningful words =)

khairul said...

x sesuai utk lelaki la kan entry ni :)

Cik Kasih said...

@Pendamba Mawaryup...huhu

Cik Kasih said...

@Umie Artoqiemiealala..malu2 plak die..siap mlatah lagik..hihi

Cik Kasih said...

@kjaharuna'ah..sy xtahu siapa pnulis asal..dh lupa..sy cuma share^_^

Cik Kasih said...

@EzayHadrysame2^_^

Cik Kasih said...

@Mya that's right sweetie^^

Cik Kasih said...

@khairulok je kalo abg khairul cube hayati^_^