Apr 21, 2011

Al Fatihah & Maknanya

Assalamualaikum^_^
apa khabar semua?cik nak kongsi sesuatu dengan anda semua..Baru2 ini cik telah sertai kem PRS.Pada suatu malam selepas solat maghrib, cikgu cik ada beri sedikit tazkirah dan tazkirah tersebut telah membuatkan cik sedar akan sesuatu perkara..cik nak tanya,berapa ramai diantara kita yang tahu,faham dan amalkan makna surah Al Fatihah? Setiap kali kita solat,kita selalu membacanya namun adakah kita mengerti apa maksud di sebaliknya? Surah ini memang mudah kerana dari kecil lagi kita sudah dibiasakan dengan bacaan surah Al Fatihah..Bukan nak kata dekat orang lain,cik sendiri pun masih agak samar2 dalam menghafal maknanya..Jadi,cik teringin sangat nak kongsi dengan anda semua..
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Tambahan untuk pengetahuan---->
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

3 Pemisah Kata:

Ibnushukran said...

kita digalak memahami maksud al fatihah untuk mndapat solat y khusyuk.. mudah je nak ingat kan,lagu y pnjang2 kita ley ingat,xkan maksud al fatihah pun susah ingat kan.. huhu
sama2 kita faham maksud al Fatihah,pnuh dengan makna..
bagus cik teddy.. thanks.. :)

mykhalis said...

khalis setuju cakap ibnushukran..

CikTeddyCorner said...

cik stuju ngan both of u..^_^